Gambar kenangan Latihan Amali Dakwah di Perkampungan Orang Asli Cangkat Bintang Hulu Bernam, Selangor


Setiap pertemuan, ada hikmahnya. Yang pasti persahabatan akan terus kekal bilamana ukhuwah dalam jagaan Allah.

Diharapkan sahabat teruskan perjuangan, kerana hidupmu diperlukan keluarga & masyarakat setempat. Perolehlah ilmu dimana sahaja, kerana sahabat semua ada potensi untuk berjaya..

Mudah-mudahan Islam akan terus berkembang dan ramai lagi kenalan atau masyarakat lain yang boleh memeluk Islam kerana sahabat seorang yang istimewa.. yang telah Allah kurniakan pada sahabat, yang tidak ada pada orang lain.. Yakinlah pada Allah.

Saudara Ilyasa' sekarang sedang melanjutkan pelajaran di Yaman,

Kak Ayuni di KUIS bersama Zarina Begum

Saudari Suriani dan saudara Jamal di Perak, teruskan usaha sahabat untuk membawa masyarakat Islam Orang Asli di kampung untuk mempelajari Islam sepenuhnya..

Saudara Hazriq berada di Sabah, mudah-mudahan keluarganya akan turut memeluk Islam. Dakwah pada keluarga. Seorang yang saya lihat ada potensi yang tinggi untuk menjadi seorang pendakwah bebas seperti ust Farhan.

Saudara Syafiq berada di Pulau Pinang, mudah-mudahan keluarganya juga terbuka untuk menerima Islam.

Saudara Mohd Meteus, mudah-mudahan Allah kabulkan hasrat beliau untuk turut berdakwah bersama Brother Shah Kirit.

Apa yang diharapkan agar semua sahabat dalam limpahan rahmat dan kasih sayangnya.. Thabat, dan percaya keluarga akan menerima semula sahabat dan mereka akan menerima Islam dengan izin-NYA. Terus Berjuang di Medan Dakwah!!!!

Wallahua'lam


~Sahabat = Usrah~

tit...tit.. mesej masuk ke dalam inbox. Entah mengapa rasa girang tiba-tiba menyerang. Mungkin disebabkan mesej yang baru masuk sebntar tadi. "salam ukhuwah kepada sahabat-sahabat, jumaat (23/10) jam 8pg akan diadakan rehlah ukhuwah d pavilion". Rehlah yang telah lama dirancang oleh kak syifak tanpa pengetahuan kami semua membuatkan saya tertanya-tanya apa modul kali ini yang hendak dibawa untuk merehatkan minda daripada 'STRESS' nak EXAM.

Lagi terkejut bilamana naqibah kami kak Che Yusairah menghadiri rehlah pagi ini, Setelah 2 pusingan padang bola berakhir. Di tambah lagi 1 pusingan bersama kak Yus dan sahabat-sahabat lain, kami warming down dan berehat sebentar dengan modul yang saya dan sahabat-sahabat lain tidak menyangka tapi sangat menyeronokkan. Lain dari yang lain, kredit untuk kak Yus.. memang sangat seronok!

Modul 1:
Mestilah taaruf. Untuk saling lebih dekat lagi.. tapi kelainan kali ini ialah taaruf menggunakan suara+IQ. Mana tidaknya, disuruh perkenalkan diri dengan pantun 2 kerat. Penat jugak otak ni memikir. Maklum la.. bukan ahli sastera.. Walaupun sebenarnya mungkin mudah bagi anda..(Nama+asal+kolej)

"Halimah pakai baju warna-warni,
nama saya Hiluani"
"Ada biawak dalam hutan,
saya asal dari Kelantan"
"Mak saya tauke Emas,
saya duduk di kolej krismas"
Ni pantun baru sorang, belum lagi yang lain. Hilang stress melihat sahabat-sahabat yang terus mencuba walaupun banyak yang tak kena hujungye termasuklah saya. Kagum juga melihat halimah, kak zakiah dan sahabat lain, dalam diam rupanya pandai berpantun.

Modul 2:
Yang ini lagi memeranjatkan kami. Langsung tidak terfikir. Tanpa menggunakan tangan atau mulut, bagaimana anda perlu memberikan biskut taiger kepada sahabat anda. Fikir-fikirlah.. Tapi kami dapat buat walaupun sebenarnya dah nak putus asa.. *kak Yus kata budak tadika pun boleh buat..

