~Ambang Tahun Baru~

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..
Dengan nama Allah yng Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah swt, Tuhan sekalian alam, yang menjadikan langit dan bumi tiada bertongkat. Agungnya kuasa Tuhan..

Selawat dan salam buat junjungan kita, Nabi Muhammad saw yang membawa sinar cahaya kepada pengikut-pengikutnya iaitu kita, umat akhir zaman..

Masa berlalu begitu pantas, satu hari dirasakan hanya sebentar. Rupanya, kita telah sampai di ambang tahun baru Masihi 2011. Setiap kali persoalan yg akan ditanya pada awal tahun baru ialah AZAM. Azam baru yang manusia wujudkan tanpa matlamat. Kebanyakannya hanya lidah yang berkata-kata, bukan niat tekad untuk capai matlamat. Mudah-mudahan, setiap apa jua azam kita pada tahun ini, matlamat pd Allah adalah yg paling utama. Sekalipun pekerjaan anda, rumahtangga anda, kewangan anda, kehidupan anda, aktiviti anda dan sebagainya..

Umat akhir zaman ini bnyak cabaran. Hanya iman yang teguh mampu harungi semuanya..
Wallahua'lam.. Muhasabah bersama dan utk diri ini juga..



Sama2 hayati, tenggelam dalam pembacaan buku ini... "Carilah titik pemula utk berubah"

Usrah ^_^

Bismillahirrahmanirrahim..
(Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyanyang)

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah swt Tuhan yang menjadikan Manusia dari segumpal darah sehingga ditiupkan ruh (nyawa) kepadanya. Selawat dan salam (Allahumma Solli'ala Sayyidina Muhammad) kepada junjungan besar Nabi Muhammad saw, 'Role Model' sepanjang zaman.

Syukur pada Allah swt ketika ini diberi kekuatan dan kelapangan untuk menulis sedikit perkongsian buat sahabat-sahabat pembaca. Perjalanan pulang kembali meneruskan amanah dalam kenderaan semalam bersama ayah tidak dibiarkan sia-sia. Sengaja diri membuat kontroversi terhadap adik lelaki yang setia menemani ayah, memandu kenderaan... Bukan apa, RINDU sebenarnya mutiara kata yang keluar dari mulut ayah yang dirasakan setiap kata-katanya pendorong semangatku untuk terus melangkah.

Apa yang menarik, isu remaja dan masyarakat menjadi perbincangan kami. Melihatkan generasi kini yang tidak sama lagi sikap dan sifat mereka dengan generasi sezaman ayah.

"Bukan mudah menjadi seorang ayah bertaqwa, pandai mendidik anak jika sikap dan sifat kamu semasa remaja tidak di didik dengan sebetulnya"

Ya, benar... dilihat pada zaman muda ayah ku ketahui zamannya penuh pengabdian pada Allah. Dijaga pergaulan, Solat Jemaah di surau tidak ditinggalkan, malamnya dididik dengan bersujud pada Allah. Dan tertanam dalam dirinya cita-cita "Aku ingin menjadi seorang ulama'" pencarian ilmu tidak pernah padam dalam dirinya..
Dan ku tahu, itulah juga impian terhadap anak-anaknya..

Jauh fikiran melayang, untuk melahirkan generasi pejuang, harus bermula dengan diri sendiri bagaimana kita menjaga benih yang terhasil. Dari situ, kesannya datang bukan sekarang, tetapi 10 tahun akan datang... (akan lahirlah zuriat seperti Umair al-Azidi)

....."Jangan menjadikan iklim, budaya dan suasana sesuatu tempat sebagai pegangan, tetapi ikutilah iklim, budaya dan suasana dalam Islam".

Walaupun dimana jua kita berada, ilmu Islam itu jika kita ketahui dan pelajari serta amalkan, kita akan dapati Islam itu amat mudah kepada penganutnya. Isu aurat bukan lagi isu sensasi, tetapi menjadi isu yang perlu diambil berat oleh semua muslim. Contoh yang baik ayah berikan untuk kami faham. Cuba kita lihat masyarakat muslim di negara 4 musim, cara pemakaiannya berbeza dengan kita di Malaysia. Iklim, budaya dan suasana tidak menjadi halangan untuk kita menutup aurat dengan sempurna. (Tudung yang menutup sehingga dada dan tidak nipis sehingga menampakkan batang leher, pakaian yang longgar dan tidak jarang). Adapun, sebaik2 pakaian itu adalah pakaian taqwa... (n_n)

..."Seorang Muslim perlu tahu dia sebenarnya orang Islam yang membawa imej Islam"

Tanggungjawab dan amanah yang besar diletakkan kepada seorang Muslim untuk menjadikan 'ISLAM itu INDAH bukan PEMUSNAH'.

Membuat fesyen rambut, berpakaian, melepak itu tidak ada salahnya, tapi ada cara dan tatatertibnya sebagai seorang Muslim. Rasulullah saw tidak melarang para sahabat yang telah berumur mewarnakan rambut mereka menjadi hitam untuk persediaan perang. Ini salah satu strategi para sahabat untuk menggerunkan musuh dengan cara psikologi bilamana musuh melihat tentera Islam gagah dan ramai pemudanya (selepas menghitamkan rambut) daripada yang tua. Ini telah melemahkan semangat musuh. Srtrategi Islam pada peringkat awal telah berjaya.


Tetapi, bila melihat ramai masyarakat yang mewarnakan rambut, hati tertanya apakah alasan mereka?

Rasulullah saw juga pernah berambut panjang tetapi dalam keadaan kemas dan rapi. Itu juga dikatakan fesyen. Jadi, terpulang pada anda untuk menentukan bagaimana... Begitu juga lepak, hak jalan perlu ditunaikan antaranya, memberi salam kepada orang yang berjalan dan perbualan tidak diisi dengan umpatan dan celaan.. Rasulullah telah memberi panduan kepada kita dengan mengikut syariat Islam..

Apa yang penting IMEJ Islam perlu dijaga!!! itu tanggungjawab kita sebagai seorang ISLAM, bukan mengikut IKLIM, BUDAYA, BANGSA & SUASANA..

Sekadar berkongsi, Wallahua'lam.

~HiJraH~

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Alhamdulillah, rasa syukur dipanjatkan kepada Rabbul I'zzati, yang dinyakini bahawa tiada Tuhan di dunia ini selain ALLAH SWT yang berhak disembah, Tuhan sekalian alam, Tuhan yang menciptakan manusia dengan berbagai rupa, bangsa, suku dan puak untuk kita berfikir akan kekuasaannya dan juga memberi kesempatan waktu untuk kita merasa nikmat Tuhan hidup di 'dunia'.

Selawat dan salam kepada junjungan besar 'kekasih Allah' Nabi Muhammad SAW yang di yakini bahawa baginda adalah pesuruh Allah yang diutus untuk menyebarkan agama ISLAM dan pembawa berita gembira kepada masyarakat seluruhnya.

