~Peliharalah Imanmu...

Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh,
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, tuhan yang menciptakan seluruh alam. Yang telah menetapkan segala Qadar dan Qada' kepada setiap hambanya. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw. Setiap detik membiarkan lidah basah mengingati keduanya, insya Allah.

Dalam keadaan dunia, semakin hari semakin banyak ritangannya, hanya kepada Allah kita mengharap. Segala keyakinan terletak padanya. Yang hidup akan menempuh kematian pada bila-bila masa. Hanya kita, adakah bersedia untuk menempuh alam kedua. Berharap, dan terus berharap sehingga sampai masa ketentuan ilahi pada dunia yang telah tua, hanya menunggu masa.

Hanya sekadar pengisian jiwa, dan ibadah tambahan. Agar kita sentiasa mengingati Allah setiap detik dan setiap masa.

Solat sunat awwabin / solat memelihara iman

Digalakkan melakukan sebanyak 4 rakaat (2 salam) 6 rakaat (3 salam), sebelum berkata-kata selepas menunaikan solat maghrib bagi memelihara iman dan menghapuskan dosa


Sabda Nabi saw yang bermaksud:
"Sesiapa yang bersembahyang enam rakaat sesudah Maghrib tiada diselang antaranya dengan sesuatu bicara nescaya samalah pahalanya dengan ibadat dua belas tahun.'Riwayat Ibnu Majah, Ibn Khuzaimah dan At-Turmuzi.

Sebelum mendirikan solat, sunat membaca doa berikut ;

Ertinya :
Selamat datang kepada malaikat yang bertugas malam, selamat datang kepada dua malaikat pencatat yang mulia, tulislah dalam rekodkau bahawa Aku bersaksi bahawa Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah, dan aku bersaksi bahawa Muhammad itu hambaNya dan UtusanNya, Aku bersaksi bahawa syurga itu benar, neraka itu benar, kalam itu benar, Aku bersaksi bahawa qiamat itu benar dan pasti akan datang, tidak ragu-ragu lagi, Allah akan bangkitkan mayat dari kubur. Ya Allah simpanlah di sisiMu penya
ksian ini untuk hari yang aku perlukan padanya.Ya Allah simpanlah dengannya amalanku, ampunlah dengannya dosaku, beratlah dengannya timbanganku, yang baik, dan pastikanlah dengannya pencapaian cita-citaku dan perkenanlah untukku Ya Allah Tuhan Yang Maha Pemurah.


Bacalah selepas membaca Al-Fatihah pada kedua-dua rakaat

1. Surah al-Qadr 1 kali
2. Surah al-Ikhlas 6 kali
3. Surah al-Falaq 1 kali

4. Surah al-Naas 1 kali

selepas itu beri salam, baca doa ini..


Ya Allah! Sesungguhnya Aku menyerahkan imanku kepada peliharaan Mu, maka imanku itu,
semasa hidupku, semasa matiku, dan selepas matiku. Sesungguhn
ya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu."


Selepas membaca al-Fatihah pada rakaat yang pertama, bacalah surah al-Kafirun dan pada rakaat kedua selepas al-Fatihah bacalah surah al-Ikhlas.


Selepas membaca al-Fatihah pada rakaat yang pertama, bacalah surah al-Kafirun dan pada rakaat kedua selepas al-Fatihah bacalah surah al-Ikhlas.

Apapun caranya, mudah-mudahan iman kita sentiasa terpelihara dari segala fitnah dunia. Solat-solat sunat merupakan pendinding ketahanan iman selain daripada solat fardhu wajib yang lima.


Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah saw. bersabda; "Bersegeralah kamu beramal sebelum menemui fitnah (ujian berat terhadap iman) seumpama malam yang sangat gelap. Seseorang yang masih beriman di waktu pagi, kemudian pada waktu petang dia sudah menjadi kafir, atau (Syak Perawi Hadis) seseorang yang masih beriman di waktu petang, kemudian pada esok harinya, dia sudah menjadi kafir. Ia telah menjual agamanya dengan sedikit dari mata benda dunia. H.R.Muslim

