Assalamualaikum w.b.r.
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah swt yang telah menjadikan alam, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad saw dan juga mohon dilindungkan ibu bapa, guru-guru, sahabat-sahabat seperjuangan, kaum muslimin dan muslimat daripada fitnah dunia dan azab siksaan hari akhirat yang segala kekuasaan-Nya berada dalam genggaman.
Alhamdulillah, Pilihanraya Kampus telah berakhir untuk sesi ini tapi perjuangan masih belum selesai. Biar kalah dengan bermaruah, jangan kalah dalam kehinaan. Walaupun kemengan tipis dipihak aspirasi, kami telah dahulu menang. Benarlah kata saidina umar "Peperangan itu tipu daya"
Ramai yang berpandangan, pilihanraya kali ini paling buruk sekali. Saya merasakan seperti melawan pihak pentadbiran dan bukannya pihak lawan aspirasi walaupun saya tahu mereka mempunyai ikatan yang kuat antara satu sama lain. Ini juga satu bukti menunjukkan ketidak adilan pada calon-calon yang bertanding selain beberapa penyelewengan yang berlaku sebelum, semasa dan selepas pilihan raya kampus. Dengan kebenaran dan keberanian serta semangat juang untuk tegakkan keadilan walaupun dengan cara demonstrasi, piket, roadshow dari kolej ke kolej, barulah kami ketahui ramai yang menyokong tindakan ini. Apa yang saya lihat, cabarannya membuka minda mahasiswa akan sistem pilihanraya kampus yang tidak telus dan adil. Biar mahasiswa/i tahu, mereka bebas untuk memilih bukan ditekan dan terus tertekan dan ambil tahu ada apa dengan pilihan raya kampus. Kami akan terus berada dibelakang anda!.
Tahniah kepada semua calon mahasiswa yang berjaya, terutamanya kepada calon mahasiswa fakulti pengajian Islam sdr Nik Mohd Shafie b Raja Daud dan sdr Mohd Zaim Juwaidi b Jamaluddin (Menang tanpa bertanding). Moga Allah membantu dalam meneruskan usaha gerak kerja Islam seterusnya. Sekalung penghargaan kepada yang terlibat secara langsung ataupun tidak.
Banyak pengalaman yang saya perolehi yang tidak ada di dewan-dewan kuliah. Saya tahu, ramai juga dikalangan mahasiswa/i ini tidak suka berpolitik kampus. Tapi saya melihat perlu untuk kita ceburi bidang ini. Lihatlah dari sudut positif. Anda akan dapat lihat banyak kelebihan. Apa yang perlu anda pegang, "DAKWAH dan POLITIK tidak dapat dipisahkan.
Wasiat Rasulullah saw:
Bahawasanya Allah tidak akan menghapuskan kejahatan dengan kejahatan, hanya akan menghapuskan kejahatan dengan kebaikan, bahawasanya, kejahatan tidak akan menghapuskan kejahatan
(HR. Ahmad)
"BERGERAK SEIRINGAN, MEMIMPIN PERUBAHAN"
Sila layari:
http://gm-ukm.blogspot.com
http://faizassyirazi.blogspot.com
Bilamana diberi nikmat kemenangan, maka gerak kerja kemenangan diberi lebih perhatian dan sedikit sebanyak menjejaskan gerak kerja tarbiyah.
Apapun, teruskan perjuangan dalam politik kampus. Allah tak nilai kemenangan kita tetapi yang dinilai adalah usaha dan sumbangan kita