Sebak di dada, bila datangnya tahun baru. Akan bertambahnya umur kita. Justeru, akan hampirnya kematiaan yang tidak tahu kunjung bila, akan juga hampirnya Qiamat yang dijanjikan oleh Allah SWT. Bumi ini telah terlalu uzur untuk menampung isinya. Tanda2 kiamat kecil juga telah terlaksana yang kita boleh nampak jelas keadaanya..

1- Perempuan lebih ramai dari lelaki
2- Anak telah pandai derhaka pada Ibu Bapa
3- Zina berleluasa
4- Keadaan bumi yang tidak lagi kukuh (gempa bumi dsbg)

Justeru, SIAPAKAH KITA????? (dinilai)

untuk terus dalam kehidupan tanpa MATLAMAT!!!
DOSA terus membelengu diri tanpa dicuci setiap hari.

Allah tidak menilai siapa kita dimata manusia tetapi dilihat dari nilai keIMANan dan keTAQWAan kepada-NYA.

Oleh itu, sama2 lah kita bermuhasabah dengan datangnya bulan Muharram, awal permulaan hijrah Baginda dan para sahabat dalam sejarah Islam untuk kita sama2 renungkan.

KOREKSI DIRI, PERBAIKI DIRI,
HIDUP DALAM PENDAMBAAN MENCARI REDHA ILAHI
UNTUK MENUJU KEHIDUPAN YANG HAKIKI

Salam Maal Hijrah 1432H. Wallahua'lam.

p/s: Jom puasa hari asyura 9 (rabu), 10 (khamis) dan 11 (Jumaat) bulan Muharram.

~Perjuangan~

Assalamualikum warahmatullahi wabarakatuh buat sahabat2 pembaca..
Alhamdulillah rasa syukur pada Allah swt dipanjatkan kerana masih diberikan waktu lapang untuk menulis sedikit pengalaman yang datang...
Selawat dan salam ditujukan juga kepada junjungan kita Nabi Muhammad saw, tanpa usaha dakwah dan kesabaran yang disandarkan pada Baginda, Islam tidak akan tersebar pada kita semua..

Alhamdulillah, hampir 2 minggu dalam sistem pembelajaran di Akademi al-Manar, Taman Melawati, KL untuk mendidik pelajar akademi ini mengenal huruf al-Quran, mengawasi pembacaan mereka setiap sebutan huruf yang dibaca, amat memberi ketenangan walaupun setiap drpd mereka mempunyai ragam.

Sayang dan kasih tercurah tanpa kata, yang ada hanya tindakan untuk mendidik mereka lebih mengenal Islam miskipun mereka berlatarkan dalam kalangan keluarga kurang menyelusuri agama Islam yang sebenar.. Mungkin anak2 ini dapat memberi kesedaran dalam keluarga.

Pengalaman yang cukup besar untuk 2 tahun ini dan perlu banyak belajar mengenal emosi kanak2, tahap pendidikan, belajar bagaimana untuk menarik perhatian, cara bercakap, kaunseling dan sebagainya. Mudah-mudahan Allah memberi kekuatan..

Hari ini juga, bersaksikan semua saudara baru yang belajar di Perkim cawangan Melawati melihat 2 lagi saudara baru turut mengucap lafaz syahadah.. Perasaan terharu tidak terkata, bilamana lidah mereka mengucap lafaz itu keramat itu.. Bertambah lagi saudara seIslam kita.. Tetapi bila difikirkan, kesediahan bertandang melihat ramai lagi saudara seIslam yang telah lama memeluk Islam, jauh dari kehidupan Islam yang sebenar. Ada juga yang ingin murtad. Masya Allah... Nauzubillah.

"Ya Allah, Apakah aku telah membantu dalam memberi kesedaran pada mereka yang jauh dari ajaran Islam????"

Tanyalah diri, apakah sumbangan kita untuk Islam. Moga Allah sentiasa memberi petunjuk, rahmat, taufiq dan hidayahnya untuk kita semua. Wallahua'lam.

~ Selamat berjuang buat sahabat-sahabat yang akan menduduki final exm yang akan datang~

~Rahsia.....~

Assalamualaikum,
Alhamdulillah syukur kepada ilahi, masih memberikan kita nyawa ketika ini untuk terus memperbaiki diri menjadi hamba yang terbaik di dunia. Tidak lupa juga kepada murabbi sepanjang zaman, Nabi Muhammad Sallallahualaihiwasallam.

Telah lama blog ini dibiarkan sepi tanpa diisi tinta dan dakwah dek kerana kekangan masa. Tiada kata untuk diberi. Hanya untuk mengingatkan ' Jangan lupa Allah sentiasa bersama kita'.

Rasa tawar hati bila mengenangkan apa yang berlaku, adakah mungkin kerana terlalu terburu-buru. Atau mungkin ia ilham Allah yang menjanakan gerak hati ini untuk meneruskan langkah?? Apa yang diharapkan, ini adalah keputusan yang terbaik dari Allah. Hanya berfikir, ada hikmahnya.. Mengharap kasih sayang Allah sentiasa dalam perjalanan hidup ini..

ps: Allah itu maha mengetahui isi hati setiap hambanya. Dekatilah dan ingatilah DIA sentiasa. Nescaya Dia akan ingat kita miskipun sedih mahupun gembira.

~ Indahnyya Tawakal pada Allah ~

~DenYuT KaSiH MeDiK~

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang.
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang memberi nikmat kehidupan dan masih lagi diberikan nyawa untuk meneruskan hari2 puasa ramadhan seterusnya sehingga kita sampai nikmat akan datang dalam bulan syawal tidak lama lagi.. Selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad saw, didiklah lidah untuk membiasakan selawat ke atasnya..

Sekadar perkongsian daripada pembacaan saya mengenai novel ini walaupun mungkin telah ramai yang sudah habis membacanya. Anggapan saya pada novel ini amat bagus!. Telah lama saya tinggalkan zaman pembacaan novel. Entah mengapa ingin tahu apa yang tersirat dalam novel ini, gerak hati kuat ingin memiliki setelah ada seorang sahabat mengatakan novel ini bagus untuk dibaca, sampaikan satu keluarganya turut membaca novel ini secara bergilir.

Subhanallah.. Insya Allah bagi mereka yang kurang dalam kefahaman Syariat (kehidupan), dia akan faham. Bagi mereka yang telah melalui hari2 dengan kekuatan syariat, insya Allah lahirnya hati yang lebih tenang dan yakin dengan qada' dan qadar yang telah Allah swt tentukan.. Teringat kata2 ibu kepada sahabat yang bertandang ke rumah bila anaknya bertanya kepada saya tentang jodoh setelah hubungan kekluargaan antara 2 keluarga tidak menjadi. Ibunya hanya menjawab, " Itu tandanya Allah nak beri yang lebih baik.." sejuk hati mendengarnya..