Hadis ini menerangkan kepada kita betapa dahsyat dan hebatnya ujiaan terhadap iman seseorang diakhir zaman. Seseorang yang beriman di waktu pagi, tiba-tiba dia menjadi kafir diwaktu petang. Begitu pula dengan seseorang yang masih beriman di waktu petang, tiba-tiba pada esok paginya telah menjadi kafir. Begitu pantas dan cepat perubahan yang berlaku. Iman yang begitu mahal boleh gugur di dalam godaan satu malam atau satu hari sahaja, sehingga ramai orang yang menggadaikan imannya kerana hanya hendak mendapatkan sedikit dari harta benda dunia. Dunia lebih dicintai di sisi mereka daripada iman. Dan menurut riwayat Ibnu Majah, beliau menambahkan, "kecuali orang yang hatinya dihidupkan Allah swt. dengan ilmu". Mudah-mudahan Allah swt. menjadikan kita di antara orang yang berilmu dan mengamalkan ilmunya, sehingga dengan itu Allah Swt. akan menyelamatkan iman kita dari ujian yang dahsyat ini.

Wallahua'lam

~UkhuWah FillAh~

Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh,
Alhamdulillah segala puji bg Allah yg menciptakan seluruh alam, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad Sallallahualaihi wasallam.

Alhamdulillah, berakhir jua peperiksaan sem akhir di pembukitan ilmu UKM. Sekarang fokus pula untuk kajian ilmiah. Apapun, rindu akan ukhuwah yang terbina bersama sahabat-sahabat seperjuangan kampus bila dah keluar nanti..

Rasulullah saw bersabda:

" Tujuh orang yang dinaungi oleh Allah pada naungan-Nya, pada hari tidak akan ada lagi naungan, selain daripada naungannya-Nya: imam yang adil, pemuda yang meningkat ibadahnya kepada Allah, lelaki yang hatinya bertaut pada masjid, apabila ia keluar dari masjid sehinga ia kembali, dua orang lelaki yang berkasih sayang pada jalan Allah, keduanya berkumpul dan berpisah kerana-Nya, lelaki yang mengingati Allah pada tempat yang sunyi lalu bergenanglah air matanya, lelaki yang dipanggil oleh wanita bangsawan dan cantik lalu berkata: "Aku takut pada Allah Taala, dan lelaki yang bersedekah lalu menyembunyikannya sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanan"
(Dirawikan drpd al-Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah)

Hadis ini bukan sahaja ditujukan pada lelaki, tetapi ia juga ditujukan pada perempuan.

"Duduklah kamu dengan orang yang dengan melihatnya, mengingatkan kamu kepada Allah, mendengar perkataannya menambahkan amalan dan perbuatan amalanya memberi kamu kesukaan pada akhirat"

Indahnya, ukhuwah kerana Allah..

p/s: Terima kasih kepada semua sahabat yg berusaha u program induksi pmf dan Malam Tautan Mahabah terutamanya pada Hiluani dan Fairuz

~Tarbiyah Politik~

Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh..
Alhamdulillah, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad Sallallahualaihiwasallam.

Dalam kekalutan politik hari ini, PRK Hulu Selangor memperlihatkan pada kita bagaimana politik Malaysia pada hari ini sangat "Menakutkan". Saidina Umar mengatakan (al-Harbu khida'), peperangan itu tipu daya. Walaubagaimanapun seharusnya kita mengambil ruang dan peluang dalam arena politik ini. Sememangnya saya akui ramai sahabat saya, bila ditanya tentang politik mereka tidak berminat untuk membahas. Tetapi sekiranya tiada orang yang sanggup bawa politik, adakah negara akan terbina? Tetapi fikirkan juga bagaimana politik yang harus dibawa.

Memang ada yang menyatakan, perlunya membina masyarakat daripada bawah dan tidak perlu menyentuh politik. Seharusnya is seimbang, memahamkan masyarakat bagaimana membina negara bangsa yang berkonsepkan Islam, mengikut acuan al-Quran dan al-Sunnah kerana ketika ini tidak sesuai lagi negara kita mengamalkan konsep yang berasaskan kepada sekularisme dan liberalisme yang di import dari Barat. Sebaliknya, ia perlu berteraskan kepada nilai khayr Ummah dan Rahmatan lil a'limin.

Adakah Malaysia merupakan "negara Islam" telah banyak dipersoalkan. Namun, acuan amalan "negara Islam" yang dimaksudkan tetap pada prinsip kedaulatan rakyat dan kuasa sivil (Sultan Madaniyah) berbeza negara yang benar-benar mengamalkan prinsip al-Quran dan al-Sunnah.

