Nuzul Al-Quran: Merubah Sikap Muslim~ Islamnya Umar al-Khatab..
0 comments Posted by Ummu Sulaim at 4:46 PMMenurut sebuah riwayat oleh Ibnu Abbas dan pandangan ini disokong oleh majoriti para mufassirin, al-Quran yang diturunkan pada malam "Lailatul Qadar" berpandukan ayat diatas adalah al-Quran yang turun sekaligus ke "Baitul Izzah" di langit kedunia. Sedangkan al-Quran yang diturunkan ke bumi dan diterima oleh Nabi Muhammad S.A.W sebagai wahyu terjadi secara beransur-ansur sekitar 23 tahun.
Umar keluar dengan pedangnya dan dalam perjalanan ia telah bertemu seorang lelaki dari Bani Makhzum. Lelaki itu bertanya Umar hendak pergi kemana. Lalu Umar menjawab, ia pergi untuk membunuh Nabi Muhammad S.A.W. Lelaki itu pula berkata lagi, bagaimana ia akan selamat dari tindakbalas keluarganya dari kalangan Bani Hasyim dan Bani Zuhrah. Umar dapat mengagak bahawa lelaki itu telah menganut Islam. Dan lelaki itu juga telah menyatakan bahawa adik (Fatimah) dan iparnya telah memeluk Islam.
dengan ucapan: Alhamdulillah.
keluar negeri, dan saya berharap semoga engkau baik-baik saja"."Haah, pergi?". Kata sang istri."Ya, saya akan pergi karena tugas dan sekalian mencari donatur ginjal, semoga dapat". Kata sang suami.Sehari sebelum operasi, datanglah sang donatur ke tempat pembaringan sang istri.
melahirkan anak. Maka bergembiralah suami istri tersebut, keluarga besar dan para tetangga.Suasana rumah tangga kembali normal, dan sang suami telah menyelesaikan studi S2 dan S3-nya di sebuah fakultas syari'ah dan telah bekerja sebagai seorang panitera di sebuah pengadilan di Jeddah. Ia pun telah menyelesaikan hafalan Al-Qur'an dan mendapatkan sanad dengan riwayat Hafs, dari `Ashim.Pada suatu hari, sang suami ada tugas dinas jauh, dan ia lupa menyimpan buku hariannya dari atas meja, buku harian yang selama ini ia sembunyikan.
menatap wajah suaminya. Jika ada keperluan, ia berbicara dengan menundukkan mukanya, tidak ada kekuatan untuk memandangnya sama sekali.
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam. Yang menjadikan setiap kejadian-Nya dengan sempurna dan segala yang diciptakan mempunyai hikmah keajaiban disebaliknya.
Selawat dan salam buat junjungan Nabi yang dicintai, Nabi Muhammad S.A.W. Tanpa semangat dan jihad serta kasih sayang Baginda kepada umatnya, Islam tidak akan kita kecapi hingga saat ini dengan rahmat-Mu ya Allah.. Subhanallah!
Masa semakin berlalu, tahun demi tahun, bulan demi bulan, hingga sampainya kita di bulan yang mulia pada tahun ini, 1432H. Bulan Ramadhan yang ditunggu-tunggu bagi setiap umat Islam yang beriman kepada Allah. Yang telah Allah S.W.T janjikan natijah di akhirnya menjadi umat dan hamba yang bertakwa.
" Sesungguhnya telah hadir bulan Ramadhan, bulan berkat, Allah telah mewajibkan ke atas kamu berpuasa, dibukakan pintu-pintu Syurga, ditutup rapat pintu Neraka dan ditambat para Syaitan, Di bulan ini terdapat satu malam yang terbaik dari seribu bulan. Sesiapa yang tidak berusaha mendapatkan kebaikan-kebaikannya sesungguhnya dia rugi. "
(Hadis Riwayat Ahmad dan an-Nisai)
Benarlah mereka yang berkata: "Ramadhan yang sama, natijah yang berbeza". Muhasabah kepada diri saya juga, adakah kita benar-benar berjuang dalam bulan ini untuk mendapatkan keredhaan Allah atau semata-mata semangat hari perayaan yang akan kunjung tiba setelah sebulan ramadha dilalui tanpa ada apa-apa perubahan yang kita lakukan dalam ibadah kita??? Sungguh rugi mereka yang berbuat demikian, kerana di bulan inilah terbuka luasnya rahmat dan keampunan dari-Nya buat hamba-hambanya. Allahu Akbar!