Novel ini menggabungkan antara tiga fiqh, iaitu fiqh perubatan, fiqh wanita dan fiqh cinta, menuntun pembaca untuk lebih memahami indahnya kehidupan dalam bersyariat. Ia satu cara untuk mengajar, belajar dan mempelajari. Bagi mereka yang baik, insya Allah akan cuba untuk menjadi bertambah baik..

Selain itu, Ilmu juga diperolehi bagi yang bukan dalam bidang perubatan. Begitu juga ilmu dakwah yang disatukan dalam bidang ini, memberitahu kita bagaimana dakwah itu perlu ada walau apa jua pekerjaan kita, posisi kita sama ada dibawah atau diatas, ada pangkat atau tiada, dakwah itu perlu mengalir dalam pembuluh darah kita. Bukan semua orang Islam mempunyai kefahaman dalam Islam. Itulah tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. Kita akan ditanya apa yang kita lakukan..

Selamat membaca dan menghayati apa yang tersurat dan tersirat di dalamnya =)
Wallahua'lam..

~ Wanita.....

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah, syukur kepada Allah atas segala kurniaan Ilahi dan limpah nikmat Iman dan Islam yang masih lagi diberikan pada hamba-hambanya yang dikehendaki. Usaha pada kita, Allah yang memberi hidayah dan meninggikan darjat manusia. Selawat dan Salam kepada junjungan besar Nabi kita Muhammad Sallallahualaihiwasalam, manusia yang dijadikan oleh Allah sebagai contoh dan ikutan yang terbaik untuk kita contohi dan ikuti sepanjang zaman. Rinduilah Baginda...

Sedikit muhasabah dan peringatan bersama untuk kita fikir dan teliti bait-bait, susunan perkataan yang telah diolah dalam puisi ini.. Khas untuk wanita =)

Jangan pernah sesekali berkata...
Diriku adalah umpama mawar berduri,
Tapi katakanlah,
Diriku seorang wanita yang berusaha untuk menjadi sekuntum mawar berduri..

Jangan pernah sesekali berkata...
Diriku adalah wanita solehah,
tapi katakanlah,
Diriku seorang wanita yang berusaha menjadi wanita solehah...

Jangan pernah sesekali berkata...
Diriku adalah seorang mujahidah setia,
Tapi katakanlah,
Diriku adalah seorang wanita yang berusaha menjadi mujahidah setia...


Jangan pernah sesekali berkata...
Diriku adalah wanita berakhlak mulia,
Tapi katakanlah,
Diriku adalah wanita yang berusaha untuk berakhlak mulia...

Kenapa duhai wanita...
Kerana diriku takut kau akan berhenti berusaha,
dan berdoa,
serta merasa puas dengan pujian manusia...

Ku khuatir disisi Allah,
Dirimu belum mencapai tahap itu,
Walaupun seribu insan mengatakan dirimu,
Sekuntum Mawar Berduri,
Wanita Solehah,
Mujahidah Setia,
Mahupun wanita berakhlak mulia...

Bukankah penilaian Allah terhadapmu paling utama?
Jangan dirimu harapkan pujian insan,
Harapkanlah pujian disisi Allah,
Dan penduduk langit...

Bukankah apabila Allah mencintai hamba-Nya,
Maka ia juga dicintai
Seluruh penduduk langit dan bumi?
Carilah redha Ilahi,
Jangan dicari redha manusia,
Kerana apabila redha ilahi yang dicari
Pasti manusia turut redha padamu....

Wallahua'lam..

~Marhaban Ramadhan~



Salam Ramadhan kepada semua sahabat2, kaum muslimin dan muslimat seluruh dunia yang akan menyambut ramadhan al-mubarak. Jadikan Rammadhan kali ini yang terbaik untuk kita, kerana mungkin ramadhan akan datang kita tidak sempat lagi untuk berjumpa..
Dari Abu Hurairah R.A. katanya: " Aku ada mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: ' Allah Azzawajalla berfirman maksudnya, ' Segala amal bakti anak Adam adalah untuknya kecuali amalan puasa, (maka) ia adalah untuk-KU dan AKUlah yang membalasnya' (dengan balasan yang sebaik-baiknya). Hadith Sahih-Riwayat Muslim.

~Selamat Berkonvo~

Bismillahirrahmanirrahim..
Alhamdulillah segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam kepada junjungan besar nabi muhammad saw.

Usia tidak menentukan lamanya manusia itu akan hidup di dunia. Ada yang baru dilahirkan, telah dipanggil kembali oleh tuhan. Umur 20-an Allah panggil tanda sayang padanya. Bila diberikan umur yang panjang, bersyukurlah kita telah menikmati nikmat hidup dalam mengenal seisinya. Allah maha tahu apa yang terbaik buat kita.

Sedar tak sedar, telah berakhir 3 tahun pengajian. Adakah cukup ilmu yang diperolehi? Terpulang bagi siapa yang telah berjuang dan melepasi tahap pengajian ini. Ilmu ada dimana-mana. Cuma bagaimana seseorang itu mencapai tahap ilmu itu. Adakah diamalkan atau tidak? Sijil hanya sebagai wasilah kita dalam meneruskan perjuangan sebagai seorang hamba yang faham. Masyarakat telah menunggu tenaga muda yang ingin berjuang!

Firman Allah dalam surah al-Mujadalah ayat 11:
" Allah akan menggangkat darjat orang-orang yang beriman diantara kalian dan orang-orang berilmu"

Sabda Nabi Muhammad saw dalam riwayat Ahmad dan Baihaqi:
" Kelak penduduk neraka akan berteriak-teriak sambil menutup hidung mereka. Mereka mengatakan: ' Siapa kamu ini, mengapa tubuh kamu sangat bau seperti ini? Kami sangat pedih dengan siksa ini, kini kamu tambah dengan aroma bau kamu yang menyengat'. Orang itu lalu berkata: ' Dulu waktu di dunia saya ini adalah orang yang berilmu akan tetapi ilmu saya ini tidak bermanfaat'.

Ilmu tanpa amal adalah gila, dan amal tanpa ilmu adalah asing. Manusia yang beramal telah terpilih untuk dinaikkan darjatnya disisi Allah bahkan sekalian makhluk. Kita yang membuat pilihan akan darjat itu sama ada hendak atau tidak. Subhanallah! Allah maha pemurah dan maha kaya.

Apapun, selamat berkonvo kepada sahabat2 sejabatan, mahasiswa/i Fakulti Pengajian Islam juga kepada sesiap yang akan berkonvo. Mudah-mudahan ukhuwah ini tidak akan terlerai hingga akhirnya. Dan carilah ilmu dan amalkannya hingga rebah di jalan redho Allah.. Wallahua'lam.

~Take Note!


Mari sama-sama tunjukkan!!!

HARAM ke HALAL????

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.
Alhamdulillah segala puji bagi Allah swt yang menjadikan semesta alam dan segala yang berlaku di dalam genggaman-Nya. Selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad Sallallahualihiwasalam, pengikat kasih antara utusan dan ummatnya.

