
Assaalamualaikum kepada semua sahabat yang berkunjung. Alhamdulillah, Allah swt masih memberikan nyawa pada kita semua, masih lagi ada nikmat dan rahmat yang diberikan pada kita, peluang untuk kita memperbaiki diri walaupun sememangnya terkadang diri melampaui batas terhadap peraturannya. Bersyukurlah, kerana masih diberi peluang kedua tetapi sebenarnya mungkin kita telah terlupa bahawa peluang itu sentiasa ada tetapi kita telah mensia-siakannya. Sedarlah, umurpun dah makin tua..
Dalam semangat tahun baru, sememangnya bila ditanya pasti akan ada azam baru untuk tahun ini tetapi adakah ianya tercapai atau hanya tinggal kenangan. Ingatlah! apa jua yang kita azam, diri sendiri yang akan menjadi penentu tercapainya atau tidak. Bukan orang lain tetapi diri sendiri. Teruskan perjuangan selagi ianya ditempuh dengan jalan yang benar.
Bersyukurlah dan berdoalah kerana doa itu senjata dan musuh bukan penghalang untuk kita mendapatkannya..
Selamat kembali kepada sahabat-sahabat mahasiswa/i untuk terus menuntut ilmu, untuk pulang kepangkuan masyarakat yang memerlukan. Berniatlah, apa yang dicari hanya untuk Allah dan untuk disampaikan pada masyarakat. Saya percaya, rezeki untuk kita telah disediakan olehNYA.
Kata ayah "apa pun yang kita buat, niat mesti betul". Berbisik hati, "tak sangka ayah nak sambung belajar perubatan cara Islam. Bila ditanya mengapa? " nak kembangkan ilmu-ilmu Islam" "Bukan darjat yang dicari tetapi ilmu harus dipelajari, dengan perubatan Islam dakwah juga boleh diperluaskan. Kagum dengan sikap ayah memotivasikan diri anaknya yang suka sambil lewa ni. Minatnya pada Dr. Harun Din untuk pelajari bidang perubatan ini tidak dapat dibendung lagi. Alhamdulillah, ayah telah lulus temuduga tempoh hari. Mudah-mudahan Allah swt permudahkan segala urusannya dan diberikan kecukupan masa. Moga apa yang dihajati untuk tahun ini berhasil pada akhir natijahnya. Amin.
Salam Maal Hijrah 1431. Barakallahufikum.
Labels: Renungan

Bismillahirrahmanirrahim,
"Hidup ini adalah keyakinan dan perjuangan,
dan perjuangan mukmin sejati tidak akan berhenti
kecuali tapak kakinya
telah menjejaki pintu syurga"
(Imam Ahmad bin Hambal)
masih dalam berteka-teki,
Adakah masih ada peluang dalam memberi,
untuk mencari kebahagian hakiki,
bahagia yang membawaku kembali bersama denganNYA..
Peluang itu,

masih ada...
jangan berdiam diri wahai diri,
bawalah Islam ke mana saja,
Sebarkan Islam dimana saja kau berada,
kerana itulah peluang yang masih ada,
dalam erti kata MEMBERI selagi terdaya,
kerana engkau tidak tahu bila tibanya AJAL
ke SYURGA atau....
Bahagia itu....
semua orang mahukan bahagia,
tapi bagaimana menggapai kebahagiaan itu?
kadangkala manusia tidak menjumpai dimana bahagia..
mereka rasa, mereka bahagia,
tapi.....
Adakah dengan kehidupan mewah,
keluarga, anak-anak, pangkat dan harta,
juga sahabat atau...
Hidup yang sentiasa dibiarkan mengikut hawa nafsu semata!

Dalam mencari makna hidup,
satu titik pola yang perlu kita rebut,
ma'rifah....
Ya MA'RIFAH..
kenallah Tuhanmu,
nescaya engkau akan kenal dirimu..
Kenallah sedalamnya dirimu,
kelak enkau akan capai apa itu BAHAGIA..
Orang kata,
kepuasan itu sukar untuk dicari..