Oleh itu, negara Islam disamping memiliki institusi perwakilan rakyat (majlis al-sha'b) sebagai sumber rujukan suara hati nurani rakyat, ia juga mesti memiliki institusi ulama (majlis cendekiawan) yang menjadi sumber rujukan konsep melalui metodologi istinbat dan istiqra' kepada nas-nas al-Quran dan al-Sunnah serta hasil ijtihad dan ijma' ulama terdahulu (al-salaf al-salih).

Sorotan daripada itu, kita lihat walaupun jabatan mufti ada di Malaysia, saya mempercayai pencampuran politik menyebabkan pendapat ulama' tersekat, dan menjadikan politik diatas ulama'. Bukan ulama' yang menerajui politik tetapi sebaliknya. Pemimpin tidak boleh dibidas dan tidak boleh ditegur, nanti akan jadi "hal" yang lain. "Kuasa" yang menentukan..

Justeru, pemegang amanah pemerintahan (golongan eksekutif) dalam negara Islam tidak memiliki kuasa mutlak (sultan mtlaqah) sepertimana dirasakan dalam amalan sesetengah negara yang mengamalkan sistem diluar Islam. Kuasa mutlak mengikut idealisme negara Islam adalah hak milik khusus Tuhan Pencipta Alam. Oleh itu, walauapapun pelimpahan kuasa yang berlaku diantara sesama manusia adalah tidak mutlaq. Dengan prinsip yang demikian sifat zalim menzalimi, khianat menghianati diantara penguasa dan rakyat jelata tidak mudah berlaku. Apatah lagi, ia dinaungi prinsip keadilan dan persamaan hak dan kewajipan dalam menjalani hidup berbangsa dan bernegara.

Zaman ini, kita diburu sifat wahan iaitu cintakan dunia. Tanpa kita sedari, ia telah melingkari diri kita. Mana mungkin ketika ini pemimpin tertinggi "negara Islam yang kita cintai ini" menjadi seperti Saidina Ummar al-khatab yang hidupnya seperti rakyat jelata bahkan rakyatnya lebih memiliki harta daripada beliau. Kewangan negara apatah lagi, tidak pernah difikir untuk menggunakan walaupun diri amat memerlukan.

Menurut al-Mawardi, fungsi negara yang mesti dipertanggungjawabkan oleh ketua negara adalah:
1 menjamin hak-hak rakyat dan undang-undang Allah S.W.T
2 menegakkan keadilan
3 membangun kekuatan untuk menghadapi musuh
4 melakukan jihad terhadap orang yang menentang Islam
5 mengumpul zakat dan pajak
6 meminta pandangan dan nasihat daripada orang-orang yang dipercayai
7 ketua negara mesti pandai mengatur urusan umat dan agama dan meneliti keadaan sebenar yang berlaku dalam masyarakat.

Untuk akhirnya, mana mungkin negara bangsa yang berkonsepkan Islam terhasil bilamana pemilihan pemimpin daripada mereka-mereka yang jahil. Demokrasi yang kita gunakan bukan untuk popular tetapi hanya sebagai salah satu cara dalam membina "negara". Terpulang bagaimana anda memilih "pemimpin" Fikir dulu.. Moga ada kemenangan untuk Islam disitu..

Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:
”Tanda hari kiamat semakin dekat, dihapuskan (dicabut) ilmu (agama), lalu timbul fitnah (bala bencana atau kekacuan). Di mana-mana djmpai kebkhilan serta banyak pembunuhan (H.R. Muslim)

Wallahua'lam

p/s: Rujukan penulisan Dr. Syamsul Bahri Andi Galigo "Konsep Siasah Islamiyah: Satu Kajian Dari Perspektif Piagam Madinah"

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.
Alhamdulillah, syukur pada Allah SWT kerana masih memberikan nikmat sihat dan lapang pada kita untuk kita terus berusaha menjadi hamba yang benar-benar ikhlas kepada-Nya. Selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW yang sentiasa mengingati ummatnya, hanya kita yang teragak-agak untuk selalu mengingati Baginda.

Hari ini seperti
diberi kekuatan setelah membaca artikel-artikel yang mampu memberi motivasi pada kita untuk meneruskan kehidupan sehari-hari sebagai seorang muslim. Harap ia juga memberi manfaat pada pembaca!

Ada satu kisah berkenaan seorang wanita muslimat. Diberi nama Syamimi. Seorang pelajar UIA, jurusan undang2 Syariah dan menghafaz 30 juzuk dengan usahanya sendiri selama 3 tahun. Setahun lalu beliau mengalami penyakit pelik yang tidak dapat diubati. Sentiasa dalam keadaan menjaga wudu' dan hari2nya dipenuhi bacaan quran dan qiamullail.

