~Kalaulah Fatamorgana sememangnya air, sudah tentu gurun itu lautan~
Posted by Ummu Sulaim at 12:05 PMJangan baca penerangan di bawah, sehinggalah terlebih dahulu cuba mencari kesalahn bagi catatan ini.
Terdapat, Empat kesalahan pada ayat ini
Jom sebentar kita lihat pada susunan ayat diatas. Mari kita jadi seperti budak baik untuk menyelesaikannya. Kita bertekun mencari apa jawapannya.
Kita yang belajar nahu bahasa melayu akan menemui tempat koma yang salah, satu kesalahan dikesan.
Lepas koma tidak boleh huruf besar, dua kesalahan dikesan.
Ayat ini bukan ayat pertanyaan tak perlua ada tanda soal, tiga kesalahan telah dikesan.
Cari lagi kerana masih ada lagi satu kesalahan yang belum ditemui. Kita telah menggunakan kemahiran bahasa dengan baik, tahniah! tetapi masih ada yang belum selesai. Jadi, apa kesalahan yang ke empat?
Kesalahan yang ke empat ialah fakta pada ayat itu. Sebenarnya dalam ayat itu terdapat hanya tiga kesalahan sedangkan yang tertulis ialah empat!
Apakah di sebalik pencarian ini? sekiranya kita hanya menumpukan kepada baris ayat, kita akan menjumpai hanya tiga kesalahan, sehinggalah pandangan diperluaskan baru kita nampak kesalahan yang keempat.
Moralnya, sehingga kita berjaya melihat sesuatu itu dengan pandangan besar, baru kita dapat melihat sesuatu itu secara keseluruhan dan betul. Samalah juga keadaannya dengan kehidupan sebenar yang jauh lebih rumit daripada mengesan kesalahan pada ayat. Sekiranya kita tidak melihat sesuatu dengan pandangan yang luas worldview selamanya kita akan tersalah membuat keputusan.
Fikir menyeluruh sering memberi jawapan kepada permasalahan yang ada dalam hidup ini. Termasuk juga memberi gambaran yang memperlihatkan tentang pandangan besar hidup manusia yang mesti mencakupi persoalan tentang kehidupan dunia, kehidupan barzakh sehinggalah kehidupan abadi di akhirat.
Sama keadaannya, kalau seseorang pengembara itu tidak sedar dari awal dan melihat dalam gambaran besar yang dia sedang berada di gurun nescaya dia mudah tertipu bahawa fatamorgana yang berada disekelilingnya ialah air.
Daripada gambaran besar memberi jawapan, kalaulah fatamorgana itu semangnya air sudah pasti seluruh gurun itu bukan gurun yang kontang sebaliknya ialah lautan.
Petikan dalam ~ U-Turn ke Jalan Lurus ~