Alhamdulillah segala puji bagi Allah swt yang menjadikan semesta alam dan segala yang berlaku di dalam genggaman-Nya. Selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad Sallallahualihiwasalam, pengikat kasih antara utusan dan ummatnya.

Kejutan dunia buat masyarakat Malaysia yang kini hangat memperkatakan antara HALAL dan HARAM. Sedih melihat kepimpinan yang dikatakan memerintah "Negara Islam" meghalalkan perjudian. Inilah dikatakan "bilamana pemilihan pemimpin dikalangan orang-orang yang jahil". Ulama ada tetapi tidak didahulukan.
Secara teori daripada bingkisan penulisan Imam Hassan al-Banna, terbinanya negara Islam bermula dengan terbinanya individu muslim iaitu individu yang beragama Islam, patuh dan taat pada ajaran syariatnya. Seterusnya, keluarga muslim yang akan mendidik generasi penerusnya sebagai seorang individu muslim juga. Akhirnya, terbina masyarakat muslim dan penggerak kepada tercetusnya Negara Islam (Daulah Islamiyyah).
Sekiranya rosak akhlak seorang individu Islam, dalam kehidupannya mengamalkan arak dan judi juga zina, dia akan membina keluarga hasil darah daging yang telah mengalir dalam dirinya. Generasi yang lahir dalam keluarga akan menjadi penggerak seterusnya. Maka, bagaimana akan terbinanya negara Islam yang benar-benar akan mengamalkan syariat Islam sekiranya generasi pemimpin ini lahir dalam didikan keluarga yang demikian.
Renungi Hadis 39 Hadith akhir zaman..
MENGGADAIKAN AGAMA KERANA DUNIA
Ertinya:
Daripada Abu Hurairah ra. berkata: Rasulullah saw. hersabda; "Akan timbul di akhir zaman orang-orang yang mencari keuntungan dunia dengan menjual agama. Mereka menunjukkan kepada orang lain pakaian yang dibuat darIpada kulit kambing (berpura-pura zuhud dari dunia) untuk mendapat simpati orang ramai, dan percakapan mereka lebih manis daripada gula. Padahal hati mereka adalah hati serigala (mempunyai tujuan-tujuan yang jahat). Allah swt. Berfirman kepada mereka, "Apakah kamu tertipu dengan kelembutan Ku?, Ataukah kamu terlampau berani berbohong kepada Ku?. Demi kebesaran Ku, Aku bersumpah akan menurunkan suatu fitnah yang akan terjadi di kalangan merekasendiri, sehingga orang yang alim ( cendikiawan ) pun akan menjadi bingung (dengan sebab fitnah itu)".
H.R Termizi
Keterangan
Golongan yang dimaksudkan di dalam Hadis ini ialah orang-orang yang menjadikan agama sebagai alat untuk mendapat keuntungan dunia. Mereka rela menggadaikan agama untuk meraih keuntungan dunia. Dan apabila bercanggah kepentingan dunia dengan hukum syarak mereka berani mengubah hukum Allah dan memutarbelitkan kenyataan. Mereka juga pandai mengemukakan hujah-hujah yang menarik dan alasan-alasan yang memikat hati, tetapi sebenarnya hujah-hujah dan alasan tersebut hanya sernata-mata timbul dari kelicinan mereka memutarbelitkan kenyataan. Mereka menipu orang lain dan juga menipu diri mereka sendiri.
Mereka akan dilanda kekusutan pemikiran yang sangat tajam sehingga orang alim yang banyak pengalaman pun akan kehabisan akal dan buah fikiran. Mereka menghadapi masalah-masalah yang meruncing dan akan menemui jalan buntu dalam permasalahan yang dihadapi.
Renungi juga ayat ini..
Ayat 219, surah al-Baqarah. Firman Allah bermaksud: “Mereka bertanya kepadamu mengenai arak dan judi. Katakanlah pada kedua-duanya ada dosa yang amat besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa kedua-duanya lebih besar daripada manfaatnya..."
Apalah sudahnya,
Jika diberi lesen h
alal arak dan judi
Pelacuran juga mahukan hak asasi
Halal dan Haram sudah tidak dipeduli
Hanya sekadar,
biar masyarakat menjadi lebih mudah diurus nanti
tetapi lihatlah!
Gejala sosial semakin meninggi
Kes Jenyah tidak dapat dibendung lagi
Hanya yang dapat dibuat jika telah terjadi
kempen, kempen dan kempen...
Kesimpulannya, kuasa tertinggi ada hak untuk mengubah segala perlembagaan di negara ini. Kuasa anda juga menentukan masa depan negara ini, bangkitlah untuk sama membina negara! Hanya sekadar berkongsi. Islam untuk semua. Wallahua'lam.
Labels: penghayatan Islam
Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh,
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, tuhan yang menciptakan seluruh alam. Yang telah menetapkan segala Qadar dan Qada' kepada setiap hambanya. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw. Setiap detik membiarkan lidah basah mengingati keduanya, insya Allah.
Dalam keadaan dunia, semakin hari semakin banyak ritangannya, hanya kepada Allah kita mengharap. Segala keyakinan terletak padanya. Yang hidup akan menempuh kematian pada bila-bila masa. Hanya kita, adakah bersedia untuk menempuh alam kedua. Berharap, dan terus berharap sehingga sampai masa ketentuan ilahi pada dunia yang telah tua, hanya menunggu masa.
Hanya sekadar pengisian jiwa, dan ibadah tambahan. Agar kita sentiasa mengingati Allah setiap detik dan setiap masa.
Digalakkan melakukan sebanyak 4 rakaat (2 salam) 6 rakaat (3 salam), sebelum berkata-kata selepas menunaikan solat maghrib bagi memelihara iman dan menghapuskan dosa

