Showing posts with label Rehat Minda. Show all posts
Showing posts with label Rehat Minda. Show all posts

KeTaWa dalam SeNyuMan


Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum wrbt. Moga dalam Taufiq dan inayahnya. Tertarik satu lontaran muhasabah diri dari seorang sahabat membuatkan saya ingin menulis tentang perkara ini.

“Lough is the best medicine”

Joan Coggin menyatakan, Faedah ketawa adalah:

pertama, boleh mengurangkan tingkat hormone stress didalam tubuh dan memberikan kesan terhadap sistem kekebalan tubuh.

Kedua, meningkatkan detak jantung dan memperbaiki sirkulasi di jaringan otot yang membantu perjalanan nutrisi- nutrisi dan oksigen ke dalam jaringan tubuh. Dalam keadaan ketawa, sistem kekebalan tubuh dan sistem pada tulang, pembuluh darah jantung mahupun otot bekerja lebih aktif. Kononnya, dengan tertawa lepas (terbahak-bahak) selama 10-20 minit, orang akan terbebas dari rasa sakit selama puluhan jam berikutnya.


Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Dan janganlah kamu banyak ketawa kerana banyak ketawa itu mematikan hati." (Riwayat Ahmad dan at-Tirmizi).

Sebuah Hadis Rasulullah SAW bersabda maksudnya : "Bahawa Malaikat Maut memerhati wajah setiap manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang sedang gelak ketawa. Maka berkata Izrail : "Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah Ta'ala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok bergelak ketawa."
[Riwayat Abdullah bin Abbas r.a.]

Wasiat ke-5 al-Banna, kurangkanlah ketawa.

“Jangan banyak ketawa sebab hati yang selalu berkomunikasi dengan Allah (zikir) sangat tenang dan tenteram”. (Hasan al-Banna)

Wasiat Imam Bukhari ke 28 (Memperbanyak senyum)

Beliau berkata : “Senyum adalah sedekah yang paling mudah tetapi mempunyai timbangan yg berat, sehinggakan ia menjadi salah satu sifat Rasulullah”

Ada riwayat yang menunjukkan bahawa kebanyakan ketawa Nabi ialah dengan tersenyum, dan apabila baginda ketawa, baginda ketawa seperti embun yang dingin. Sementara itu, ada juga riwayat yang menyebutkan bahawa ketawa Rasulullah tidak menunjukkan gigi.

Kajian lain menunjukkan, jika seseorang sedang senyum, otaknya mengeluarkan serotin yang berfungsi meningkatkan sistem kekebalan tubuhnya (Pacth Adams USA). Bila orang tersenyum dalam keadaan tidak bahagia, maka otak tetap mengeluarkan zat-zat yang dapat meningkatkan kekebalan tubuh dan sekaligus meringankan keadaan psikologisnya. “Jadi senyum adalah antibodi paling spektakuler bagi rahasia kekebalan tubuh. Oleh karena itu jangan disia-siakan,” ujar Dr.Agus Ali Fauxi, PGD. Pall Med ( ECU).


Bilamana dianalisis kembali kajian Barat dan Hadith Baginda saw, Islam telah menunjukkan satu keserasian dalam hidup manusia dengan adanya senyum yang didatangkan oleh Allah swt untuk kita menunjukkan keadaan lapang dan bahagia. Walaupun mungkin adanya kesusahan dalam hidup, musuh yang melukai, tersenyumlah. Kerana ia juga satu sedekah dan pengubat duka. Begitu juga, kedekatan kita bersama mad’u adalah bermula dengan senyuman. Ia juga satu senaman dan awet muda bagi manusia.

Ketawa pula bila dilihat, tanpa sedar akan menunjukkan sikap buruk kita bilamana ketawa itu secara berlebihan. Walaupun ketawa merupakan ubat penenang tetapi jika dilihat kajian Joan Coggin, akan terbebas dari sakit selama puluhan jam. Sedar atau tidak, fikiran kita akan melupakan segalanya. Benarlah apa yang disampaikan oleh Baginda bahawa banyak ketawa itu mematikan hati. Cepat lupa ilmu yang dipelajari, lagi untuk mengingatkan masalah umah kini yang kian meruncing . Segalanya berpunca daripada matinya HATI.

“Dengan menyebut namamu ya Allah hatikan tenang”. Dilihat daripada wasiat Imam Hassan al-Banna. Banyak ketawa akan hilangnya lidah dan hati yang sentiasa mengingati Allah swt. Bagaimana kemenangan akan tercapai? Mungkin selepas ini harus bagi ahli gerakan kurangkan ketawa dan perbanyakkan senyuman. Moga minda kita tidak akan luput dari mengingati Allah swt sentiasa dan yakin denganNYA bahawa kemenangan bersama kita.

Pilihan itu ada pada kita sama ada untuk ketawa secara berlebihan atau seperti ketawanya Rasulullah saw. Fikir-fikirkanlah..... Wallahua'lam.