hidup ini tidak pernah puas,
selagi tidak dapat apa yang dikehendaki,
DUIT! KEKAYAAN, MASTER! PHD!
teori barat sering melingkari PEMIKIRAN!
hiduplah sederhana wahai diri,
SYUKUR itu terlalu indah jika dinilai..
Oleh itu,
segalanya bermula dengan hati..
keikhlasan..
iman dan taqwa..
ilmu..
ya, beramallah dengan ilmu,
jangan beramal dengan nafsu,
terkadang ia salah dalam pandangan..
Wahai Tuhanku,didiklah hati ini agar sentiasa mengingatiMu
didiklah hati ini agar sabar dalam menerima dugaanMU
didiklah hati ini agar jauh dari cinta nafsu yang menipu
Kuatkan diri ini dalam membantu agamaMU
jangan tinggalkanku...
Aku mahu CINTAMU..
Harapanku,
moga KAU ampunkan dosa ibu bapaku
kaum keluargaku
guru-guruku
Sahabat-sahabat seperjuanganKu
dan kaum muslimin dan muslimat sama ada yang masih hidup
atau yang telah pergi..
berilah mereka semua peluang dalam menggapai BAHAGIA itu...
Wallahua'lam.
Labels: Renungan
Pada suatu hari, sedang Hassan al-Basri duduk di depan rumahnya, lalulah sekumpulan manusia yang sedang mengusung mayat. Di belakang mayat itu, ada seorang budak perempuan yang terurai rambutnya dan sedang menagisi pemergian ayahnya.
Hassan al-Basri turut sama mengiringi jenazah tersebut. Budak perempuan itu berkata:
“Aduh ayahku, sepanjang umurku hari inilah yang paling menyedihkan dalam hidupku”
Berkata Hassan al-Basri kepada budak itu:
“ Engkau tidak akan lagi menghadap ayahmu sebagaimana engkau menghadapnya hari ini”
Keesokan harinya, sedang Hassan al-Basri duduk di depan rumahnya, lalu budak perempuan itu sambil menangis menuju kea rah kubur. Hassan al-Basri megikuti budak perempuan itu secara senyap kerana Lalu, beliau bersembunyi di sebalik pokok berduri dan melihat budak perempuan i
tu merangkul tanah perkuburan ayahnya. Mukanya di letakkan pada tanah sambil berkata:
“Wahai ayah, bagaimana engkau semalaman di dalam gelapnya kubur, tidak ada yang menerangi dan apa-apa yang boleh menghiburkan” “Wahai ayah, akulah yang menerangi lampu engkau kelmarin, siapakah yang menerangi lampu engkau malam tadi”
“Wahai ayah, akulah yang memberikan alas tidur engkau malam kelmarin, maka siapakah yang memberikan engkau alas tidur kelmarin”
“Wahai ayah, akulah yang menyelimutkan kedua tangan dan kedua kakimu malam kelmarin, siapakah yang menyelimutimu malam tadi”
“Wahai ayah, akulah yang menyediakan minuman engkau malam kelmarin, Siapakah yang memberimu minum malam tadi”
“Wahai ayah, akulah yang membayangkan wajahmu kelmarin. Siapakah yang membayangkan wajahmu malam tadi”
“Wahai ayah, kelmarin engkau memanggil-manggil dan akulah yang menjawab. Siapakah yang enkau panggil semalam”
“Wahai ayah, ketika engkau ingin makan, akulah yang menyediakan. Malam tadi siapakah yang memberimu makan”
Setelah Hassan al-Basri mendengar kata-kata keluhan budak perempuan tadi, beliau keluar dari tempat persembunyian dan menghampiri budak perempuan itu, lalu berkata: “Wahai budak perempuan, janganlah berkata demikian tapi katakanlah:
“Kelmarin aku menghadapkan engkau ke kiblat, sekarang adakah engkau masih menghadap ke kiblat atau sudah berpaling”
“Wahai ayah ,aku mengkafani engkau dengan kafan yang baik, maka adakah kafan itu masih utuh atau sudah terkoyak”
“Wahai ayah, aku meletakkan engkau di dalam kubur ketika itu jasadmu dalam keadaan kuat. Apakah sekarang masih dalam keadaan kuat atau sudah dimakan ulat”
“Wahai ayah, para ulama’ mengatakan: para hamba itu akan ditanya urusan iman, sebahagian hamba ada yang dapat menjawab ada yang tidak, Maka adakah engkau d
apat menjawab atau tidak”
“Wahai ayah, para ulama’ mengatakan: Kubur itu ada yang diperluas dan ada yang disempitkan bagi ahli kubur. Maka, adakah kubur ayah diperluaskan atau disempitkan”
“Wahai ayah, para ulama’ mengatakan: Kubur itu merupakan salah satu dari taman-taman syurga atau salah satu lubang dari lubang-lubang neraka. Adakah kuburmu merupakan taman syurga atau lubang neraka”
“Wahai ayah, para ulama’ mengatakan: Semua yang berada di kubur mesti menyesal, bagi yang bertaqwa, mereka menyesal kerana kurang berbuat kebaikan. Bagi ahli maksiat pula, mereka menyesali sama sekali perbuatan jahat mereka. Maka, adakah engkau menyesal kerana melakukan perbuatan buruk atau menyesal kerana kurang melakukan amal kebaikan”
“wahai ayah, semalam aku memanggil-manggil enkau dan terus menjawab. Sudah lama aku memanggil-manggil diatas kuburmu. Tapi, bagaimana aku tidak mendengar suaramu”
“Wahai ayah, engkau sudah tidak dapat berjumpa dengan aku hingga datangnya hari kiamat, Ya Allah janganlah Engkau menghalangi aku dari berjumpa dengan ayahku kelak di hari kiamat”
Budak perempuan itu berkata:
“ Wahai Tuan, aku sangat berterima kasih kepadamu kerana telah sudi menasihati rintihanku terhadap a
yahku. Terima kasih jua, kerana engkau memberi nasihat dan mengingatkan dari tidur, bagi orang-orang yang lalai"
Sekadar perkongsian dengan sahabat, kerana bilamana datangnya ujian ini pada kita, kita tidak menduga apa akan terjadi waktu itu. Adakah kita menjadi seorang yang tabah atau sentiasa menangisi pemergiannya. Hanya doa yang boleh diberi kerana sampai padanya sedekah pahala daripada anak-anak yang soleh yang mendoakannya.
Firman Allah dalam surah Ibrahim ayat 40-41
Maksudnya:
" Wahai Tuhanku! jadikanlah daku orang yang mendirikan solat dan demikianlah keturunan zuriatku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku. Wahai Tuhan kami! berilah ampun bagiku dan bagi kedua Ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman pada masa hitungan amal dan pembalasan"
Firman Allah dalamsurah Isra' ayat 24
Maksudnya:
"Wahai Tuhanku! cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil"
Ayah, ibu, jika sampai ajalku dulu, aku hanya mampu mengharap keampunan darimu selalu.. Jika dikau pergi dahulu, moga dikau telah mengampunkan dosa-dosaku sepanjang hidup bersamamu. Moga kelak syurga tempat kembalinya pertemuan kita... Amiin..Wallahua'lam
Labels: Renungan

