~Muslimah Corner~


Assalamualaikum...

Berita baik buat sahabat-sahabat muslimah dan wanita-wanita Islam, Kami menganjurkan sudut muslimah untuk sahabat2 yg mahu mengenali bagaimana pemakaian wanita yang berlandaskan syara'..

Juga

Aktiviti dan permainan yang menyeronokkan!

Selain dpt mengeratkan lagi Ukhuwah sesama kita...
Ukhuwah Fillah =)

Assalamualaikum, kepada sesiapa yg berminat sama ada luar atau dalam UKM, anda boleh dapatkan tiket konsert di bilik Persatuan Mahasiswa Fakulti Pengajian Islam (PMFPI) atau hubungi:

Sdr Mohd Zaki Jaafar - 013 2125179
Sdr Mohd Hafifi Taslin- 013 3006931
Sdr Khalil - 013 3734262

Tempat duduk akan disediakan untuk anda
&
Mungkin no anda bertuah untuk hadiah cabutan bertuah!!!

Berhibur sambil menderma, bersama ust Nazrey Johany dan artis jemputan yang lain dalam kita membantu usahanya untuk membuka pusat tahfiz di Ranau, Sabah.

Berhibur tiada salahnya, kerna hiburan itu indah..
Hanya pabila salah memilihnya,
membuat kita jadi bersalah...

Mari sama-sama meriahkan =)
wallahua'lam

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum Warahmatullahi wabarakatuh,
Kepada semua sahabat2 mahasiawa UKM terutamanya dan seluruh warga Malaysia, anda dijemput hadir untuk memeriahkan lagi KARNIVAL KESENIAN ISLAM.
24-28 FEB 2010, Padang Pavilion UKM
Jam 8am-12am



Salah satu wadah hiburan cara Islam


Program Harian:
- Pameran Kerjaya
- Pameran Negara Islam
- Derma Darah
- Gerai jualan
- Sukan Sutramoden
- Muslimah Corner

24/2
-Demonstrasi Seni silat
-Taklimat kerjaya (FPI)
-Tilawah al-Q

25/2
-Busana Muslimah
-Diskusi Siswa
-Majlis Perasmian

26/2

-Ceramah Kesihatan (FPI)
-Demonstrasi Hukuman Sebat
-Malam Kesenian - Konsert Tour De Tahfiz ( Penampilan hebat: Nazri Raihan)

27/2
-Larian amal
-Pertandingan Khat
-Forum Bicara ad-Din

28/2
-Pertandingan mewarna Pelajar Sekolah
-Majlis penutup


Ada pelbagai aktiviti menarik menanti!!!
Datang ramai-ramai!!!
Jangan lepaskan peluang!!!
Ilalliqa' Wallahua'lam

  • Dihadapan Hotel Daka, tempat kami menginap


  • Pemandangan petang pinggir pantai yg telah meragut nyawa penduduk Aceh
  • Perkuburan yg menempatkan lebih 250 ribu mangsa Tsunami


  • Bersama pimpinan pelajar IAIN Ar-Raniri Acheh
  • Bersama sahabat2 Malaysia yg belajar disana




  • Masjid Rahmatullah yg terselamat ketika tsunami, terbina kukuh





  • Di Panti asuhan Bumi Moro, yg menempatkan anak-anak yatim tsunami






  • Lapangan Terbang Sultan Iskandar Muda, Acheh





Salam sayyidul ayyam kepada sahabat-sahabat pembaca.. Moga iman kita semakin hari semakin bertambah. Saya pulang jua ke kampung halaman dalam cuti semestar ini. Banyak yang dipelajari jika dihayati setiap detik. ~Berjalan, memerhati, mentafsir~ setiap kejadian ada hikmahnya...

