HARAM ke HALAL????

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.
Alhamdulillah segala puji bagi Allah swt yang menjadikan semesta alam dan segala yang berlaku di dalam genggaman-Nya. Selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad Sallallahualihiwasalam, pengikat kasih antara utusan dan ummatnya.

Kejutan dunia buat masyarakat Malaysia yang kini hangat memperkatakan antara HALAL dan HARAM. Sedih melihat kepimpinan yang dikatakan memerintah "Negara Islam" meghalalkan perjudian. Inilah dikatakan "bilamana pemilihan pemimpin dikalangan orang-orang yang jahil". Ulama ada tetapi tidak didahulukan.

Secara teori daripada bingkisan penulisan Imam Hassan al-Banna, terbinanya negara Islam bermula dengan terbinanya individu muslim iaitu individu yang beragama Islam, patuh dan taat pada ajaran syariatnya. Seterusnya, keluarga muslim yang akan mendidik generasi penerusnya sebagai seorang individu muslim juga. Akhirnya, terbina masyarakat muslim dan penggerak kepada tercetusnya Negara Islam (Daulah Islamiyyah).

Sekiranya rosak akhlak seorang individu Islam, dalam kehidupannya mengamalkan arak dan judi juga zina, dia akan membina keluarga hasil darah daging yang telah mengalir dalam dirinya. Generasi yang lahir dalam keluarga akan menjadi penggerak seterusnya. Maka, bagaimana akan terbinanya negara Islam yang benar-benar akan mengamalkan syariat Islam sekiranya generasi pemimpin ini lahir dalam didikan keluarga yang demikian.

Renungi Hadis 39 Hadith akhir zaman..

MENGGADAIKAN AGAMA KERANA DUNIA

Ertinya:
Daripada Abu Hurairah ra. berkata: Rasulullah saw. hersabda; "Akan timbul di akhir zaman orang-orang yang mencari keuntungan dunia dengan menjual agama. Mereka menunjukkan kepada orang lain pakaian yang dibuat darIpada kulit kambing (berpura-pura zuhud dari dunia) untuk mendapat simpati orang ramai, dan percakapan mereka lebih manis daripada gula. Padahal hati mereka adalah hati serigala (mempunyai tujuan-tujuan yang jahat). Allah swt. Berfirman kepada mereka, "Apakah kamu tertipu dengan kelembutan Ku?, Ataukah kamu terlampau berani berbohong kepada Ku?. Demi kebesaran Ku, Aku bersumpah akan menurunkan suatu fitnah yang akan terjadi di kalangan merekasendiri, sehingga orang yang alim ( cendikiawan ) pun akan menjadi bingung (dengan sebab fitnah itu)".

H.R Termizi

Keterangan

Golongan yang dimaksudkan di dalam Hadis ini ialah orang­-orang yang menjadikan agama sebagai alat untuk mendapat keuntungan dunia. Mereka rela menggadaikan agama untuk meraih keuntungan dunia. Dan apabila bercanggah kepentingan dunia dengan hukum syarak mereka berani mengubah hukum Allah dan memutarbelitkan kenyataan. Mereka juga pandai mengemukakan hujah-hujah yang menarik dan alasan-­alasan yang memikat hati, tetapi sebenarnya hujah-hujah dan alasan tersebut hanya sernata-mata timbul dari kelicinan mereka memutarbelitkan kenyataan. Mereka menipu orang lain dan juga menipu diri mereka sendiri.

Mereka akan dilanda kekusutan pemikiran yang sangat tajam sehingga orang alim yang banyak pengalaman pun akan kehabisan akal dan buah fikiran. Mereka menghadapi masalah-masalah yang meruncing dan akan menemui jalan buntu dalam permasalahan yang dihadapi.

Renungi juga ayat ini..

Ayat 219, surah al-Baqarah. Firman Allah bermaksud: “Mereka bertanya kepadamu mengenai arak dan judi. Katakanlah pada kedua-duanya ada dosa yang amat besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa kedua-duanya lebih besar daripada manfaatnya..."

Apalah sudahnya,

Jika diberi lesen halal arak dan judi

Pelacuran juga mahukan hak asasi

Halal dan Haram sudah tidak dipeduli

Hanya sekadar,

biar masyarakat menjadi lebih mudah diurus nanti

tetapi lihatlah!

