video

Sami Yusuf- Asma' Allah

Saya merasa bertuah kerana diberi peluang untuk menghayati novel ini. Pemberian dari seorang sahabat yang saya tidak jangka. Salah satu novel kesayangannya. Pada pandangan saya, novel ini sangat memberi impak pada sesiapa yang membacanya terutama kepada remaja kerana melihatkan pada sisi kulitnya, akan merasakan ia hanya sebuah novel cerita kartun tetapi bilamana saya mendalami dan meneliti novel ini, ia bukan hanya sekadar hiburan tetapi menunjukkan mekanisma dan metod perlaksanaan dalam dakwah dengan cara yang berlainan. Benarlah, jangan menilai sesebuah buku daripada kulitnya.

Nilailah kata-kata ini:

"Karya ini berjaya menarik perhatian panel apabila secara sinis menempelak gaya hendonisme anak muda yang tercemar akhlaknya lantaran asyik dengan hiburan yang bertentangan dengan Islam.

Karya ini menterjemahkan kehebatan kesenian Islam yang telah melahirkan tokoh-tokoh sufi dan falsafah selain menyerlahkan nama-nama seperti Ibnu Misjah, Ibnu Suraj, Ata Abi Rabah, Yunus Kateb, Ibnu Farabi, Ibnu Sina dan Yunus Emre.

Faisal juga berjaya mengolah naratif keseluruhan karyanya dengan memberi penegasan bahawa kesenian dan Islam bukanlah sesuatu yang terpisah daripada konsep keimanan." - Mingguan Malaysia 29 Mei 2005


Apa Kaitannya lagu dan novel ni???

Berhibur tidak ada salahnya, tetapi mestilah dalam lingkungan yang dibenarkan Islam. Apa yang saya harapkan, satu hari nanti akan wujudnya satu not lagu baru yang boleh menarik minat golongan muda yang tertarik dengan Islam dalam persembahan lagu yang tinggi nilainya dan dengan menggunakan alat yang pelbagai dan yang terkini mampu menarik minat golongan muda belia ini.

Seperti cerit
a dalam novel diatas, nilai suara "Souti Sarmad" mampu menggoncangkan hati masyarakat Jin kufr yang sukakan hiburan dan hidup dengan hiburan dan pergaulan bebas semata-mata. Atas usaha dakwah Jin-Jin Islam yang masuk ke negeri ini dan atas bantuan seorang manusia bernama Sulaiman, mampu menarik hati-hati Jin Kufr ini untuk memeluk Islam dan kembali kepada keangungan yang menciptakan alam dan menhapuskan zaman hidonisme yang melampau.

Imbas kembali keagungan tamadun Islam zaman dahulu dalam bidang muzik. Ulama-ulama Islam juga giat mencipta. Mereka bukan sahaja berpegang kepada teori atau mengambil faedah daripada usaha orang terdahulu, bahkan mereka berpendirian hanya mengambil yang baik dan disesuaikan pula dengan citarasa mereka sendiri sesudah ditambah dan dimesrakan mengikut apa yang diperlukan. Misalnya, alat muzik yang digelar kecapi pada asalnya mempunyai 3 tali lalu ditambah menjadi 5 tali mengikut keperluan dan keserasian.

Di antara Ulama Arab yang menghasilkan karya seni muzik ialah Al-Kindi, Ibn Sina, Al-Farabi dan Abdul Mukmin. Al-Kindi banyak menulis rencana muzik. Antara karyanya ialah cara menyusun simfoni dan rencana dalam seni suara harmony of sound dan lain-lain lagi.

Daripada satu kisah yang diceritakan oleh Ibn Khalkan tentang kemahiran al-Farabi dalam genre muzik apabila berlaku satu insiden di majlis yang dirasmikan oleh Khadrat Saif, Daulah Hmadani yang dihadiri ramai tetamu. Beliau diundang bagi memeriahkan majlis tersebut, maka beliau mula bermain kecapinya. Lalu, gembiralah semua tetamu yang hadir. Kemudian Al-Farabi mengubah suatu irama lain, maka menangislah sekalian tetamu yang hadir. Seterusnya beliau menukar pula irama yang ketiga, maka tertidurlah semua orang yang hadir dalam majlis tersebut, malah penjaga pintu istana pun turut terlena.

Kisah ini sebahagiannya mirip dengan apa yang berlaku dalam novel diatas dan saya berpandangan, lagu asma' Allah ini mampu menarik hati sesiapa yang mendengarnya sama ada muslim atau non-muslim. Lagu yang lebih bersifat hati ke hati. Walaupun mungkin ada dikalangan yang tidak memahami maksud lirik lagu ini, tetapi ada satu keistimewaan dalam rentaknya. Salah satu lagu kegemaran saya. Sama-sama menghayati..

Wallahua'lam.

1 Comment:

  1. محمد حزريق MuJaHeEdiiN said...
    salam..smga Allah memudahkan sgla urusan enti amiin

Post a Comment