Rasulullah S.A.W pernah bersabda yang bermaksud:
"Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan pengharapan akan diampunkan segala dosa-dosanya yang terdahulu."
(Riwayat al-Bukhari &Muslim)
Firman Allah dalam surah al-Baqarah, ayat 286:
"Allah tidak membebani seseorang sesuai dengan kesanggupannya. Dia mendapat (pahala) dari (kebajikan) yang dikerjakannya dan dia mendapat (siksa) dari (kejahatan) yang diperbuatnya."
Setiap manusia telah Allah S.W.T sediakan bahagian ujian ke atas dirinya mengikut kemampuan. Jika tiada ujian, tiadalah kasih sayang Allah. Mengapa saya kata begitu?? sedangkan setiap manusia tidak suka pada ujian dan musibah dan itu saya katakan pada mereka yang tidak kukuh imannya kepada Allah S.W.T. Salah satu dari rukun iman yang wajib kita percaya iaitu rukun iman yang ke-6, beriman kepada Qada' dan Qadar. Tidakkah setiap ujian yang Allah S.W.T berikan itu akan mendekatkan diri kita kepada-Nya kerana dengan ujian itu, kita akan merayu dan memohon kekuatan darinya untuk melepasi halangan ujian yang diberikan.. Juga bagi saya untuk dianugerahkan bibit-bibit cinta dari-Nya dan ketenangan.. Alhamdulillah! itulah manisnya ujian dalam iman...
Apapun kisah yang berlaku dalam diri anda sama ada kesenangan atau kesakitan, suka atau duka, sememangnya ada hikmah dan sesuatu yang berharga Allah S.W.T hendak berikan pada kita. Dan itu adalah yang terbaik buat hamba-hambanya yang bertakwa. Indahnya sabar yang digunakan tanpa had. Moga kesabaran yang dianugerahkan oleh Allah sentiasa bersama kita semua..
Rasulullah S.A.W bersabda:
"Tiada seorang Muslim pun yang ditimpa keletihan, penyakit, susah hati, disakiti orang, derita sehingga jika sebatang duri menikamnya, kecuali Allah S.W.T memadamkan dengan itu semua dosa-dosanya"
Bersama-samalah kita merebut peluang dalam bulan ramadhan ini agar keampunan dan keredhaan Allah S.W.T menjadi milik kita.. ~Ramadhan yang sama, Natijah yang berbeza~ Wallahua'alam.
~Kalaulah Fatamorgana sememangnya air, sudah tentu gurun itu lautan~
0 comments Posted by Ummu Sulaim at 12:05 PMJangan baca penerangan di bawah, sehinggalah terlebih dahulu cuba mencari kesalahn bagi catatan ini.
Terdapat, Empat kesalahan pada ayat ini
Jom sebentar kita lihat pada susunan ayat diatas. Mari kita jadi seperti budak baik untuk menyelesaikannya. Kita bertekun mencari apa jawapannya.
Kita yang belajar nahu bahasa melayu akan menemui tempat koma yang salah, satu kesalahan dikesan.
Lepas koma tidak boleh huruf besar, dua kesalahan dikesan.
Ayat ini bukan ayat pertanyaan tak perlua ada tanda soal, tiga kesalahan telah dikesan.
Cari lagi kerana masih ada lagi satu kesalahan yang belum ditemui. Kita telah menggunakan kemahiran bahasa dengan baik, tahniah! tetapi masih ada yang belum selesai. Jadi, apa kesalahan yang ke empat?
Kesalahan yang ke empat ialah fakta pada ayat itu. Sebenarnya dalam ayat itu terdapat hanya tiga kesalahan sedangkan yang tertulis ialah empat!