Kejutan dunia buat masyarakat Malaysia yang kini hangat memperkatakan antara HALAL dan HARAM. Sedih melihat kepimpinan yang dikatakan memerintah "Negara Islam" meghalalkan perjudian. Inilah dikatakan "bilamana pemilihan pemimpin dikalangan orang-orang yang jahil". Ulama ada tetapi tidak didahulukan.

Secara teori daripada bingkisan penulisan Imam Hassan al-Banna, terbinanya negara Islam bermula dengan terbinanya individu muslim iaitu individu yang beragama Islam, patuh dan taat pada ajaran syariatnya. Seterusnya, keluarga muslim yang akan mendidik generasi penerusnya sebagai seorang individu muslim juga. Akhirnya, terbina masyarakat muslim dan penggerak kepada tercetusnya Negara Islam (Daulah Islamiyyah).

Sekiranya rosak akhlak seorang individu Islam, dalam kehidupannya mengamalkan arak dan judi juga zina, dia akan membina keluarga hasil darah daging yang telah mengalir dalam dirinya. Generasi yang lahir dalam keluarga akan menjadi penggerak seterusnya. Maka, bagaimana akan terbinanya negara Islam yang benar-benar akan mengamalkan syariat Islam sekiranya generasi pemimpin ini lahir dalam didikan keluarga yang demikian.

Renungi Hadis 39 Hadith akhir zaman..

MENGGADAIKAN AGAMA KERANA DUNIA

Ertinya:
Daripada Abu Hurairah ra. berkata: Rasulullah saw. hersabda; "Akan timbul di akhir zaman orang-orang yang mencari keuntungan dunia dengan menjual agama. Mereka menunjukkan kepada orang lain pakaian yang dibuat darIpada kulit kambing (berpura-pura zuhud dari dunia) untuk mendapat simpati orang ramai, dan percakapan mereka lebih manis daripada gula. Padahal hati mereka adalah hati serigala (mempunyai tujuan-tujuan yang jahat). Allah swt. Berfirman kepada mereka, "Apakah kamu tertipu dengan kelembutan Ku?, Ataukah kamu terlampau berani berbohong kepada Ku?. Demi kebesaran Ku, Aku bersumpah akan menurunkan suatu fitnah yang akan terjadi di kalangan merekasendiri, sehingga orang yang alim ( cendikiawan ) pun akan menjadi bingung (dengan sebab fitnah itu)".

H.R Termizi

Keterangan

Golongan yang dimaksudkan di dalam Hadis ini ialah orang­-orang yang menjadikan agama sebagai alat untuk mendapat keuntungan dunia. Mereka rela menggadaikan agama untuk meraih keuntungan dunia. Dan apabila bercanggah kepentingan dunia dengan hukum syarak mereka berani mengubah hukum Allah dan memutarbelitkan kenyataan. Mereka juga pandai mengemukakan hujah-hujah yang menarik dan alasan-­alasan yang memikat hati, tetapi sebenarnya hujah-hujah dan alasan tersebut hanya sernata-mata timbul dari kelicinan mereka memutarbelitkan kenyataan. Mereka menipu orang lain dan juga menipu diri mereka sendiri.

Mereka akan dilanda kekusutan pemikiran yang sangat tajam sehingga orang alim yang banyak pengalaman pun akan kehabisan akal dan buah fikiran. Mereka menghadapi masalah-masalah yang meruncing dan akan menemui jalan buntu dalam permasalahan yang dihadapi.

Renungi juga ayat ini..

Ayat 219, surah al-Baqarah. Firman Allah bermaksud: “Mereka bertanya kepadamu mengenai arak dan judi. Katakanlah pada kedua-duanya ada dosa yang amat besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa kedua-duanya lebih besar daripada manfaatnya..."

Apalah sudahnya,

Jika diberi lesen halal arak dan judi

Pelacuran juga mahukan hak asasi

Halal dan Haram sudah tidak dipeduli

Hanya sekadar,

biar masyarakat menjadi lebih mudah diurus nanti

tetapi lihatlah!

Gejala sosial semakin meninggi

Kes Jenyah tidak dapat dibendung lagi

Hanya yang dapat dibuat jika telah terjadi

kempen, kempen dan kempen...

Kesimpulannya, kuasa tertinggi ada hak untuk mengubah segala perlembagaan di negara ini. Kuasa anda juga menentukan masa depan negara ini, bangkitlah untuk sama membina negara! Hanya sekadar berkongsi. Islam untuk semua. Wallahua'lam.

Sejenak bersama Nisa~

Assalamualaikum Wbt..
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang menjadikan semesta alam. Syukur masih lagi diberikan nyawa untuk meneruskan kehidupan sebagai seorang hamba dan khalifahnya di bumi ini. Selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad saw, atas nikmat amalan selawat, syafaat menjadi penimbang berat amalan di akhirat.

Hanya secebis coretan daripada program nisa' bahagian Sg. Panjang Sabak Bernam Selangor dengan kerjasama JKK disitu yang bertempat di Balai Raya PPRT Parit 13 Sg Nibong. Antara sasaran utama program adalah remaja, belia dan ibu-ibu. Objektifnya adalah untuk merapatkan ukhuwah antara semua tidak kira pegangan mana-mana politik. Apa yang penting, semuanya wanita dan muslimah! =)

Program dimulai dengan senaman ringan bersama ketua nisa' kawasan Tg.Karang, Kak Syidah. Kemudian kami semua sarapan pagi dan dihidangi slot motivasi oleh guru Sekolah Simpang Lima. Matlamat motivasi ini adalah untuk memberikan pendedahan kepada ibu-ibu, pentingnya penjagaan pemakanan anak-anak. Kebanyakan mereka tidak terdedah dengan dunia luar dan mengambil berat apa yang dimakan oleh anak-anak. Penekanan yang diberikan berkaitan "makanan HALAL" dan SYUBHAH" menjadi tarikan slot motivasi ini.

Kemudian slot membina kekuatan pasukan. Sangat meriah hasil pembentangan setiap kumpulan. Setiap kumpulan perlu membuat tugasan yang diberikan. Antaranya, nama, logo, moto kumpulan dan satu bangunan yang kukuh daripada setiap kumpulan. Kumpulan yang berjaya ialah kumpulan MASNAH POWER. Memang tidak dapat dinafikan, ibu-ibu ini juga pandai berbahas dan membentang hasil kerjasama kumpulan mereka.

Pada kali ini, saya hanya sebagai peserta program. Apapun sebenarnya, carilah apa peranan kita kepada masyarakat. Walau siapa jua kita. Dekatilah masyarakat sekeliling, kita akan lihat betapa perlunya kita sebagai pembawa agama untuk membantu gerak kerja Islam. Carilah ia... kerana ia takkan mencari kita..



Tak sangka, datang-datang je kena pakai vase ni... Islam untuk semua =) Wallahua'lam.

