~Tarbiyah Politik~

Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh..
Alhamdulillah, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad Sallallahualaihiwasallam.

Dalam kekalutan politik hari ini, PRK Hulu Selangor memperlihatkan pada kita bagaimana politik Malaysia pada hari ini sangat "Menakutkan". Saidina Umar mengatakan (al-Harbu khida'), peperangan itu tipu daya. Walaubagaimanapun seharusnya kita mengambil ruang dan peluang dalam arena politik ini. Sememangnya saya akui ramai sahabat saya, bila ditanya tentang politik mereka tidak berminat untuk membahas. Tetapi sekiranya tiada orang yang sanggup bawa politik, adakah negara akan terbina? Tetapi fikirkan juga bagaimana politik yang harus dibawa.

Memang ada yang menyatakan, perlunya membina masyarakat daripada bawah dan tidak perlu menyentuh politik. Seharusnya is seimbang, memahamkan masyarakat bagaimana membina negara bangsa yang berkonsepkan Islam, mengikut acuan al-Quran dan al-Sunnah kerana ketika ini tidak sesuai lagi negara kita mengamalkan konsep yang berasaskan kepada sekularisme dan liberalisme yang di import dari Barat. Sebaliknya, ia perlu berteraskan kepada nilai khayr Ummah dan Rahmatan lil a'limin.

Adakah Malaysia merupakan "negara Islam" telah banyak dipersoalkan. Namun, acuan amalan "negara Islam" yang dimaksudkan tetap pada prinsip kedaulatan rakyat dan kuasa sivil (Sultan Madaniyah) berbeza negara yang benar-benar mengamalkan prinsip al-Quran dan al-Sunnah.

Oleh itu, negara Islam disamping memiliki institusi perwakilan rakyat (majlis al-sha'b) sebagai sumber rujukan suara hati nurani rakyat, ia juga mesti memiliki institusi ulama (majlis cendekiawan) yang menjadi sumber rujukan konsep melalui metodologi istinbat dan istiqra' kepada nas-nas al-Quran dan al-Sunnah serta hasil ijtihad dan ijma' ulama terdahulu (al-salaf al-salih).

Sorotan daripada itu, kita lihat walaupun jabatan mufti ada di Malaysia, saya mempercayai pencampuran politik menyebabkan pendapat ulama' tersekat, dan menjadikan politik diatas ulama'. Bukan ulama' yang menerajui politik tetapi sebaliknya. Pemimpin tidak boleh dibidas dan tidak boleh ditegur, nanti akan jadi "hal" yang lain. "Kuasa" yang menentukan..

Justeru, pemegang amanah pemerintahan (golongan eksekutif) dalam negara Islam tidak memiliki kuasa mutlak (sultan mtlaqah) sepertimana dirasakan dalam amalan sesetengah negara yang mengamalkan sistem diluar Islam. Kuasa mutlak mengikut idealisme negara Islam adalah hak milik khusus Tuhan Pencipta Alam. Oleh itu, walauapapun pelimpahan kuasa yang berlaku diantara sesama manusia adalah tidak mutlaq. Dengan prinsip yang demikian sifat zalim menzalimi, khianat menghianati diantara penguasa dan rakyat jelata tidak mudah berlaku. Apatah lagi, ia dinaungi prinsip keadilan dan persamaan hak dan kewajipan dalam menjalani hidup berbangsa dan bernegara.

Zaman ini, kita diburu sifat wahan iaitu cintakan dunia. Tanpa kita sedari, ia telah melingkari diri kita. Mana mungkin ketika ini pemimpin tertinggi "negara Islam yang kita cintai ini" menjadi seperti Saidina Ummar al-khatab yang hidupnya seperti rakyat jelata bahkan rakyatnya lebih memiliki harta daripada beliau. Kewangan negara apatah lagi, tidak pernah difikir untuk menggunakan walaupun diri amat memerlukan.

Menurut al-Mawardi, fungsi negara yang mesti dipertanggungjawabkan oleh ketua negara adalah:
1 menjamin hak-hak rakyat dan undang-undang Allah S.W.T
2 menegakkan keadilan
3 membangun kekuatan untuk menghadapi musuh
4 melakukan jihad terhadap orang yang menentang Islam
5 mengumpul zakat dan pajak
6 meminta pandangan dan nasihat daripada orang-orang yang dipercayai
7 ketua negara mesti pandai mengatur urusan umat dan agama dan meneliti keadaan sebenar yang berlaku dalam masyarakat.

Untuk akhirnya, mana mungkin negara bangsa yang berkonsepkan Islam terhasil bilamana pemilihan pemimpin daripada mereka-mereka yang jahil. Demokrasi yang kita gunakan bukan untuk popular tetapi hanya sebagai salah satu cara dalam membina "negara". Terpulang bagaimana anda memilih "pemimpin" Fikir dulu.. Moga ada kemenangan untuk Islam disitu..

Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:
”Tanda hari kiamat semakin dekat, dihapuskan (dicabut) ilmu (agama), lalu timbul fitnah (bala bencana atau kekacuan). Di mana-mana djmpai kebkhilan serta banyak pembunuhan (H.R. Muslim)

Wallahua'lam

p/s: Rujukan penulisan Dr. Syamsul Bahri Andi Galigo "Konsep Siasah Islamiyah: Satu Kajian Dari Perspektif Piagam Madinah"

1 Comment:

  1. Agoes Aminoto said...
    Sudah banyak materi2x fiqh syiasi, banyak pula kajian2x materi tsb diadakan, termasuk seminar-seminar. Namun Konsep Daulah Islam masih juga sebatas konsep, wacana, dan cita-cita. Orang banyak membicarakan Konsep daulah Islamiyah, Namun banyak juga yang meninggalkannya, Mereka condong kepada konsep barat/western dan tuhannya "DEMOKRASI". Dan siapun kita hari yang masih mengakui Rosulullah SAW sebagai utusan Allah , pembawah risalah terakhir,penutup ajaran semua nabi,harus sanggup melanjutkan perjuangan beliau. iaitu(liyudhirohu 'aladdini)walau karihah musyrikun, munafiqun, fasiqun, dzolimun, kafirun dengan metoda/manhaj beliau...
    Semoga Allah menguatkan hamba2x yang dhoif, yang siap membela AgamaNYA.

Post a Comment