Modul 3:
Yang ini kena ikat kaki dengan sahabat. Kemudian lari berpasangan. Tak tahu nak kata macamane, tapi Hiluani dan kak Hidayat sangat laju ke hadapan. Ada apa2 strategi ke? Kemudian, kami pecah dua kumpulan untuk bermain bola jaring dengan ikat kaki bersama sahabat. Rasa macam susah, tapi belum cuba belum tahu. Selalunya main single, ni kena main berpasangan. 3 orang sekaligus pula tu. Tapi, tidak mengapalah sebab tak ada peraturan. Main langgar je.. Habis-habis kumpulan kak dayat menang lagi 1-0.. Ingat baru nak balas dendam sebab kalah main bola jaring hari tu 11-3 tapi tak dapat pulak.. kena usaha ni..

Jam 10pg kami berhenti rehat dengan sarapan bersama-sama. Walaupun beli sikit tapi sangat cukup dan mengenyangkan. Maklum la makan bersama sahabat.. Ada keberkatan..

Kemudian, kak Yus memberikan sedikit motivasi pada kami semua. Dah penat riadah, dapat pula tip berguna untuk exam.. Inilah kelebihan usrah..
1- Niat ikhlas kerana Allah bukan hanya untuk exam je..
2- Usaha perlu ditingkatkan, termasuk la assingment sebelum exam kena siapkan.
3- Cari keberkatan. Sekarang sangat susah untuk melihat pelajar yang menghargai gurunya. Tetapi pengalaman kak Yus sangat menyentuh hati. Jumpa lah guru anda sebelum exam.
4- Minta doa daripada ibu bapa, adik beradik kita yang belum banyak dosanya, atuk, nenek, sahabat-sahabat dan sebagainya, sebab kita tidak tahu doa siapa yang tidak terhijab pada waktu itu.
5- Qiamullail jangan tinggal,
6- Tawakal & beri keyakinan sepenuhnya pada Allah.

Akhirnya, rehlah ukhwah kami diakhiri dengan tasbih kafarah, surah al-Asr dan doa rabitah. Kami semua pulang dalam kepenatan tetapi membawa semangat juang yang tinggi. Insya Allah kejayaan milik kita bersama. Mungkin juga dalam harapan mengubah dunia.. Ukhuwah Fillah Abadan!!!


Hayati + Fikir



Bila Tuhan tak ditakuti
Macam-macam boleh terjadi
Tiap orang tak ketahuan hala hidupnya sendiri
Maka rosaklah di sana sini

Ada manusia puja alam sebagai Tuhan
Mabuk dengan gelombang laut yang menggulung
Digambarkan dengan kata sastera mempesona
Mereka tenggelam dalam gelombang sasteranya
Ia leka sendiri dengan buah penanya
Bagai orang tenggelam dalam lautan menggulung
Tidak tahu tujuan ke mana mahu pergi

Ada juga yang sibuk bercakap dengan emosinya sekali
Mengelilingi seluruh negeri
Kadang-kadang berbohong sesuka hati
Berkata tidak mengota
Mengecam orang tak usah dikira
Sudah jadi makan minumnya

Ada golongan sibuk dengan kesalahan orang
Seolah-olah mereka wira agama
Konon hendak membersih agama dari noda
Yang sebenarnya berlakon di depan manusia
Bukan hidup realitinya

Mereka lupa diri sendiri
Mereka sendiri buat dosa
Membeli kereta dan rumah terlibat dengan riba
Anak-anak dan juga isteri terdedah aurat setiap hari
Perbualan setiap hari
Tentang kenaikan gaji dan juga pangkat
Hidup sendiri nafsi-nafsi
Kecuali ada urusan rasmi
Yang ada kaitan dengan gaji

Bakhilnya amat ketara sekali
Mereka lupa semua itu adalah
Kesesatan dalam beragama
Yang punya kuasa berbangga dengan kuasanya
Menggertak manusia setiap hari
Akta-akta dibuat untuk selamatkan diri mereka
Membantu orang bukan dari hatinya sendiri
Menceritakan jasa kepada manusia
Maka hilanglah pahalanya
Menipu diri tak disedari

Tak kurang juga ada di kalangan manusia
Setiap hari memikirkan hendak menghiburkan manusia
Berbagai cara dan gaya dipertunjukkan
Rupanya jiwa mereka sendiri tak terhibur
Jiwa mereka derita
Tak kurang juga yang bunuh diri


;;