Generasi terpimpin..















Alhamdulillah, segala puji bagi Allah S.W.T yang menciptakan alam. Memberikan kita otak yang sihat dan fizikal yang cerdas. Selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W , salam ingatan ummat akhir zaman.

Jumaat malam sabtu, 30 April, syeksen 2, telah diadakan program smart ibadah kepada sahabat kecil ini. Walaupun golongan yang disasarkan adalah remaja tetapi adik-adik ini memulihkan semangat kami untuk meneruskan program.

Modul yang disusun pada awalnya untuk remaja terpaksa diubah pada saat akhir memikirkan tahap pemikiran sahabat kecil ini belum sampai. Jadi, pihak penganjur mengambil inisiatif membuat puzzle, Islamic picture. Ia lebih menjurus kepada penambahbaikan dalam melaksanakan solat khususnya. Sebelum itu, mereka di isi dengan pengisian jiwa oleh Ust Shahnizam selaku pemberi motivasi pada malam itu.

Mudah-mudahan sahabat kecil ini akan terus dipimpin dan menjadi generasi yang terpimpin yang mampu memimpin generasi akan datang seterusnya.. Islam untuk semua =)

Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh,
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, tuhan yang menciptakan seluruh alam. Yang telah menetapkan segala Qadar dan Qada' kepada setiap hambanya. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw. Setiap detik membiarkan lidah basah mengingati keduanya, insya Allah.

Dalam keadaan dunia, semakin hari semakin banyak ritangannya, hanya kepada Allah kita mengharap. Segala keyakinan terletak padanya. Yang hidup akan menempuh kematian pada bila-bila masa. Hanya kita, adakah bersedia untuk menempuh alam kedua. Berharap, dan terus berharap sehingga sampai masa ketentuan ilahi pada dunia yang telah tua, hanya menunggu masa.

Hanya sekadar pengisian jiwa, dan ibadah tambahan. Agar kita sentiasa mengingati Allah setiap detik dan setiap masa.

Solat sunat awwabin / solat memelihara iman

Digalakkan melakukan sebanyak 4 rakaat (2 salam) 6 rakaat (3 salam), sebelum berkata-kata selepas menunaikan solat maghrib bagi memelihara iman dan menghapuskan dosa


Sabda Nabi saw yang bermaksud:
"Sesiapa yang bersembahyang enam rakaat sesudah Maghrib tiada diselang antaranya dengan sesuatu bicara nescaya samalah pahalanya dengan ibadat dua belas tahun.'Riwayat Ibnu Majah, Ibn Khuzaimah dan At-Turmuzi.

Sebelum mendirikan solat, sunat membaca doa berikut ;

Ertinya :
Selamat datang kepada malaikat yang bertugas malam, selamat datang kepada dua malaikat pencatat yang mulia, tulislah dalam rekodkau bahawa Aku bersaksi bahawa Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah, dan aku bersaksi bahawa Muhammad itu hambaNya dan UtusanNya, Aku bersaksi bahawa syurga itu benar, neraka itu benar, kalam itu benar, Aku bersaksi bahawa qiamat itu benar dan pasti akan datang, tidak ragu-ragu lagi, Allah akan bangkitkan mayat dari kubur. Ya Allah simpanlah di sisiMu penya
ksian ini untuk hari yang aku perlukan padanya.Ya Allah simpanlah dengannya amalanku, ampunlah dengannya dosaku, beratlah dengannya timbanganku, yang baik, dan pastikanlah dengannya pencapaian cita-citaku dan perkenanlah untukku Ya Allah Tuhan Yang Maha Pemurah.


Bacalah selepas membaca Al-Fatihah pada kedua-dua rakaat

1. Surah al-Qadr 1 kali
2. Surah al-Ikhlas 6 kali
3. Surah al-Falaq 1 kali

4. Surah al-Naas 1 kali

selepas itu beri salam, baca doa ini..


Ya Allah! Sesungguhnya Aku menyerahkan imanku kepada peliharaan Mu, maka imanku itu,
semasa hidupku, semasa matiku, dan selepas matiku. Sesungguhn
ya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu."


Selepas membaca al-Fatihah pada rakaat yang pertama, bacalah surah al-Kafirun dan pada rakaat kedua selepas al-Fatihah bacalah surah al-Ikhlas.


Selepas membaca al-Fatihah pada rakaat yang pertama, bacalah surah al-Kafirun dan pada rakaat kedua selepas al-Fatihah bacalah surah al-Ikhlas.

Apapun caranya, mudah-mudahan iman kita sentiasa terpelihara dari segala fitnah dunia. Solat-solat sunat merupakan pendinding ketahanan iman selain daripada solat fardhu wajib yang lima.


Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah saw. bersabda; "Bersegeralah kamu beramal sebelum menemui fitnah (ujian berat terhadap iman) seumpama malam yang sangat gelap. Seseorang yang masih beriman di waktu pagi, kemudian pada waktu petang dia sudah menjadi kafir, atau (Syak Perawi Hadis) seseorang yang masih beriman di waktu petang, kemudian pada esok harinya, dia sudah menjadi kafir. Ia telah menjual agamanya dengan sedikit dari mata benda dunia. H.R.Muslim

Hadis ini menerangkan kepada kita betapa dahsyat dan hebatnya ujiaan terhadap iman seseorang diakhir zaman. Seseorang yang beriman di waktu pagi, tiba-tiba dia menjadi kafir diwaktu petang. Begitu pula dengan seseorang yang masih beriman di waktu petang, tiba-tiba pada esok paginya telah menjadi kafir. Begitu pantas dan cepat perubahan yang berlaku. Iman yang begitu mahal boleh gugur di dalam godaan satu malam atau satu hari sahaja, sehingga ramai orang yang menggadaikan imannya kerana hanya hendak mendapatkan sedikit dari harta benda dunia. Dunia lebih dicintai di sisi mereka daripada iman. Dan menurut riwayat Ibnu Majah, beliau menambahkan, "kecuali orang yang hatinya dihidupkan Allah swt. dengan ilmu". Mudah-mudahan Allah swt. menjadikan kita di antara orang yang berilmu dan mengamalkan ilmunya, sehingga dengan itu Allah Swt. akan menyelamatkan iman kita dari ujian yang dahsyat ini.

Wallahua'lam

~UkhuWah FillAh~

Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh,
Alhamdulillah segala puji bg Allah yg menciptakan seluruh alam, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad Sallallahualaihi wasallam.

Alhamdulillah, berakhir jua peperiksaan sem akhir di pembukitan ilmu UKM. Sekarang fokus pula untuk kajian ilmiah. Apapun, rindu akan ukhuwah yang terbina bersama sahabat-sahabat seperjuangan kampus bila dah keluar nanti..