Masih lekat di ingatan bilamana pertemuan yang telah dirancang pada sabtu lepas 31/10 di fakulti memberikan kenangan yang amat indah bagi kami semua. Maklumla, sudah tahun akhir. Tidak tahu bila akan berkumpul seperti ini. Semakin jauh rasanya, tetapi sentiasa dekat di hati. Jadi, Ambil masa untuk menghilangkan suasana peperiksaan yang mengganggu emosi setiap hari. Maaf kerana terpaksa mengambil masa berharga sahabat.

Kesempatan ini kami ambil untuk makan bersama. Maklumla dah lama tidak bersua. Tidak disangka dalam diam Halimah merancang untuk buat agar-agar susu, lebihan bahan untuk membuat agar-agar yang kami tidak sempat rasa buatannya pada Majlis Hari Raya FPI. Kempunan kami semua pada hari itu... Apalagi, ambil peluang sama-sama mencuba la.. Sangat menyeronokkan!! melihat gelagat semua sahabat yang semua ingin menyibukkan dirinya sendiri.. =)


Setelah semua bahan dimasukkan, agar-agar tadi dibiarkan selama 2 jam. Sebelum tu, kami semua menjamah hidangan yang telah dibeli di KTHO. Sangat jimat! maklumla.... makan ramai-ramai.. Beli banyak, tapi duit jimat..

Hasilnya, jadilah agar-agar susu yang manis lembut dan sedap... Dibuat oleh enam sahabat.. *Kak syifak, kak Dayat, kak Hafizah, Halimah, Azza dan saya..

Usai makan, kami solat zuhur berjamaah dan berehat seketika. Tapi sedih.. sebab kak Dayat berkomplot dengan Aza dan Halimah untuk kenakan saya dan kak Syifak..

Dengan rasa perihatin untuk bantu sahabat, tak sangka rupanya ia hanya rekaan semata-mata. Pandai mereka berlakon. Terutama kak Dayat. Saya boleh bagi first award padanya. Siapa yang bersama dia, pasti melopong dan geram.. *kena belajar berlakon dengan beliau ni..

Terima kasih kepada Tuhan di atas pertemuan dan perkenalan ini, SAHABAT yang banyak memberi kekuatan dan bantuan di saat diri ini memerlukan. Segala rahsia telah menjadi cerita, mengharap sokongan dan idea untuk mencari jalan penyelesaian. Tapi, adakah sahabat segala-galanya? Bukan itu maksudnya, tapi SAHABAT adalah sebahagian dari hidup kita. Realitinya, rakan sebaya memberi banyak makna pada kehidupan remaja lain di luar sana. Sedih mengenagkan bila rakan telah menjadi RAJA dalam kehidupan. Bukan lagi pada Ibu Bapa, dan bukan lagi pada yang Maha Esa. Renungan bersama..

"Wahai sahabatku jadilah dirimu seperti padi, semakin berisi semakin menunduk. Jangan sesekali dirimu menjadi seperti lalang, semakin meninggi, semakin bongkak dan angkuh"


Wallahua'lam





















Gambar kenangan Latihan Amali Dakwah di Perkampungan Orang Asli Cangkat Bintang Hulu Bernam, Selangor


Setiap pertemuan, ada hikmahnya. Yang pasti persahabatan akan terus kekal bilamana ukhuwah dalam jagaan Allah.

Diharapkan sahabat teruskan perjuangan, kerana hidupmu diperlukan keluarga & masyarakat setempat. Perolehlah ilmu dimana sahaja, kerana sahabat semua ada potensi untuk berjaya..

Mudah-mudahan Islam akan terus berkembang dan ramai lagi kenalan atau masyarakat lain yang boleh memeluk Islam kerana sahabat seorang yang istimewa.. yang telah Allah kurniakan pada sahabat, yang tidak ada pada orang lain.. Yakinlah pada Allah.

Saudara Ilyasa' sekarang sedang melanjutkan pelajaran di Yaman,

Kak Ayuni di KUIS bersama Zarina Begum

Saudari Suriani dan saudara Jamal di Perak, teruskan usaha sahabat untuk membawa masyarakat Islam Orang Asli di kampung untuk mempelajari Islam sepenuhnya..

Saudara Hazriq berada di Sabah, mudah-mudahan keluarganya akan turut memeluk Islam. Dakwah pada keluarga. Seorang yang saya lihat ada potensi yang tinggi untuk menjadi seorang pendakwah bebas seperti ust Farhan.

Saudara Syafiq berada di Pulau Pinang, mudah-mudahan keluarganya juga terbuka untuk menerima Islam.

Saudara Mohd Meteus, mudah-mudahan Allah kabulkan hasrat beliau untuk turut berdakwah bersama Brother Shah Kirit.