Sabda Nabi saw yang bermaksud:
"Sesiapa yang bersembahyang enam rakaat sesudah Maghrib tiada diselang antaranya dengan sesuatu bicara nescaya samalah pahalanya dengan ibadat dua belas tahun.'Riwayat Ibnu Majah, Ibn Khuzaimah dan At-Turmuzi.
Sebelum mendirikan solat, sunat membaca doa berikut ;
Ertinya :Selamat datang kepada malaikat yang bertugas malam, selamat datang kepada dua malaikat pencatat yang mulia, tulislah dalam rekodkau bahawa Aku bersaksi bahawa Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah, dan aku bersaksi bahawa Muhammad itu hambaNya dan UtusanNya, Aku bersaksi bahawa syurga itu benar, neraka itu benar, kalam itu benar, Aku bersaksi bahawa qiamat itu benar dan pasti akan datang, tidak ragu-ragu lagi, Allah akan bangkitkan mayat dari kubur. Ya Allah simpanlah di sisiMu penyaksian ini untuk hari yang aku perlukan padanya.Ya Allah simpanlah dengannya amalanku, ampunlah dengannya dosaku, beratlah dengannya timbanganku, yang baik, dan pastikanlah dengannya pencapaian cita-citaku dan perkenanlah untukku Ya Allah Tuhan Yang Maha Pemurah.

Bacalah selepas membaca Al-Fatihah pada kedua-dua rakaat
1. Surah al-Qadr 1 kali
2. Surah al-Ikhlas 6 kali
3. Surah al-Falaq 1 kali
4. Surah al-Naas 1 kali
selepas itu beri salam, baca doa ini..
Ya Allah! Sesungguhnya Aku menyerahkan imanku kepada peliharaan Mu, maka imanku itu,semasa hidupku, semasa matiku, dan selepas matiku. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu."
Selepas membaca al-Fatihah pada rakaat yang pertama, bacalah surah al-Kafirun dan pada rakaat kedua selepas al-Fatihah bacalah surah al-Ikhlas.
Selepas membaca al-Fatihah pada rakaat yang pertama, bacalah surah al-Kafirun dan pada rakaat kedua selepas al-Fatihah bacalah surah al-Ikhlas.Apapun caranya, mudah-mudahan iman kita sentiasa terpelihara dari segala fitnah dunia. Solat-solat sunat merupakan pendinding ketahanan iman selain daripada solat fardhu wajib yang lima.