Rasulullah saw bersabda:

" Tujuh orang yang dinaungi oleh Allah pada naungan-Nya, pada hari tidak akan ada lagi naungan, selain daripada naungannya-Nya: imam yang adil, pemuda yang meningkat ibadahnya kepada Allah, lelaki yang hatinya bertaut pada masjid, apabila ia keluar dari masjid sehinga ia kembali, dua orang lelaki yang berkasih sayang pada jalan Allah, keduanya berkumpul dan berpisah kerana-Nya, lelaki yang mengingati Allah pada tempat yang sunyi lalu bergenanglah air matanya, lelaki yang dipanggil oleh wanita bangsawan dan cantik lalu berkata: "Aku takut pada Allah Taala, dan lelaki yang bersedekah lalu menyembunyikannya sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanan"
(Dirawikan drpd al-Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah)

Hadis ini bukan sahaja ditujukan pada lelaki, tetapi ia juga ditujukan pada perempuan.

"Duduklah kamu dengan orang yang dengan melihatnya, mengingatkan kamu kepada Allah, mendengar perkataannya menambahkan amalan dan perbuatan amalanya memberi kamu kesukaan pada akhirat"

Indahnya, ukhuwah kerana Allah..

p/s: Terima kasih kepada semua sahabat yg berusaha u program induksi pmf dan Malam Tautan Mahabah terutamanya pada Hiluani dan Fairuz

~Tarbiyah Politik~

Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh..
Alhamdulillah, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad Sallallahualaihiwasallam.

Dalam kekalutan politik hari ini, PRK Hulu Selangor memperlihatkan pada kita bagaimana politik Malaysia pada hari ini sangat "Menakutkan". Saidina Umar mengatakan (al-Harbu khida'), peperangan itu tipu daya. Walaubagaimanapun seharusnya kita mengambil ruang dan peluang dalam arena politik ini. Sememangnya saya akui ramai sahabat saya, bila ditanya tentang politik mereka tidak berminat untuk membahas. Tetapi sekiranya tiada orang yang sanggup bawa politik, adakah negara akan terbina? Tetapi fikirkan juga bagaimana politik yang harus dibawa.

Memang ada yang menyatakan, perlunya membina masyarakat daripada bawah dan tidak perlu menyentuh politik. Seharusnya is seimbang, memahamkan masyarakat bagaimana membina negara bangsa yang berkonsepkan Islam, mengikut acuan al-Quran dan al-Sunnah kerana ketika ini tidak sesuai lagi negara kita mengamalkan konsep yang berasaskan kepada sekularisme dan liberalisme yang di import dari Barat. Sebaliknya, ia perlu berteraskan kepada nilai khayr Ummah dan Rahmatan lil a'limin.

Adakah Malaysia merupakan "negara Islam" telah banyak dipersoalkan. Namun, acuan amalan "negara Islam" yang dimaksudkan tetap pada prinsip kedaulatan rakyat dan kuasa sivil (Sultan Madaniyah) berbeza negara yang benar-benar mengamalkan prinsip al-Quran dan al-Sunnah.

Oleh itu, negara Islam disamping memiliki institusi perwakilan rakyat (majlis al-sha'b) sebagai sumber rujukan suara hati nurani rakyat, ia juga mesti memiliki institusi ulama (majlis cendekiawan) yang menjadi sumber rujukan konsep melalui metodologi istinbat dan istiqra' kepada nas-nas al-Quran dan al-Sunnah serta hasil ijtihad dan ijma' ulama terdahulu (al-salaf al-salih).

Sorotan daripada itu, kita lihat walaupun jabatan mufti ada di Malaysia, saya mempercayai pencampuran politik menyebabkan pendapat ulama' tersekat, dan menjadikan politik diatas ulama'. Bukan ulama' yang menerajui politik tetapi sebaliknya. Pemimpin tidak boleh dibidas dan tidak boleh ditegur, nanti akan jadi "hal" yang lain. "Kuasa" yang menentukan..

Justeru, pemegang amanah pemerintahan (golongan eksekutif) dalam negara Islam tidak memiliki kuasa mutlak (sultan mtlaqah) sepertimana dirasakan dalam amalan sesetengah negara yang mengamalkan sistem diluar Islam. Kuasa mutlak mengikut idealisme negara Islam adalah hak milik khusus Tuhan Pencipta Alam. Oleh itu, walauapapun pelimpahan kuasa yang berlaku diantara sesama manusia adalah tidak mutlaq. Dengan prinsip yang demikian sifat zalim menzalimi, khianat menghianati diantara penguasa dan rakyat jelata tidak mudah berlaku. Apatah lagi, ia dinaungi prinsip keadilan dan persamaan hak dan kewajipan dalam menjalani hidup berbangsa dan bernegara.

Zaman ini, kita diburu sifat wahan iaitu cintakan dunia. Tanpa kita sedari, ia telah melingkari diri kita. Mana mungkin ketika ini pemimpin tertinggi "negara Islam yang kita cintai ini" menjadi seperti Saidina Ummar al-khatab yang hidupnya seperti rakyat jelata bahkan rakyatnya lebih memiliki harta daripada beliau. Kewangan negara apatah lagi, tidak pernah difikir untuk menggunakan walaupun diri amat memerlukan.

Menurut al-Mawardi, fungsi negara yang mesti dipertanggungjawabkan oleh ketua negara adalah:
1 menjamin hak-hak rakyat dan undang-undang Allah S.W.T
2 menegakkan keadilan
3 membangun kekuatan untuk menghadapi musuh
4 melakukan jihad terhadap orang yang menentang Islam
5 mengumpul zakat dan pajak
6 meminta pandangan dan nasihat daripada orang-orang yang dipercayai
7 ketua negara mesti pandai mengatur urusan umat dan agama dan meneliti keadaan sebenar yang berlaku dalam masyarakat.

Untuk akhirnya, mana mungkin negara bangsa yang berkonsepkan Islam terhasil bilamana pemilihan pemimpin daripada mereka-mereka yang jahil. Demokrasi yang kita gunakan bukan untuk popular tetapi hanya sebagai salah satu cara dalam membina "negara". Terpulang bagaimana anda memilih "pemimpin" Fikir dulu.. Moga ada kemenangan untuk Islam disitu..

Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:
”Tanda hari kiamat semakin dekat, dihapuskan (dicabut) ilmu (agama), lalu timbul fitnah (bala bencana atau kekacuan). Di mana-mana djmpai kebkhilan serta banyak pembunuhan (H.R. Muslim)

Wallahua'lam

p/s: Rujukan penulisan Dr. Syamsul Bahri Andi Galigo "Konsep Siasah Islamiyah: Satu Kajian Dari Perspektif Piagam Madinah"

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.
Alhamdulillah, syukur pada Allah SWT kerana masih memberikan nikmat sihat dan lapang pada kita untuk kita terus berusaha menjadi hamba yang benar-benar ikhlas kepada-Nya. Selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW yang sentiasa mengingati ummatnya, hanya kita yang teragak-agak untuk selalu mengingati Baginda.

