Assalamualaikum,
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyanyang.

Alhamdulillah, segala puji-pujian hanya untuk Allah S.W.T, Tuhan yang menciptakan sekalian alam, yang juga menciptakan penduduk langit dan bumi dengan Kekuasaan-Nya dan Kebesaran-Nya, begitu juga al-Quran sebagai petunjuk bagi siapa yang memeliharanya. Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, utusan dari Allah S.A.W sebagai perantara antara manusia dan penciptanya iaitu Allah S.W.T dengan menyampaikan risalah kebenaran kepada manusia iaitu ISLAM.

Sujud syukur kepada ilahi kerana kita masih diberikan nyawa dan kekuatan untuk menjalani ibadah puasa sehingga ke hari ini 17 Ramadhan tahun 1432 H. Pada hari ini dikatakan ada suatu peristiwa penting dalam kelendar hijri iaitu 'Peristiwa Nuzul Quran' iaitu hari turunnya al-Quran.


Walaupun kita di Malaysia secara tradisinya menyambut peristiwa Nuzul Al-Quran pada 17 Ramadhan, namun sesungguhnya pendapat yang lebih tepat tentang turunnya al-Quran ialah pada malam Isnin, tanggal 24 Ramadhan bersamaan 13 Ogos 610 M. Ini disebabkan pendapat yang mengatakan berlakunya pada 17 Ramdhan adalah berpandu pada ayat ke 41 dari Surah Al-Anfaal adalah difokuskan kepada perisytiwa perang Badar, bukannya al-Quran. 
 
Firman Allah dalam ayat ke 41 surah al-Anfal itu, maksudnya :
"…jika kamu beriman kepada Allah dan apa-apa yang Kami turunkan kepada hamba Kami (Nabi Muhammad saw) pada hari Furqan, iaitu di hari bertemunya dua pasukan (diperang Badar, antara muslimin dan kafirin)…"

Firman Allah S.W.T dalam surah al-Qadr ayat pertama:
Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar.
 
Dalam surah al-Dukhan ayat ke 3 pula Allah s.w.t telah berfirman :
Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al-Quran itu pada malam yang berkat; (Kami berbuat demikian) kerana sesungguhnya Kami sentiasa memberi peringatan dan amaran (jangan hamba-hamba Kami ditimpa azab).

Menurut sebuah riwayat oleh Ibnu Abbas dan pandangan ini disokong oleh majoriti para mufassirin, al-Quran yang diturunkan pada malam "Lailatul Qadar" berpandukan ayat diatas adalah al-Quran yang turun sekaligus  ke "Baitul Izzah" di langit kedunia. Sedangkan al-Quran yang diturunkan ke bumi dan diterima oleh Nabi Muhammad S.A.W sebagai wahyu terjadi secara beransur-ansur sekitar 23 tahun.
 
Menurut satu riwayat dari al-Hakim, al-Baihaqiy dan al-nasaei dari Ibn Abbas, beliau menjelaskan dari RasululLah saw bersabda :
Al-Quran diturunkan sekali gus oleh Allah ke langit dunia pada malam al-Qadr kemudian ia diturunkan secara berperingkat dalam masa 20 tahun

Apapun tarikh turunnya al-Quran, semuanya adalah dari Allah S.W.T dan Dialah yang merancang dan sebaik-baik perancng adalah Allah S.W.T. Sekadar ilmu untuk dikongsi bersama. Apa yang penting, ajaran dan isi kandungan al-Quran yang perlu didalami dan difahami untuk kita jadikan panduan dan perjuangan kita sebagai khalifah dibumi-Nya. Wallahua'alam.

firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat ke 185 yang bermaksud:
Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekelian manusia, dan menjadi keterangan yang menjelaskan petunjuk dan menjelaskan perbezaan antara yang benar dan yang salah.” 

Banyak peristiwa daripada al-Quran yang boleh kita ambil pengajaran dan ia juga merupakan penyembuh bagi jiwa yang gersang..
Saya teringat akan peristiwa Islamnya Umar al-Khatab sebagai pelengkap kekuatan Islam.

Diriwayatkan dari Abu Nu'aim dalam kitab al-Dala'il dan diriwayatkan juga oleh Ibnu Asakir dari Ibnu Abbas R.A, dimana Umar telah menceritakan bagaimana ia memeuk Islam (iaitu 3 hari selepas Islamnya Hamzah).

 Umar keluar dengan pedangnya dan dalam perjalanan ia telah bertemu seorang lelaki dari Bani Makhzum. Lelaki itu bertanya Umar hendak pergi kemana. Lalu Umar menjawab, ia pergi untuk membunuh Nabi Muhammad S.A.W. Lelaki itu pula berkata lagi, bagaimana ia akan selamat dari tindakbalas keluarganya dari kalangan Bani Hasyim dan Bani Zuhrah. Umar dapat mengagak bahawa lelaki itu telah menganut Islam. Dan lelaki itu juga telah menyatakan bahawa adik (Fatimah) dan iparnya telah memeluk Islam.

Dengan marahnya, Umar pergi ke rumah adiknya yang kebetulan sedang mendengarkan bacaan al-Quran dari Khabbab b. al-Arat R.A lalu segera menyembunyikan diri. Fatimah juga dengan segera menyembunyikan Sahifah yang tertulis diatasnya ayat-ayat al-Quran. Umar terus menampar iparnya sehingga jatuh. Fatimah menghalangi kejadian itu, tetapi ditampar juga oleh Umar sehingga berdarah mukanya. Lalu Fatimah berkata: "Yang benar bukan agama yang kamu anuti selama ini. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah S.W.T dan aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah S.W.T"

Tiba-tiba Umar merasa sedih dan menyesal dengan sikapnya terhadap adiknya dan ia ingin melihat lembaran tersebut. Fatimah memberikan padanya setelah ia selesai membersihkan diri. Umar mula membaca dengan kalimah Basmalah iaitu 'Bismillahirrahmanirrahim' dan ia berkata: "Nama-nama yang baik lagi suci". Ia meneruskan bacaan ayat pertama surah Toha hingga ayat 14. Umar berkata: "Alangkah indahnya dan baiknya kata-kata ini. Aku masuk Islam"

Begitulah hebatnya ayat-ayat Allah S.W.T yang dapat melembutkan hati Umar al-Khatab yang keras untuk menerima Islam. Ayat ini juga boleh diamalkan sebagai pelembut hati kita dalam melaksanakan ibadah harian. Mudah-mudahan kita menjadi hamba yang bertakwa dan dipandang oleh-Nya.. Akhir kalam, kejarlah  kebaikan dan balasan yang telah Allah S.W.T berikan khusus kepada kita umat yang memenuhi Ramadhan..
Wallahua'lam. =)

 http://persama.blogspot.com/2008/09/menyingkap-tirai-sejarah-nuzul-al-quran.html (rujukan)
 Figh al-Harakah dari Sirah Nabawiyah

0 Comments:

Post a Comment