Pada pagi khamis, beliau gagahkan diri untuk bangun seawal jam 4.30 untuk solat dan persediaan menghadiri kuliah kerana sudah lama tidak mengikuti pengajian. D
engan memapah dinding, beliau segera ke bilik air untuk mengambil wudu'. Tetapi akhirnya beliau jatuh tersungkur dibilik air setelah mengambil wudu' dan berusaha semula untuk ke bilik. Akhirnya, beliau rebah dihadapan pintu bilik. Dengan spontan sebelum rebah, beliau niatkan "Ya Allah, kiranya mati itu baik untukku, aku redha, tapi kiranya Engkau ingin aku terus hidup, aku ingin dengar kata-kata semangat drpd Rasulullah s.a.w. sendiri.."

Kira2 jam 11 pagi itulah, ketika tertidur dgn tenang dalam waktu qoilullah, beliau bermimpi.

Beliau sedang terbaring dalam keadaan memakai telekung dgn tangannya diqia
m seperti dalam solat di suatu tempat asing yang sangat cantik. Beliau terbaring di sebelah mimbar dan kelihatan banyak tiang di sekitarnya. Tiba-tiba datang seorang Hamba Allah dgn wajah yang bercahaya dari arah depan dan berdiri hampir sekali, kira2 2 meter dari beliau. Wajahnya SubhanaLlah. .indah sekali, tak dapat nak digambarkan. Beliau tertanya2, siapakah orang ini? cantik sekali kejadiannya dan hati beliau rasa sangat tenang dgn hanya melihat wajahnya. Dirasakan seluruh kesengsaraan yg ditanggung selama ini lenyap begitu sahaja. Kemudian, Hamba Allah itu mengatakan, "Assalamu'alaikum, ana Rasulullah.. " Subhanallah. .baginda Nabi rupanya! Nabi memakai jubah putih dan kain serban berwarna hijau di atas bahu baginda. Beliau nampak dgn jelas mata Baginda Nabi, janggut Baginda, rambut Baginda, kain serban di atas bahu Baginda dan tubuh Baginda. Kemudian Nabi katakan "Enti fil masjidi" (kamu sekarang berada di masjidku, Masjid Nabawi)..

Allahuakbar! Kemudian Baginda Nabi s.a.w. berkata: QalAllahuta' ala; "InnaAllahama' assobirin" (sesungguhnya Allah bersama orang2 yg sabar). Ketika mendengar suara Nabi mengalunkan Kalamullah, terasa bergema suara merdu Nabi di seluruh alam. Sememangnya Baginda sebaik-baik kejadian dan diciptakan dgn penuh kesempurnaan. Nabi katakan (dalam lughahl arab, tp diterjemahkan di sini) ; "Ya Syamimi, dengan berkat kesabaran enti, dgn sakit yg enti tanggung selama ini, dan dgn berkat Al-Quran yg enti pelihara di dlm hati, maka Allah bukakan hijab utk enti nampak ana.." Ketika Nabi menyebut Ya Syamimi, terlintas di hatinya "Ya Allah..Baginda kenal ummatnya!". Ya Rasulullah.. . Ketika itu, beliau dapat merasakan baiknya Allah, memberikan nikma
t yg begitu besar buat dirinya. Kemudian Nabi katakan lagi; "Sampaikan salamku buat sahabat2 seperjuangan Islam. InsyaAllah, kita semua akan berjumpa nanti.." Nabi s.a.w. kemudian melafazkan; "Ummati.. ummati..ummati. .." dan beliau nampak jelas Nabi menangis saat itu. Beberapa titisan airmata Baginda yg suci mengalir utk ummat Baginda! Kemudian Baginda Nabi melangkah pergi.

Beliau merintih, "Jangan pergi Ya Rasulullah.. " tetapi Baginda tetap pergi. Subhanallah, walaupun kita tak pernah bersua dgn Nabi yg mulia, Baginda kenal dan sentiasa ingat akan ummatnya. Beliau sendiri tidak pasti, apakah Baginda menangis kerana rindu kepada ummatnya, atau mungkin saja baginda sedih dgn ummat akhir zaman ini? wallahua'lam. ..