Hari ini seperti
diberi kekuatan setelah membaca artikel-artikel yang mampu memberi motivasi pada kita untuk meneruskan kehidupan sehari-hari sebagai seorang muslim. Harap ia juga memberi manfaat pada pembaca!

Ada satu kisah berkenaan seorang wanita muslimat. Diberi nama Syamimi. Seorang pelajar UIA, jurusan undang2 Syariah dan menghafaz 30 juzuk dengan usahanya sendiri selama 3 tahun. Setahun lalu beliau mengalami penyakit pelik yang tidak dapat diubati. Sentiasa dalam keadaan menjaga wudu' dan hari2nya dipenuhi bacaan quran dan qiamullail.

Pada pagi khamis, beliau gagahkan diri untuk bangun seawal jam 4.30 untuk solat dan persediaan menghadiri kuliah kerana sudah lama tidak mengikuti pengajian. D
engan memapah dinding, beliau segera ke bilik air untuk mengambil wudu'. Tetapi akhirnya beliau jatuh tersungkur dibilik air setelah mengambil wudu' dan berusaha semula untuk ke bilik. Akhirnya, beliau rebah dihadapan pintu bilik. Dengan spontan sebelum rebah, beliau niatkan "Ya Allah, kiranya mati itu baik untukku, aku redha, tapi kiranya Engkau ingin aku terus hidup, aku ingin dengar kata-kata semangat drpd Rasulullah s.a.w. sendiri.."

Kira2 jam 11 pagi itulah, ketika tertidur dgn tenang dalam waktu qoilullah, beliau bermimpi.

Beliau sedang terbaring dalam keadaan memakai telekung dgn tangannya diqia
m seperti dalam solat di suatu tempat asing yang sangat cantik. Beliau terbaring di sebelah mimbar dan kelihatan banyak tiang di sekitarnya. Tiba-tiba datang seorang Hamba Allah dgn wajah yang bercahaya dari arah depan dan berdiri hampir sekali, kira2 2 meter dari beliau. Wajahnya SubhanaLlah. .indah sekali, tak dapat nak digambarkan. Beliau tertanya2, siapakah orang ini? cantik sekali kejadiannya dan hati beliau rasa sangat tenang dgn hanya melihat wajahnya. Dirasakan seluruh kesengsaraan yg ditanggung selama ini lenyap begitu sahaja. Kemudian, Hamba Allah itu mengatakan, "Assalamu'alaikum, ana Rasulullah.. " Subhanallah. .baginda Nabi rupanya! Nabi memakai jubah putih dan kain serban berwarna hijau di atas bahu baginda. Beliau nampak dgn jelas mata Baginda Nabi, janggut Baginda, rambut Baginda, kain serban di atas bahu Baginda dan tubuh Baginda. Kemudian Nabi katakan "Enti fil masjidi" (kamu sekarang berada di masjidku, Masjid Nabawi)..

Allahuakbar! Kemudian Baginda Nabi s.a.w. berkata: QalAllahuta' ala; "InnaAllahama' assobirin" (sesungguhnya Allah bersama orang2 yg sabar). Ketika mendengar suara Nabi mengalunkan Kalamullah, terasa bergema suara merdu Nabi di seluruh alam. Sememangnya Baginda sebaik-baik kejadian dan diciptakan dgn penuh kesempurnaan. Nabi katakan (dalam lughahl arab, tp diterjemahkan di sini) ; "Ya Syamimi, dengan berkat kesabaran enti, dgn sakit yg enti tanggung selama ini, dan dgn berkat Al-Quran yg enti pelihara di dlm hati, maka Allah bukakan hijab utk enti nampak ana.." Ketika Nabi menyebut Ya Syamimi, terlintas di hatinya "Ya Allah..Baginda kenal ummatnya!". Ya Rasulullah.. . Ketika itu, beliau dapat merasakan baiknya Allah, memberikan nikma
t yg begitu besar buat dirinya. Kemudian Nabi katakan lagi; "Sampaikan salamku buat sahabat2 seperjuangan Islam. InsyaAllah, kita semua akan berjumpa nanti.." Nabi s.a.w. kemudian melafazkan; "Ummati.. ummati..ummati. .." dan beliau nampak jelas Nabi menangis saat itu. Beberapa titisan airmata Baginda yg suci mengalir utk ummat Baginda! Kemudian Baginda Nabi melangkah pergi.

Beliau merintih, "Jangan pergi Ya Rasulullah.. " tetapi Baginda tetap pergi. Subhanallah, walaupun kita tak pernah bersua dgn Nabi yg mulia, Baginda kenal dan sentiasa ingat akan ummatnya. Beliau sendiri tidak pasti, apakah Baginda menangis kerana rindu kepada ummatnya, atau mungkin saja baginda sedih dgn ummat akhir zaman ini? wallahua'lam. ..

Kalau dulu, beliau akan menangis dalam menghadapi kesakitan, namun pada waktu itu beliau pujuk diri utk tidak menangis. "Apa sangatlah sakit yg aku tanggung ini berbanding nikmat yg Allah telah bagi utk melihat Baginda Nabi s.a.w.." Kemudian beliau tidur. Beliau terus rasakan berada di tempat tinggi, tempat yg biasa hadir sepanjang beliau menerima gangguan. Beliau katakan "Ya Allah, apa lagi yg hendak Engkau berikan buat hambamu yg hina ni, rasa malu sangat dengan-Mu Ya Allah..." Kemudian dgn izin Allah, datang empat orang yg berpakaian serba hijau. Salah seorang daripadanya mengatakan; "Assalamu'alaikum Ya Syamimi..Rasulullah s.a.w. sampaikan salam buatmu. Kami utusan Rasululah..Nah
nu khulafa' ar-rasyidin. Ana Abu Bakr, ini Ummar Al-Khattab, Uthman bin 'affan dan Ali.." Subhanallah. .Saidina Abu Bakr memperkenal dirinya dan ketiga2 sahabat yg mulia. Beliau nampak sendiri, Saidina Abu Bakr yg amat lembut perwatakannya, Saidina Ummar dgn wajah tegasnya, Saidina Uthman yg cantik sekali dan Saidina 'Ali yg agak kecil orangnya. Para Sahabat mengatakan; "Kami diutuskan oleh baginda Nabi utk membantu enti.." Kemudian keempat2 mereka membacakan ayat 102 surah Al-Baqarah yg bermaksud: "Dan mereka mengikuti apa yg dibaca oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman. Sulaiman itu tidak kafir tetapi syaitan-syaitan itulah yg kafir, mereka mengajarkan sihir pada manusia dan apa yg diturunkan pada 2 malaikat di negeri Babylon iaitu Harut dan Marut.

