Masih lekat di ingatan bilamana pertemuan yang telah dirancang pada sabtu lepas 31/10 di fakulti memberikan kenangan yang amat indah bagi kami semua. Maklumla, sudah tahun akhir. Tidak tahu bila akan berkumpul seperti ini. Semakin jauh rasanya, tetapi sentiasa dekat di hati. Jadi, Ambil masa untuk menghilangkan suasana peperiksaan yang mengganggu emosi setiap hari. Maaf kerana terpaksa mengambil masa berharga sahabat.
Kesempatan ini kami ambil untuk makan bersama. Maklumla dah lama tidak bersua. Tidak disangka dalam diam Halimah merancang untuk buat agar-agar susu, lebihan bahan untuk membuat agar-agar yang kami tidak sempat rasa buatannya pada Majlis Hari Raya FPI. Kempunan kami semua pada hari itu... Apalagi, ambil peluang sama-sama mencuba la.. Sangat menyeronokkan!! melihat gelagat semua sahabat yang semua ingin menyibukkan dirinya sendiri.. =)
Setelah semua bahan dimasukkan, agar-agar tadi dibiarkan selama 2 jam. Sebelum tu, kami semua menjamah hidangan yang telah dibeli di KTHO. Sangat jimat! maklumla.... mak
an ramai-ramai.. Beli banyak, tapi duit jimat..
Hasilnya, jadilah agar-agar susu yang manis lembut dan sedap... Dibuat oleh enam sahabat.. *Kak syifak, kak Dayat, kak Hafizah, Halimah, Azza dan saya..
Usai makan, kami solat zuhur berjamaah dan berehat seketika. Tapi sedih.. sebab kak Dayat berkomplot dengan Aza dan Halimah untuk kenakan saya dan kak Syifak..
Dengan rasa perihatin untuk bantu sahabat, tak sangka rupanya ia hanya rekaan semata-mata. Pandai mereka berlakon. Terutama kak Dayat. Saya boleh bagi first award padanya. Siapa yang bersama dia, pasti melopong dan geram.. *kena belajar berlakon dengan beliau ni..
Terima kasih kepada Tuhan di atas pertemuan dan perkenalan ini, SAHABAT yang banyak memberi kekuatan dan bantuan di saat diri ini memerlukan. Segala rahsia telah menjadi cerita, mengharap sokongan dan idea untuk mencari jalan penyelesaian. Tapi, adakah sahabat segala-galanya? Bukan itu maksudnya, tapi SAHABAT adalah sebahagian dari hidup kita. Realitinya, rakan sebaya memberi banyak makna pada kehidupan remaja lain di luar sana. Sedih mengenagkan bila rakan telah menjadi RAJA dalam kehidupan. Bukan lagi pada Ibu Bapa, dan bukan lagi pada yang Maha Esa. Renungan bersama..
"Wahai sahabatku jadilah dirimu seperti padi, semakin berisi semakin menunduk. Jangan sesekali dirimu menjadi seperti lalang, semakin meninggi, semakin bongkak dan angkuh"
Wallahua'lam
Ihihihi...beli mkn kt KTHO ek? Bagus2.. Len kali mai la lagi.. Sila2.. Jemput datang lg ke KTHO..hihi...