Terimbas kembali ~Bersama Kembara Ilmu~ Banyak pengalaman sebelum, semasa dan berakhirnya kembara ini yang sebenarnya memerlukan banyak kesabaran, kekuatan mental dan fizikal. Bila kita lihat, semuanya telah terangkum dalam (IMAN, ISLAM, dan IHSAN). Cuma, diri yang perlu hadapi secara praktikalnya.. Sahabat-sahabat yang mungkin dulu kurang untuk difahami, akhirnya cuba untuk difahami satu persatu. Tidak dilupakan juga sahabat-sahabat yang baru dikenali. Ukhuwah fillah abadan =)

"Maka tidaklah menjadi petunjuk bg mereka (org2 musyrik) berapa banyak (generasi) sebelum mereka yg telah kami binasakan, padahal mereka melewati (bekas2) tempt tinggal mereka (umat2 itu)? Sungguh, pd yg demikian itu terdapat tanda2 (kekuasaan Allah) bg org2 yg berakal"
Surah Taha: 20 : 128

PMFPI akan mengadakan lawatan pengantarabangsaan ke Acheh pada 05-08/02/10

Tujuan program adalah sebagai wadah untuk berinteraksi di anatara negara berlainan seterusnya memperbaiki perjalanan persatauan di peringkat antarabangsa di samping melahirkan mahasiswa yang cemerlang dari sudut akademik disertai dengan penghayatan ilmu yang mantap..

Tempat yang akan dilawati adalah:-

Institut Agama Islam Negeri (IAIN) Acheh
muzium Tsunami
Panti Asuhan Anak Yatim
sejarah Islam di Acheh..
dan banyak lagi tempat sejarah...

selain itu , interaksi antara kedua-dua pimpinan Malaysia dan Acheh.

Pihak kami sangat berbesar hati dan mengucapkan terima kasih sekiranya Dato, Tuan, Puan ingin menyumbang sedikit sumbangan bagi menjayakan program ini seterusnya memberi sumbangan kewangan kepada Warga Acheh.

sebarang maklumat bolehlah berhubung:-
pengarah program di talian 0132850339




Salam PERKIM, sahabat-sahabat dijemput untuk menyertai

1) Lawatan ke Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) 5/2 jumaat jam 8pg. Tunggu di PUSANEKA. Hubungi: 0132564008 (Rahman)

2) Dialog antara agama, 9/2 selasa jam 8-11.30 mlm di DECTAR UKM. Terbuka kepada semua. Masuk adalah percuma.

3) Hari PERKIM bersama Tun Mahadhir, 10/2 rabu jam 6-10 mlm di Masjid Wilayah Persekutuan.
Penyertaan 40 orang sahaja. Hubungi: 0132564008 (Rahman) 0123051786 (Intan)

4) Lawatan ke Asrama Darul Falah (ASDAF) PERKIM 11/2 khamis jam 5ptg. Tunggu di PUSANEKA. Hubungi : 0133117622 (Mariatul)

5) Kembara Sinar PERKIM 12-15/2 jumaat-isnin di Besut Terengganu.
Penyertaan 80 orang sahaja. Terbuka kepada semua pelajar. Hubungi: 0192271609 (Faisal) 0136420307 (Rabunah)

* Terbuka kepada semua pelajar UKM dan orang luar & penyertaan adalah percuma.
* Sesiapa yang berminat, sila nagi nama, no matrik, no ic, dan nama program yang ingin disertai kepada:

Sdr Zaki - o13 2125179 (YDP PERKIM)
Sdri Huda - 013 6249030 (s/u PERKIM)
Sdri Majita - 013 2001504 (NYDP PERKIM)


Assalamualaikum w.b.r.

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah swt yang telah menjadikan alam, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad saw dan juga mohon dilindungkan ibu bapa, guru-guru, sahabat-sahabat seperjuangan, kaum muslimin dan muslimat daripada fitnah dunia dan azab siksaan hari akhirat yang segala kekuasaan-Nya berada dalam genggaman.