Padahal keduanya tidak mengajarkan sesuatu kepada seseorang sebelum mengatakan 'sesungguhnya kami hanyalah cubaan (bagimu) sebab itu janganlah kafir.' Maka mereka mempelajari dari keduanya (malaikat itu) apa yang (dapat) memisahkan antara seorang (suami) denagn isterinya. Mereka tidak akan dapat mencelakakan seseorang dgn sihirnya kecuali dengan izin Allah. Mereka mempelajari sesuatu yang mencelakakan, dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan sungguh, mereka sudah tahu, barang siapa membeli (menggunakan sihir) itu, nescaya tidak akan mendapat keuntungan di akhirat. Dan sungguh, sangatlah buruk perbuatan mereka yang m
enjual dirinya dgn sihir, sekiranya mereka tahu.." Selesai membaca ayat itu, para sahabat Nabi menghembus pada makhluk2 yang sedang mengganggu beliau dan mereka semua hancur terbakar.

Akhirnya, beliau tersedar dan bangun dalam keadaan seperti orang yang tidak sakit. Subhanallah!! (http://um
mu-iffah.blogspot.com)

Ini pula t
okoh Muslimat yang tidak dapat dipisahkan dalam gerakan Islam pada tahun 1965 iaitu Zainab al-Ghazali yang menyeru manusia kepada Allah SWT. Berlainan pula kisah ini. Beliau melalui fasa-fasa penyiksaan daripada kezaliman kerajaan pada masa itu. Meski demikian, keyakinanannya akan pertolongan Allah swt., kelazatan iman yang dirasakannya, serta tekad yang membaja membuat ia terus bersabar.

Pada Ogos 19
65, Rumah Zainab Al-Ghazali digeledah oleh beberapa tentara, tanpa ada izin terlebih dahulu. Tatkala ia meminta diperlihatkan surat penggeledahan, mereka menjawab, "Surat tugas yang mana, hai orang gila! Kami sekarang dalam masa, dimana kami bebas melakukan apa saja yang kami kehendaki terhadap kamu." Tanpa penjelasan lain yang menjadi bukti, mereka terus mengheret Zainab Al-Ghazali keluar rumah dan dibawa dengan kereta. Tanpa pembelaan, muslimah yang tekun beribadah ini terus dimasukkan ke penjara. Namun dia tetap sabar dan mengharap pahala dari Allah swt. atas ujian yang diterimanya itu. Ia dimasukkan ke dalam ruangan penjara bernombor 24.

Ikuti pengalaman beliau di dalam penjara
,


"Sebuah pintu ruangan yang sangat gelap dibuka, lalu aku dimasukkan kedalamnya. Dan ketika ruangan itu telah menelan diriku, aku mengucapkan, "Bismillah As-salamu'alaikum." Kemudian, pintu itu ditutup kembali. Setelah itu, lampu yang sangat terang dinyalakan dengan tiba-tiba. Ini dimaksudkan untuk menyiksa diriku. Ruangan itu dipenuhi oleh beberapa anjing. Aku tidak mengetahui berapa jumlahnya. Aku pejamkan kedua mataku dan aku letakkan kedua tanganku didadaku, kerana ketakutan yang mencekam. Lalu aku dengar suara pintu dikunci dengan rantai dan gembok besar. Anjing-anjing itu terus menyerangku dan mengigit sekujur tubuhku, kepalaku, kedua tanganku, dadaku, punggungku dan di seluruh bagian tubuhku kurasakan tusukkan taring-taring anjing.

Sakit sekali. Tatkala aku mencuba membuka mata untuk melihat, maka dengan segera kupejamkan kembali kerana ketakutan yang sangat. Lalu kuletakkan kedua tanganku di bawah kedua ketiakku, sambil menyebut asma-asma Allah swt. (Asmaul Husna), mulai dari kata, "Ya Allah, Ya Allah..." Satu per satu nama agung Allah kubaca. Sementara anjing-anjing tiada berhenti mengigit tubuhku. Tusukkan taringnya kurasakan di kepalaku, pundakku, punggungku, dadaku, dan disekujur tubuhku.

Saat itu saya berdo'a kepada Allah swt. dengan mengatakan, "Ya Allah sibukkanlah aku dengan (mengingat)-Mu, hingga melupakan selain-Mu. Sibukkanlah aku dengan (mengingat)-Mu, wahai Tuhanku. Wahai zat Yang Maha Esa, wahai zat Yang menjadi tempat bergantung. Bawalah aku dari alam kasar (dunia) ini. Sibukkanlah aku agar tidak mengingat seluruh hal selain-Mu. Sibukkanlah aku dengan (mengingat)-Mu, bawalah aku di hadirat-Mu. Berilah aku ketenangan yang sempurna dari-Mu. Liputilah aku dengan pakaian kecintaan-Mu. Berikanlah kepadaku rezeki mati syahid dijalan-Mu. Karunikanlah kepadaku kecintaan yang tulus kepada-Mu, keridhaan pada (ketentuan)-Mu dan Ya Allah, teguhkanlah diriku, sebagaimana keteguhan yang dimiliki oleh para ahli tauhid ya Allah!"

Doa tersebut kuucapkan, sementara binatang-binatang buas itu tidak berhenti menusukkan taringnya disekujur tubuhku. Detik demi detik, minit demi minit dan jam demi jam pun berlalu. Tiba-tiba pintu ruanganku terbuka, lalu aku dikeluarkan dari kamar. Aku membayangkan, bahawa pakaian putih yang kukenakan telah berlumuran darah. Itulah yang saya rasakan dan bayangkan bahwa anjing-anjing itu benar-benar telah mengigitku. Akan tetapi, betapa terkejutnya aku. Seolah-olah pakaianku tidak terkena sesuatu apapun, dan seolah-olah tiada satu pun taring yang menembus tubuhku. Mahasuci Engkau ya, Allah. Sesungguhnya Dia selalu bersamaku dan selalu mengawasiku. Ya Allah, apakah aku ini layak mendapatkan kurnia dan kemuliaan dari-Mu. Ya, Tuhanku bagimu segala puji. Semua itu kuucapkan di dalam hatiku. Para penjaga penjara hairan ketika mengetahui bahawa anjing-anjing tidak merobek-robek tubuhku.

Saya tidak mengetahui mengapa mereka amat hairan menyaksikan hal seperti itu. Bukankah Allah swt. telah berfirman,"Hai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu." (Muhammad: 7)

Moga dapat ambil manfaat dalam artikel ini. Apapun alasan hidup kita didunia, jadikan Allah swt sebagai tempat tunggak pertama kenyakinan dan Rasulullah sebagai pemberi semangat kita untuk laksanakan tanggungjawab dan tugasan sebagai hamba dan khalifah Allah di bumi ini. Capailah tingkat IKHLAS, dengan kesabaran.

"Kamu adalah sebaik-baik ummah, yang dilahirkan untuk kpentingan manusia, menyuruh mengerjakan yang benar dan melarang membuat yang salah" (al-Imran:110)

"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga, mereka berperang dijalan Allah sehingga membunuh atau terbunuh sebagai janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil, al-Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya selain Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu dan demikian itulah kemenangan yang agung" (al-Taubah:111)

Wallahua'lam


;;