Apa yang diharapkan agar semua sahabat dalam limpahan rahmat dan kasih sayangnya.. Thabat, dan percaya keluarga akan menerima semula sahabat dan mereka akan menerima Islam dengan izin-NYA. Terus Berjuang di Medan Dakwah!!!!

Wallahua'lam


~Sahabat = Usrah~

tit...tit.. mesej masuk ke dalam inbox. Entah mengapa rasa girang tiba-tiba menyerang. Mungkin disebabkan mesej yang baru masuk sebntar tadi. "salam ukhuwah kepada sahabat-sahabat, jumaat (23/10) jam 8pg akan diadakan rehlah ukhuwah d pavilion". Rehlah yang telah lama dirancang oleh kak syifak tanpa pengetahuan kami semua membuatkan saya tertanya-tanya apa modul kali ini yang hendak dibawa untuk merehatkan minda daripada 'STRESS' nak EXAM.

Lagi terkejut bilamana naqibah kami kak Che Yusairah menghadiri rehlah pagi ini, Setelah 2 pusingan padang bola berakhir. Di tambah lagi 1 pusingan bersama kak Yus dan sahabat-sahabat lain, kami warming down dan berehat sebentar dengan modul yang saya dan sahabat-sahabat lain tidak menyangka tapi sangat menyeronokkan. Lain dari yang lain, kredit untuk kak Yus.. memang sangat seronok!

Modul 1:
Mestilah taaruf. Untuk saling lebih dekat lagi.. tapi kelainan kali ini ialah taaruf menggunakan suara+IQ. Mana tidaknya, disuruh perkenalkan diri dengan pantun 2 kerat. Penat jugak otak ni memikir. Maklum la.. bukan ahli sastera.. Walaupun sebenarnya mungkin mudah bagi anda..(Nama+asal+kolej)

"Halimah pakai baju warna-warni,
nama saya Hiluani"
"Ada biawak dalam hutan,
saya asal dari Kelantan"
"Mak saya tauke Emas,
saya duduk di kolej krismas"
Ni pantun baru sorang, belum lagi yang lain. Hilang stress melihat sahabat-sahabat yang terus mencuba walaupun banyak yang tak kena hujungye termasuklah saya. Kagum juga melihat halimah, kak zakiah dan sahabat lain, dalam diam rupanya pandai berpantun.

Modul 2:
Yang ini lagi memeranjatkan kami. Langsung tidak terfikir. Tanpa menggunakan tangan atau mulut, bagaimana anda perlu memberikan biskut taiger kepada sahabat anda. Fikir-fikirlah.. Tapi kami dapat buat walaupun sebenarnya dah nak putus asa.. *kak Yus kata budak tadika pun boleh buat..

Modul 3:
Yang ini kena ikat kaki dengan sahabat. Kemudian lari berpasangan. Tak tahu nak kata macamane, tapi Hiluani dan kak Hidayat sangat laju ke hadapan. Ada apa2 strategi ke? Kemudian, kami pecah dua kumpulan untuk bermain bola jaring dengan ikat kaki bersama sahabat. Rasa macam susah, tapi belum cuba belum tahu. Selalunya main single, ni kena main berpasangan. 3 orang sekaligus pula tu. Tapi, tidak mengapalah sebab tak ada peraturan. Main langgar je.. Habis-habis kumpulan kak dayat menang lagi 1-0.. Ingat baru nak balas dendam sebab kalah main bola jaring hari tu 11-3 tapi tak dapat pulak.. kena usaha ni..

Jam 10pg kami berhenti rehat dengan sarapan bersama-sama. Walaupun beli sikit tapi sangat cukup dan mengenyangkan. Maklum la makan bersama sahabat.. Ada keberkatan..

Kemudian, kak Yus memberikan sedikit motivasi pada kami semua. Dah penat riadah, dapat pula tip berguna untuk exam.. Inilah kelebihan usrah..
1- Niat ikhlas kerana Allah bukan hanya untuk exam je..
2- Usaha perlu ditingkatkan, termasuk la assingment sebelum exam kena siapkan.
3- Cari keberkatan. Sekarang sangat susah untuk melihat pelajar yang menghargai gurunya. Tetapi pengalaman kak Yus sangat menyentuh hati. Jumpa lah guru anda sebelum exam.
4- Minta doa daripada ibu bapa, adik beradik kita yang belum banyak dosanya, atuk, nenek, sahabat-sahabat dan sebagainya, sebab kita tidak tahu doa siapa yang tidak terhijab pada waktu itu.
5- Qiamullail jangan tinggal,
6- Tawakal & beri keyakinan sepenuhnya pada Allah.

Akhirnya, rehlah ukhwah kami diakhiri dengan tasbih kafarah, surah al-Asr dan doa rabitah. Kami semua pulang dalam kepenatan tetapi membawa semangat juang yang tinggi. Insya Allah kejayaan milik kita bersama. Mungkin juga dalam harapan mengubah dunia.. Ukhuwah Fillah Abadan!!!


;;