Hadis ini menerangkan kepada kita betapa dahsyat dan hebatnya ujiaan terhadap iman seseorang diakhir zaman. Seseorang yang beriman di waktu pagi, tiba-tiba dia menjadi kafir diwaktu petang. Begitu pula dengan seseorang yang masih beriman di waktu petang, tiba-tiba pada esok paginya telah menjadi kafir. Begitu pantas dan cepat perubahan yang berlaku. Iman yang begitu mahal boleh gugur di dalam godaan satu malam atau satu hari sahaja, sehingga ramai orang yang menggadaikan imannya kerana hanya hendak mendapatkan sedikit dari harta benda dunia. Dunia lebih dicintai di sisi mereka daripada iman. Dan menurut riwayat Ibnu Majah, beliau menambahkan, "kecuali orang yang hatinya dihidupkan Allah swt. dengan ilmu".
Wallahua'lam
Labels: penghayatan Islam

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum Warahmatullahi wabarakatuh.
Alhamdulillah, diri ini masih lagi diberikan kesempatan untuk menulis, biarpun saat-saat genting menyiapkan penulisan kajian ilmiah yang menuntut masa yang sangat terbatas. Selawat dan salam kepada Baginda Rasulullah sallallahualaihiwasallam yang merasakan seorang hamba bangga menjadi ummatnya..
Walaupun masa telah berlalu, hari kelahiran Baginda masih tetap terasa. Seharusnya ia sentiasa tetap ada di hati hamba-hambanya.. Bukan hanya pada hari memperingati kelahiran Bginda, tetapi setiap waktu dan setiap masa. Sungguh, manusia itu tidak memahami jika dia tidak membiasakannya. Oleh kerana itulah, hikmah itu tersembunyi, walaupun banyak nikmat yang akan diperolehi..
Pernah saya terbaca satu cerita,
Dalam kekalutan perjalanan meredah jalan raya yang dipenuhi kereta-kereta, muslimah ini yang memang dirinya menghidupkan selawat, selawat dengan penuh hati-hati meredah jalan. Alhamdulillah, Allah permudahkan perjalanan hingga menuju ke destinasi dengan selamat walaupun masa amat terbatas dan memerlukannya segera berada di tempat program.
Dia merasakan adanya syafaat selawat yang dilakukan setiap hari... Subhanallah!
Ini adalah kelebihan selawat di dunia, belum lagi diakhirat.. Ternanti Baginda disana untuk bertemu ummatnya yang dirindui...
Selawat syifa' (Penyembuh)
Maksudnya:Benarkah rindu??? atau hanya mainan bibir semata-mata???
Mulai hari ini, tetapkan diri anda dengan selawat selepas solat 11x
lakukan selama 41 hari, anda akan lihat hasilnya. Jika mampu buat lebih, lebih baik =)
Pesanan buat diri ini juga, apa yang baik datangnya dr Allah, kelemahan pada diri, hakikatnya datang kedua-duanya dari Allah swt dan disandar pada insan yang lemah ini.
wallahua'lam
Sabda Rasullah saw:
Labels: penghayatan Islam

Labels: penghayatan Islam
sahabat,
kadang-kadang kita diasak dengan pertanyaan yang menggugat keimanan diri apabila datangnya dugaan terhadap diri yang sedikit cuma, banyak keluhan yang menghiasi...
tetapi al-Quran ada jawapannya...

1- KENAPAKU DIUJI ?
J- Surah al-Ankabut: ayat 2-3..
{2- Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya denga mengatakan
"kami telah beriman," dan mereka tidak diuji?}
{3- Dan sungguh, kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka Allah pasti
mengetahui orang-orang benar dan pasti mengetahui orang-orang dusta}
2- KENAPA AKU TAK DAPAT APA YANG AKU IDAMKAN?
J- Surah al-Baqarah: ayat 216..
{ Diwajibkan di atas kamu berperang, padahal itu tidak menyenangkan bagimu. Tetapi
boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi
kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui,
sedangkan kamu tidak mengetahui }

3- KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
J- Surah al-baqarah; ayat 286..
{ Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.........}
4- KENAPA RASA KECEWA?
J- Surah al-Imran: ayat 139..
{ Janganlah kamu merasa lemah, dan jangan pula bersedih hati, sebab kamu paling tinggi
darjatnya, jika kamu orang beriman }
5- BAGAIMANA HARUS AKU HADAPI?
J- surah al-Baqarah: ayat 45..
{ Dan mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat.....}
6- APA AKU DAPAT DARI SEMUA INI?
J- Surah al-Taubah: ayat 111..
{ Sesungguhnya Allah membeli daripada orang-orang mu'min, baik diri ataupun harta
mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang dijalan Allah,
sehingga mereka membunuh dan terbunuh, sebagai janji Allah di dalam taurat, injil,
dan al- Qur
an. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya selain Allah........}7- KEPADA SIAPA KU BERHARAP?
J- Surah al-Taubah: ayat 129..
{ Maka jika mereka berpaling ( dari keimanan), maka katakanlah ( Muhammad),
Cukuplah bagiku, tidak ada tuhan selainNYA. Hanya kepadaNYA aku bertawakkal,.....}
Sekadar renungan bersama buat sahabat-sahabat ..
Labels: penghayatan Islam
Assalamualaikum.. Salam Ukhuwah..
Dalam perjuangan perlukan pengorbanan tak kira sama ada dari sudut tenaga, harta dan sebagainya. Kadang-Kadang kita sering tertanya-tanya kenapa orang yang nak bawa Islam ini susah nak menang?, susah nak berjaya?, mengapa mesti ada orang yang terkorban? dan kenapa mestinya adanya pengorbanan.TEPUK DADA TANYA IMAN..
Itulah hikmah dan kebijaksanaan Allah SWT yang lebih mengetahui apa yang akan berlaku di kemudian hari.
Kebanyakan kita membaca al-Quran tetapi tidak menghayati isi kandungannya. Banyak perkara yang boleh kita perolehi daripada al-Quran dan disitulah tempat rujukan umat Islam. Sejarah, Hukum hakam dan juga sebagai PERUNDING MOTIVASI YANG HEBAT!
Kenapa saya berkata demikian, kerana di situlah ia bermula. Bila kita senang, susah nak baca al-Quran. Bila kita susah disitulah ketenangan.
Saya tertarik dengan surah al-Haj ayat 38
" Sesungguhnya Allah membela orang yang beriman. Sungguh Allah tidak menyukai orang yang berkhianat dan kufur nikmat"
Ayat ini difirman oleh Allah SWT dalam al-Quran kepada kita sebagai satu JAMINAN bagi orang mukmin yang mana sentiasa berjuang di atas Jalan-NYA dengan niat yang IKHLAS dan SEMATA-MATA kerana Allah. Ini kerana Allah SWT tidak mahu menjadikan pendokong dan pembela dakwahnya di kalangan manusia yang kerdil dan pemalas dan seharusnya perjuangan itu berdasarkan tanggapan akal, pengalaman dan ilmu pengetahuan yang cukup.
Apabila kemengan diberikan oleh Allah SWT dengan cepat tanpa adanya pengorbanan dan kesusahan, ia akan memberikan kesan yang buruk pada ummat Islam kerana kemenangan yang cepat akan mudah hilang. Ini kerana:
1) Harganya yang murah dan tidak perlukan ppengorbanan.
2) Orang yang mencapai kemenangan tidak melatih, menguat, dan mengembling kekuatan dan daya tenaga mereka untuk mendapat dan memelihara
kemenangan itu.
Bila adanya pengorbanan, disitu letaknya tarbiah diri, perasaan dan latihan amali iaitu didikan dan latihan melalui proses menang dan kalah, kuat dan lemah dan juga emosi. Berkongsi kesakitan dan suka duka.
Dalam Kitab Tafsir fi Zilal al-Quran, kemenengan dilewatkan oleh Allah kerana:
1) Hikmah dan kebijakasanaan Allah dalam menentukan segenap aspek.
2) Badan umat Islam belum lagi matang dengan sempurna.
3) Mengorbankan segala kekuatan yang ada pada mereka.
4) Belum dicapai kemenangan itu sehingga umat Islam menggunakan cara terakhir iaitu senjata orang mukmin.
5) Menambahkan lagi HUBUNGAN dengan ALLAH.
6) Belum lagi memberi sepenuh keikhlasan dalam perjuangan dan pengorbanan.
7) KEJAHATAN yang diperangi masih lagi bercampur saki baki kebaikan.
8) Kepalsuan kebatinan yang diperangi belum terdedah dengan sempurna kepada orang ramai.
9) Masyarakat belum layak untuk menerima kebenaran, kebaikan dan keadilan yang diprjuangkan.
Daripada apa yang disenaraikan jelaslah bahawa, kekalahan bukan bermakna kita berundur tetapi kekuatan kita untuk bangun. Disinilah Allah mahu menguji umat-NYA sama ada ia bersyukur atau pun tidak dan mengamalkan segala prinsip al-Quran.
Sama-samalah kita hayati...
Wallahua'lam.
Labels: penghayatan Islam