Kalau dulu, beliau akan menangis dalam menghadapi kesakitan, namun pada waktu itu beliau pujuk diri utk tidak menangis. "Apa sangatlah sakit yg aku tanggung ini berbanding nikmat yg Allah telah bagi utk melihat Baginda Nabi s.a.w.." Kemudian beliau tidur. Beliau terus rasakan berada di tempat tinggi, tempat yg biasa hadir sepanjang beliau menerima gangguan. Beliau katakan "Ya Allah, apa lagi yg hendak Engkau berikan buat hambamu yg hina ni, rasa malu sangat dengan-Mu Ya Allah..." Kemudian dgn izin Allah, datang empat orang yg berpakaian serba hijau. Salah seorang daripadanya mengatakan; "Assalamu'alaikum Ya Syamimi..Rasulullah s.a.w. sampaikan salam buatmu. Kami utusan Rasululah..Nah
nu khulafa' ar-rasyidin. Ana Abu Bakr, ini Ummar Al-Khattab, Uthman bin 'affan dan Ali.." Subhanallah. .Saidina Abu Bakr memperkenal dirinya dan ketiga2 sahabat yg mulia. Beliau nampak sendiri, Saidina Abu Bakr yg amat lembut perwatakannya, Saidina Ummar dgn wajah tegasnya, Saidina Uthman yg cantik sekali dan Saidina 'Ali yg agak kecil orangnya. Para Sahabat mengatakan; "Kami diutuskan oleh baginda Nabi utk membantu enti.." Kemudian keempat2 mereka membacakan ayat 102 surah Al-Baqarah yg bermaksud: "Dan mereka mengikuti apa yg dibaca oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman. Sulaiman itu tidak kafir tetapi syaitan-syaitan itulah yg kafir, mereka mengajarkan sihir pada manusia dan apa yg diturunkan pada 2 malaikat di negeri Babylon iaitu Harut dan Marut.

Padahal keduanya tidak mengajarkan sesuatu kepada seseorang sebelum mengatakan 'sesungguhnya kami hanyalah cubaan (bagimu) sebab itu janganlah kafir.' Maka mereka mempelajari dari keduanya (malaikat itu) apa yang (dapat) memisahkan antara seorang (suami) denagn isterinya. Mereka tidak akan dapat mencelakakan seseorang dgn sihirnya kecuali dengan izin Allah. Mereka mempelajari sesuatu yang mencelakakan, dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan sungguh, mereka sudah tahu, barang siapa membeli (menggunakan sihir) itu, nescaya tidak akan mendapat keuntungan di akhirat. Dan sungguh, sangatlah buruk perbuatan mereka yang m
enjual dirinya dgn sihir, sekiranya mereka tahu.." Selesai membaca ayat itu, para sahabat Nabi menghembus pada makhluk2 yang sedang mengganggu beliau dan mereka semua hancur terbakar.

Akhirnya, beliau tersedar dan bangun dalam keadaan seperti orang yang tidak sakit. Subhanallah!! (http://um
mu-iffah.blogspot.com)

Ini pula t
okoh Muslimat yang tidak dapat dipisahkan dalam gerakan Islam pada tahun 1965 iaitu Zainab al-Ghazali yang menyeru manusia kepada Allah SWT. Berlainan pula kisah ini. Beliau melalui fasa-fasa penyiksaan daripada kezaliman kerajaan pada masa itu. Meski demikian, keyakinanannya akan pertolongan Allah swt., kelazatan iman yang dirasakannya, serta tekad yang membaja membuat ia terus bersabar.

Pada Ogos 19
65, Rumah Zainab Al-Ghazali digeledah oleh beberapa tentara, tanpa ada izin terlebih dahulu. Tatkala ia meminta diperlihatkan surat penggeledahan, mereka menjawab, "Surat tugas yang mana, hai orang gila! Kami sekarang dalam masa, dimana kami bebas melakukan apa saja yang kami kehendaki terhadap kamu." Tanpa penjelasan lain yang menjadi bukti, mereka terus mengheret Zainab Al-Ghazali keluar rumah dan dibawa dengan kereta. Tanpa pembelaan, muslimah yang tekun beribadah ini terus dimasukkan ke penjara. Namun dia tetap sabar dan mengharap pahala dari Allah swt. atas ujian yang diterimanya itu. Ia dimasukkan ke dalam ruangan penjara bernombor 24.

