Assalamualaikum wrmt wbrkth..
Alhamdulillah segala puji bagi Allah swt yang menjadikan kita sebagai makhluk yang berakal, seorang hamba dan seorang manusia yang lahir dari satu rahim seorang ibu. Selawat dan salam kepada junjungan besar nabi Muhammad saw.
8 April hari bersejarah bagi orang-orang yang disayangi. Terutamanya ibu yang melahirkan. SeLaMat HaRi LaHiR ibu... Walaupun ada kejutan buatnya, tapi hati ibu melebihi semunya yang telah faham sifat anak-anaknya ini. Itulah sifat seorang ibu yang telah megharungi segalanya buat anak-anaknya. Tapi kadang-kadang, itulah anak. Sifat anak-anak menjadikan sebahagian ibu-ibu hanya mampu berdoa, moga Allah beri kemudahan padanya dan beri peluang anak-anaknya berjaya. Biarkan ia berubah mengikut waktu.. Termenung...Berfikir... Zaman kepelikan remaja kini..
"Plan lain, jadi lain pulaknya", kata adik. Bagai diketahui ibu telah menghidu kepelikan kami pada hari itu. Sangat menggelikan hati. Saya hanya mampu tersenyum.
Perkenalan baru berputik 5 jam, tetapi dirasakan seperti telah lama. Mai, anak kelahiran Sabah, sangat saya kagumi. Seorang yang aktif dan berfikiran matang walaupun berusia dalam awal 20-an. Salah seorang pelajar yang baru masuk ke ILDAS.
"Kakak jom la makan sekali, nanti saya terasa hati kalau tak makan sama", kata Mai. Banyak kali ungkapan itu diluahkan pada saya. Itulah ungkapan yang saya tidak faham pertamanya. Akhirnya saya mengerti, Kasih sayang itu amat perlu untuknya. Dia dibuang keluarga ketika berumur 15 tahun, tetapi tekad untuk meneruskan hidup demi Islam yang dianutinya yang sebelum ini menganuti Kristian. Menyara diri sendiri dan akhirnya dia berjaya habiskan pelajaran hingga ke tingkatan 5. Datang ke ILDAS juga hasil usaha dirinya.. Banyak perkara yang ingin dikongsi, tetapi masa tidak mengizinkan. Ada perkara lain yang harus dilakukan segera. Hari Lahir Ibu yang dirancang!
Terima kasih ibu kerana selama ini begitu sabar mendidik kami.. Terima kasih ayah kerana kesabaranmu dalam mencari nafkah untuk kami.. Kami ingin jadi insan yang luar biasa, jauh dari fatamorgana dunia.. Keredhaanmu, kekuatan kami..
Buat rakan-rakan yang masih punyai ibu dan ayah, sayangilah mereka selagimana jasad mereka masih berpijak dibumi nyata.
Untuk jadi anak yang terbaik, amalkanlah selalu surah ini, membaca sambil memahami makna.. Banyak yang anda akan pelajari! Wallahua'lam.
Labels: Perkongsian Bersama