Usrah ^_^

Bismillahirrahmanirrahim..
(Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyanyang)

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah swt Tuhan yang menjadikan Manusia dari segumpal darah sehingga ditiupkan ruh (nyawa) kepadanya. Selawat dan salam (Allahumma Solli'ala Sayyidina Muhammad) kepada junjungan besar Nabi Muhammad saw, 'Role Model' sepanjang zaman.

Syukur pada Allah swt ketika ini diberi kekuatan dan kelapangan untuk menulis sedikit perkongsian buat sahabat-sahabat pembaca. Perjalanan pulang kembali meneruskan amanah dalam kenderaan semalam bersama ayah tidak dibiarkan sia-sia. Sengaja diri membuat kontroversi terhadap adik lelaki yang setia menemani ayah, memandu kenderaan... Bukan apa, RINDU sebenarnya mutiara kata yang keluar dari mulut ayah yang dirasakan setiap kata-katanya pendorong semangatku untuk terus melangkah.

Apa yang menarik, isu remaja dan masyarakat menjadi perbincangan kami. Melihatkan generasi kini yang tidak sama lagi sikap dan sifat mereka dengan generasi sezaman ayah.

"Bukan mudah menjadi seorang ayah bertaqwa, pandai mendidik anak jika sikap dan sifat kamu semasa remaja tidak di didik dengan sebetulnya"

Ya, benar... dilihat pada zaman muda ayah ku ketahui zamannya penuh pengabdian pada Allah. Dijaga pergaulan, Solat Jemaah di surau tidak ditinggalkan, malamnya dididik dengan bersujud pada Allah. Dan tertanam dalam dirinya cita-cita "Aku ingin menjadi seorang ulama'" pencarian ilmu tidak pernah padam dalam dirinya..
Dan ku tahu, itulah juga impian terhadap anak-anaknya..

Jauh fikiran melayang, untuk melahirkan generasi pejuang, harus bermula dengan diri sendiri bagaimana kita menjaga benih yang terhasil. Dari situ, kesannya datang bukan sekarang, tetapi 10 tahun akan datang... (akan lahirlah zuriat seperti Umair al-Azidi)

....."Jangan menjadikan iklim, budaya dan suasana sesuatu tempat sebagai pegangan, tetapi ikutilah iklim, budaya dan suasana dalam Islam".

Walaupun dimana jua kita berada, ilmu Islam itu jika kita ketahui dan pelajari serta amalkan, kita akan dapati Islam itu amat mudah kepada penganutnya. Isu aurat bukan lagi isu sensasi, tetapi menjadi isu yang perlu diambil berat oleh semua muslim. Contoh yang baik ayah berikan untuk kami faham. Cuba kita lihat masyarakat muslim di negara 4 musim, cara pemakaiannya berbeza dengan kita di Malaysia. Iklim, budaya dan suasana tidak menjadi halangan untuk kita menutup aurat dengan sempurna. (Tudung yang menutup sehingga dada dan tidak nipis sehingga menampakkan batang leher, pakaian yang longgar dan tidak jarang). Adapun, sebaik2 pakaian itu adalah pakaian taqwa... (n_n)

..."Seorang Muslim perlu tahu dia sebenarnya orang Islam yang membawa imej Islam"

Tanggungjawab dan amanah yang besar diletakkan kepada seorang Muslim untuk menjadikan 'ISLAM itu INDAH bukan PEMUSNAH'.

Membuat fesyen rambut, berpakaian, melepak itu tidak ada salahnya, tapi ada cara dan tatatertibnya sebagai seorang Muslim. Rasulullah saw tidak melarang para sahabat yang telah berumur mewarnakan rambut mereka menjadi hitam untuk persediaan perang. Ini salah satu strategi para sahabat untuk menggerunkan musuh dengan cara psikologi bilamana musuh melihat tentera Islam gagah dan ramai pemudanya (selepas menghitamkan rambut) daripada yang tua. Ini telah melemahkan semangat musuh. Srtrategi Islam pada peringkat awal telah berjaya.


Tetapi, bila melihat ramai masyarakat yang mewarnakan rambut, hati tertanya apakah alasan mereka?

Rasulullah saw juga pernah berambut panjang tetapi dalam keadaan kemas dan rapi. Itu juga dikatakan fesyen. Jadi, terpulang pada anda untuk menentukan bagaimana... Begitu juga lepak, hak jalan perlu ditunaikan antaranya, memberi salam kepada orang yang berjalan dan perbualan tidak diisi dengan umpatan dan celaan.. Rasulullah telah memberi panduan kepada kita dengan mengikut syariat Islam..

Apa yang penting IMEJ Islam perlu dijaga!!! itu tanggungjawab kita sebagai seorang ISLAM, bukan mengikut IKLIM, BUDAYA, BANGSA & SUASANA..

Sekadar berkongsi, Wallahua'lam.

0 Comments:

Post a Comment