Alhamdulillah, Pilihanraya Kampus telah berakhir untuk sesi ini tapi perjuangan masih belum selesai. Biar kalah dengan bermaruah, jangan kalah dalam kehinaan. Walaupun kemengan tipis dipihak aspirasi, kami telah dahulu menang. Benarlah kata saidina umar "Peperangan itu tipu daya"

Ramai yang berpandangan, pilihanraya kali ini paling buruk sekali. Saya merasakan seperti melawan pihak pentadbiran dan bukannya pihak lawan aspirasi walaupun saya tahu mereka mempunyai ikatan yang kuat antara satu sama lain. Ini juga satu bukti menunjukkan ketidak adilan pada calon-calon yang bertanding selain beberapa penyelewengan yang berlaku sebelum, semasa dan selepas pilihan raya kampus. Dengan kebenaran dan keberanian serta semangat juang untuk tegakkan keadilan walaupun dengan cara demonstrasi, piket, roadshow dari kolej ke kolej, barulah kami ketahui ramai yang menyokong tindakan ini. Apa yang saya lihat, cabarannya membuka minda mahasiswa akan sistem pilihanraya kampus yang tidak telus dan adil. Biar mahasiswa/i tahu, mereka bebas untuk memilih bukan ditekan dan terus tertekan dan ambil tahu ada apa dengan pilihan raya kampus. Kami akan terus berada dibelakang anda!.

Tahniah kepada semua calon mahasiswa yang berjaya, terutamanya kepada calon mahasiswa fakulti pengajian Islam sdr Nik Mohd Shafie b Raja Daud dan sdr Mohd Zaim Juwaidi b Jamaluddin (Menang tanpa bertanding). Moga Allah membantu dalam meneruskan usaha gerak kerja Islam seterusnya. Sekalung penghargaan kepada yang terlibat secara langsung ataupun tidak.

Banyak pengalaman yang saya perolehi yang tidak ada di dewan-dewan kuliah. Saya tahu, ramai juga dikalangan mahasiswa/i ini tidak suka berpolitik kampus. Tapi saya melihat perlu untuk kita ceburi bidang ini. Lihatlah dari sudut positif. Anda akan dapat lihat banyak kelebihan. Apa yang perlu anda pegang, "DAKWAH dan POLITIK tidak dapat dipisahkan.


Wasiat Rasulullah saw:

" Bahawasanya Allah telah membahagi perangai-perangaimu, sebagaimana DIA telah membahagi-bahagikan rezeki-rezekimu. Dan bahawasanya Allah memberikan kejayaan dunia kepada orang yang dikasihi-Nya dan kepada orang yang tidak dikasihi-Nya, dan Allah tidak memberikan kejayaan agama, melainkan kepada orang yang dikasihi-Nya sahaja. Maka, barangsiapa yang telah diberikan Allah kepadanya kejayaan agama, sesungguhnya Allah telah mengasihinya. Demi tuhan yang diriku berada di tangan-Nya, tiada Islam atau tiada sejahtera seseorang, sehingga Islam atau sejahtera hatinya dan lidahnya dari kejahatan. sahabat-sahabat bertanya kepada Nabi: "Apakah yang dimaksudkan dengan kejahatan?" Nabi menjawab, "Kejahatan iaitu tipu daya dan aniaya, sebagai contoh; seorang hamba mengusahakan harta yang haram, lalu disedekahkannya dan diterima orang sedekahnya itu dan membelanjakan harta yang haram itu, untuk mengambil manfaatnya atau ditinggalkannya untuk dijadikan harta warisan semuanya itu adalah untuk menjadi bekalnya masuk neraka"

Bahawasanya Allah tidak akan menghapuskan kejahatan dengan kejahatan, hanya akan menghapuskan kejahatan dengan kebaikan, bahawasanya, kejahatan tidak akan menghapuskan kejahatan
(HR. Ahmad)

"BERGERAK SEIRINGAN, MEMIMPIN PERUBAHAN"

wallahua'lam

Sila layari:
http://gm-ukm.blogspot.com
http://faizassyirazi.blogspot.com

;;