Ikuti pengalaman beliau di dalam penjara
,


"Sebuah pintu ruangan yang sangat gelap dibuka, lalu aku dimasukkan kedalamnya. Dan ketika ruangan itu telah menelan diriku, aku mengucapkan, "Bismillah As-salamu'alaikum." Kemudian, pintu itu ditutup kembali. Setelah itu, lampu yang sangat terang dinyalakan dengan tiba-tiba. Ini dimaksudkan untuk menyiksa diriku. Ruangan itu dipenuhi oleh beberapa anjing. Aku tidak mengetahui berapa jumlahnya. Aku pejamkan kedua mataku dan aku letakkan kedua tanganku didadaku, kerana ketakutan yang mencekam. Lalu aku dengar suara pintu dikunci dengan rantai dan gembok besar. Anjing-anjing itu terus menyerangku dan mengigit sekujur tubuhku, kepalaku, kedua tanganku, dadaku, punggungku dan di seluruh bagian tubuhku kurasakan tusukkan taring-taring anjing.

Sakit sekali. Tatkala aku mencuba membuka mata untuk melihat, maka dengan segera kupejamkan kembali kerana ketakutan yang sangat. Lalu kuletakkan kedua tanganku di bawah kedua ketiakku, sambil menyebut asma-asma Allah swt. (Asmaul Husna), mulai dari kata, "Ya Allah, Ya Allah..." Satu per satu nama agung Allah kubaca. Sementara anjing-anjing tiada berhenti mengigit tubuhku. Tusukkan taringnya kurasakan di kepalaku, pundakku, punggungku, dadaku, dan disekujur tubuhku.

Saat itu saya berdo'a kepada Allah swt. dengan mengatakan, "Ya Allah sibukkanlah aku dengan (mengingat)-Mu, hingga melupakan selain-Mu. Sibukkanlah aku dengan (mengingat)-Mu, wahai Tuhanku. Wahai zat Yang Maha Esa, wahai zat Yang menjadi tempat bergantung. Bawalah aku dari alam kasar (dunia) ini. Sibukkanlah aku agar tidak mengingat seluruh hal selain-Mu. Sibukkanlah aku dengan (mengingat)-Mu, bawalah aku di hadirat-Mu. Berilah aku ketenangan yang sempurna dari-Mu. Liputilah aku dengan pakaian kecintaan-Mu. Berikanlah kepadaku rezeki mati syahid dijalan-Mu. Karunikanlah kepadaku kecintaan yang tulus kepada-Mu, keridhaan pada (ketentuan)-Mu dan Ya Allah, teguhkanlah diriku, sebagaimana keteguhan yang dimiliki oleh para ahli tauhid ya Allah!"

Doa tersebut kuucapkan, sementara binatang-binatang buas itu tidak berhenti menusukkan taringnya disekujur tubuhku. Detik demi detik, minit demi minit dan jam demi jam pun berlalu. Tiba-tiba pintu ruanganku terbuka, lalu aku dikeluarkan dari kamar. Aku membayangkan, bahawa pakaian putih yang kukenakan telah berlumuran darah. Itulah yang saya rasakan dan bayangkan bahwa anjing-anjing itu benar-benar telah mengigitku. Akan tetapi, betapa terkejutnya aku. Seolah-olah pakaianku tidak terkena sesuatu apapun, dan seolah-olah tiada satu pun taring yang menembus tubuhku. Mahasuci Engkau ya, Allah. Sesungguhnya Dia selalu bersamaku dan selalu mengawasiku. Ya Allah, apakah aku ini layak mendapatkan kurnia dan kemuliaan dari-Mu. Ya, Tuhanku bagimu segala puji. Semua itu kuucapkan di dalam hatiku. Para penjaga penjara hairan ketika mengetahui bahawa anjing-anjing tidak merobek-robek tubuhku.

Saya tidak mengetahui mengapa mereka amat hairan menyaksikan hal seperti itu. Bukankah Allah swt. telah berfirman,"Hai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu." (Muhammad: 7)

Moga dapat ambil manfaat dalam artikel ini. Apapun alasan hidup kita didunia, jadikan Allah swt sebagai tempat tunggak pertama kenyakinan dan Rasulullah sebagai pemberi semangat kita untuk laksanakan tanggungjawab dan tugasan sebagai hamba dan khalifah Allah di bumi ini. Capailah tingkat IKHLAS, dengan kesabaran.

"Kamu adalah sebaik-baik ummah, yang dilahirkan untuk kpentingan manusia, menyuruh mengerjakan yang benar dan melarang membuat yang salah" (al-Imran:110)

"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga, mereka berperang dijalan Allah sehingga membunuh atau terbunuh sebagai janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil, al-Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya selain Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu dan demikian itulah kemenangan yang agung" (al-Taubah:111)

Wallahua'lam


;;