~Valentine's vs Kekasih Teragung~

Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh..

Alhamdulillah, segala puji bg Allah SWT yang menciptakan manusia dan seluruhnya. Juga pemberian kepada mereka yang bertuah dalam menikmati dua nikmat yang paling besar iaitu nikmat Iman dan Islam. Selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, utusan dari Allah SWT ke atas umat akhir zaman. Tiada Nabi selepas Baginda..

Dalam bulan febuari ternyata sebenarnya banyak peristiwa, cerita dan sejarah yang perlu kita ketahui. 'Bila kita tahu, kurangnya salah laku'.



Hari yang paling dinanti-nanti oleh masyarakat dunia dan ianya sangat 'popular' ialah hari valentine's day atau kita katakan hari kekasih. Ramai yang menyangka, hari ini boleh disambut oleh siapa sahaja termasuk orang Islam sendiri. Tetapi disebabkan 'Tidak Tahu', mungkin, jadi perayaan ini dibolehkan oleh segelintir masyarakat yang bergelar orang Islam.

Keratan akhbar Sinar harian, ahad 13 Feb 2011 menyiarkan semula apa yang dikatakan oleh saudara Khairy Jamaluddin (Ketua Pemuda UMNO Malaysia) "Selagi dosa tidak dilakukan, tidak mengapa untuk turut meraikan" (Star, 12 Feb) Lalu, beliau menceritakan dia sendiri pernah memberi isterinya bunga dan membawanya makan malam pada hari valentine's day dan "kadangkala kami menyanyi, menari bersama". Walaupun sebenarnya khutbah jumaat (11 Feb) di seluruh negara meminta umat Islam terutama mengingatkan anak muda supaya menjauhi perayaan itu kerana ia adalah amalan Yahudi dan Nasrani. Jadi, bagaimana???

"Berwaspadalah terhadap SYAITAN demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa utuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil"

Rujuk hukum:
www.zaharuddin.net/v1/index.php?option=com_content&task=view&id=292&Itemid=86

Dalam Islam, hanya ada dua perayaan yang diraikan bertepatan sabda Nabi Muhammad saw: 'Sesungguhnya bagi setiap kaum itu perayaan masing-masing, dan ini (aidil fitri dan aidil adha) adalah perayaan kita' ~Riwayat Bukhari Muslim~

Adapun Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bg Hal Ehwal Agama Islam Malaysia pd 2005 memutuskan bhw Sambutan Hari Kekasih adalah HARAM bagi seluruh umat Islam.




Dalam pada itu, kita tidak sedar sebenarnya ada satu lagi peristiwa yang menyayat hati iaitu hari syahidnya Imam Hasan al-Banna pada petang sabtu 12 Feb 1946. Beliau merupakan mursyid Ikhwan al-Muslimin yang pertama. Dilahirkan pada 14 Okt 1906. Rujuk: www.youtube.com/watch?v=R6nYthBQFiw&feature=related

Akhir sekali, hari yang paling besar dalam kalendar Islam iaitu hari lahirnya Baginda, Nabi Muhammad SAW, Rasul akhir zaman yang diutuskan oleh Allah SWT untuk menyampaikan risalahnya setelah lama dunia sepi tanpa 'khabar gembira dan peringatan' bahkan dunia pada waktu itu dikelilingi dengan kejahilan.

Lahirnya baginda pada hari Isnin 12 Rabiul awal tahun gajah (peristiwa tentera bergajah yang dipimpin Raja Habsyah untuk meruntuhkan ka'abah) dimulai dengan peristiw yang menakjubkan dengan suasana kekecohan dan perasaan gentar kerana Raja Habsyah datang dengan tentera yang ramai dan harta serta gajah yang banyak untuk meruntuhkan ka'bah. Tetapi Allah SWT datangkan burung abaabil untuk memelihara kaa'bah. Oleh itu, telah wujud satu kuasa yang sememangnya dari Allah SWT tanpa mereka menyangka burung-burubg kecil itu datang untuk menyelamatkan kaa'bah dari diruntuhkan tentera bergajah.

Disebalik peristiwa ini, rupanya ada satu kelahiran yang akan menerangi seluruh alam.. iaitu Nabi kita, Nabi Muhammad SAW..

Hayati disebalik khutbah terakhir Baginda (Pesanan kepada umatnya)

Wahai manusia, dengarlah baik2 apa yg hendak ku katakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang2 yg tidak hadir di sini hari ini.

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini, dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap org muslim sebagai amanah yg suci. Kembalikan harta yg diamanhkn kpd kamu kpd pemiliknya yg berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapa pun agar org lain tdk menyakiti kamu pula. ingatlah bhw sesungguhnya kamu akn menemui Tuhan kamu, dan Dia pasti mmbuat perhitungan diatas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu, segala urusan yg melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa dalm perkara2 besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dlm perkara2 kecil.


Wahai manusia, sebagaimana kamu mmpunyai hak atas para isteri kamu, mrk juga mmpunyai hak diatas kamu. Sekiranya mrk mnyempurnakan hak mereka ke atas kamu, mk mrk juga berhak diberi mkn dn pakaian dlm suasana kasih sayang. Layanilah wanita2 kamu dgn baik dn berlemah lembutlah terhadap mereka krn sesungguhnya mrk adalah teman dan pembantu kamu yg setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan org yg tdk kamu sukai ke dlm rumah kamu dn dilarang melakukan zina.

Wahai manusia, dengrlh bersgguh2 kata2 ku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang 5 kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan dan tunaikanlah zakat dr harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kpd Muslim yg lain. Kamu semua adalah sama, tidak seorg pun yg lebih mulia dr yg lainnya kecuali dlm Taqwa dan beramal soleh.

Ingatlah, bahawa kamu akn mghadap Allah pd suatu hari utk diprtanggungjwbkan di atas segala apa yg telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dr landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

Wahai manusia, tidak ada lg Nabi atau Rasul yg akn datang selepasku dn tdk akn lahir agama baru. Oleh itu, wahai manusia, nilailah dgn betul dan fahamilah kata-kataku ini yg telah aku sampaikn kepadamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tdk akn tersesat selama2nya. itulah al-Quran dan al-Sunnahku.

Hendaklah org yg mndengar ucapanku, menyampaikan pula kpd org lain, dn hendaklah org lain itu menyampaikan pula kpd yg lain. Semoga yg terakhir lebih memahami kata-kataku dr mereka yg mendengar terus drku. Saksikanlah ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba2-Mu.

Sama-sama bermuhasabah apa yang telah kita lakukan sepanjang kehidupan ini. Banyakkan selawat kepada baginda.. Mudah- mudahan segala yang kita perbuat diterima sebagai amalan disisi Allah SWT..

~Selamat Menyambut Hari Kelahiran Nabi yang sangat kita cintai~

Wallahua'lam.

1 Comment:

  1. IBU PUSPITA said...
    Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIRENG dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIRENG di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIRENG saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIRENG karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI,jangan ada percaya klau ada yg memakai pesan ini klau bukan atas nama saya krna itu cuma bohan dan ini resmi saya yg menulis.Untuk yg punya rum erimakasih atas tumpangannya. KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI












    Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIRENG dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIRENG di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIRENG saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIRENG karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI,janan ada percaya klau ada yg memakai pesan ini klau bukan atas nama saya krna itu cuma bohon dan ini resmi saya yg menulis.Untuk yg punya rum erimakasih atas tumpangannya. KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI

Post a Comment