Gejala sosial semakin meninggi

Kes Jenyah tidak dapat dibendung lagi

Hanya yang dapat dibuat jika telah terjadi

kempen, kempen dan kempen...

Kesimpulannya, kuasa tertinggi ada hak untuk mengubah segala perlembagaan di negara ini. Kuasa anda juga menentukan masa depan negara ini, bangkitlah untuk sama membina negara! Hanya sekadar berkongsi. Islam untuk semua. Wallahua'lam.

Sejenak bersama Nisa~

Assalamualaikum Wbt..
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang menjadikan semesta alam. Syukur masih lagi diberikan nyawa untuk meneruskan kehidupan sebagai seorang hamba dan khalifahnya di bumi ini. Selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad saw, atas nikmat amalan selawat, syafaat menjadi penimbang berat amalan di akhirat.

Hanya secebis coretan daripada program nisa' bahagian Sg. Panjang Sabak Bernam Selangor dengan kerjasama JKK disitu yang bertempat di Balai Raya PPRT Parit 13 Sg Nibong. Antara sasaran utama program adalah remaja, belia dan ibu-ibu. Objektifnya adalah untuk merapatkan ukhuwah antara semua tidak kira pegangan mana-mana politik. Apa yang penting, semuanya wanita dan muslimah! =)

Program dimulai dengan senaman ringan bersama ketua nisa' kawasan Tg.Karang, Kak Syidah. Kemudian kami semua sarapan pagi dan dihidangi slot motivasi oleh guru Sekolah Simpang Lima. Matlamat motivasi ini adalah untuk memberikan pendedahan kepada ibu-ibu, pentingnya penjagaan pemakanan anak-anak. Kebanyakan mereka tidak terdedah dengan dunia luar dan mengambil berat apa yang dimakan oleh anak-anak. Penekanan yang diberikan berkaitan "makanan HALAL" dan SYUBHAH" menjadi tarikan slot motivasi ini.

Kemudian slot membina kekuatan pasukan. Sangat meriah hasil pembentangan setiap kumpulan. Setiap kumpulan perlu membuat tugasan yang diberikan. Antaranya, nama, logo, moto kumpulan dan satu bangunan yang kukuh daripada setiap kumpulan. Kumpulan yang berjaya ialah kumpulan MASNAH POWER. Memang tidak dapat dinafikan, ibu-ibu ini juga pandai berbahas dan membentang hasil kerjasama kumpulan mereka.

Pada kali ini, saya hanya sebagai peserta program. Apapun sebenarnya, carilah apa peranan kita kepada masyarakat. Walau siapa jua kita. Dekatilah masyarakat sekeliling, kita akan lihat betapa perlunya kita sebagai pembawa agama untuk membantu gerak kerja Islam. Carilah ia... kerana ia takkan mencari kita..



Tak sangka, datang-datang je kena pakai vase ni... Islam untuk semua =) Wallahua'lam.

Generasi terpimpin..















Alhamdulillah, segala puji bagi Allah S.W.T yang menciptakan alam. Memberikan kita otak yang sihat dan fizikal yang cerdas. Selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W , salam ingatan ummat akhir zaman.

Jumaat malam sabtu, 30 April, syeksen 2, telah diadakan program smart ibadah kepada sahabat kecil ini. Walaupun golongan yang disasarkan adalah remaja tetapi adik-adik ini memulihkan semangat kami untuk meneruskan program.

Modul yang disusun pada awalnya untuk remaja terpaksa diubah pada saat akhir memikirkan tahap pemikiran sahabat kecil ini belum sampai. Jadi, pihak penganjur mengambil inisiatif membuat puzzle, Islamic picture. Ia lebih menjurus kepada penambahbaikan dalam melaksanakan solat khususnya. Sebelum itu, mereka di isi dengan pengisian jiwa oleh Ust Shahnizam selaku pemberi motivasi pada malam itu.

Mudah-mudahan sahabat kecil ini akan terus dipimpin dan menjadi generasi yang terpimpin yang mampu memimpin generasi akan datang seterusnya.. Islam untuk semua =)

;;