Apakah di sebalik pencarian ini? sekiranya kita hanya menumpukan kepada baris ayat, kita akan menjumpai hanya tiga kesalahan, sehinggalah pandangan diperluaskan baru kita nampak kesalahan yang keempat.
Moralnya, sehingga kita berjaya melihat sesuatu itu dengan pandangan besar, baru kita dapat melihat sesuatu itu secara keseluruhan dan betul. Samalah juga keadaannya dengan kehidupan sebenar yang jauh lebih rumit daripada mengesan kesalahan pada ayat. Sekiranya kita tidak melihat sesuatu dengan pandangan yang luas worldview selamanya kita akan tersalah membuat keputusan.
Fikir menyeluruh sering memberi jawapan kepada permasalahan yang ada dalam hidup ini. Termasuk juga memberi gambaran yang memperlihatkan tentang pandangan besar hidup manusia yang mesti mencakupi persoalan tentang kehidupan dunia, kehidupan barzakh sehinggalah kehidupan abadi di akhirat.
Sama keadaannya, kalau seseorang pengembara itu tidak sedar dari awal dan melihat dalam gambaran besar yang dia sedang berada di gurun nescaya dia mudah tertipu bahawa fatamorgana yang berada disekelilingnya ialah air.
Daripada gambaran besar memberi jawapan, kalaulah fatamorgana itu semangnya air sudah pasti seluruh gurun itu bukan gurun yang kontang sebaliknya ialah lautan.
Petikan dalam ~ U-Turn ke Jalan Lurus ~
Assalamualaikum, alhamdulillah segala puji bg Allah swt Tuhan sekalian alam, selawat dan salam buat junjungan Nabi Muhammad saw. Bersyukur, masih di beri peluang untuk 'MEMBERI'
"Demi MASA, sesungguhnya manusia itu di dalam KERUGIAN kecuali orang-orang yang BERIMAN dan MENGERJAKAN KEBAJIKAN serta SALING NASIHAT MENASIHATI UNTUK KEBENARAN dan SALING MENASIHATI UNTUK KESABARAN"
Carilah sebanyak mana ilmu, kutiplah mutiara hikmah disebaliknya agar diri sentiasa berjaga-jaga dan sentiasa berhati melangkah untuk ke alam seterusnya..
Wallahua'lam.
Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh..
Alhamdulillah, segala puji bg Allah SWT yang menciptakan manusia dan seluruhnya. Juga pemberian kepada mereka yang bertuah dalam menikmati dua nikmat yang paling besar iaitu nikmat Iman dan Islam. Selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, utusan dari Allah SWT ke atas umat akhir zaman. Tiada Nabi selepas Baginda..
Dalam bulan febuari ternyata sebenarnya banyak peristiwa, cerita dan sejarah yang perlu kita ketahui. 'Bila kita tahu, kurangnya salah laku'.
Hari yang paling dinanti-nanti oleh masyarakat dunia dan ianya sangat 'popular' ialah hari valentine's day atau kita katakan hari kekasih. Ramai yang menyangka, hari ini boleh disambut oleh siapa sahaja termasuk orang Islam sendiri. Tetapi disebabkan 'Tidak Tahu', mungkin, jadi perayaan ini dibolehkan oleh segelintir masyarakat yang bergelar orang Islam.
Keratan akhbar Sinar harian, ahad 13 Feb 2011 menyiarkan semula apa yang dikatakan oleh saudara Khairy Jamaluddin (Ketua Pemuda UMNO Malaysia) "Selagi dosa tidak dilakukan, tidak mengapa untuk turut meraikan" (Star, 12 Feb) Lalu, beliau menceritakan dia sendiri pernah memberi isterinya bunga dan membawanya makan malam pada hari valentine's day dan "kadangkala kami menyanyi, menari bersama". Walaupun sebenarnya khutbah jumaat (11 Feb) di seluruh negara meminta umat Islam terutama mengingatkan anak muda supaya menjauhi perayaan itu kerana ia adalah amalan Yahudi dan Nasrani. Jadi, bagaimana???
"Berwaspadalah terhadap SYAITAN demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa utuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil"
Rujuk hukum:
www.zaharuddin.net/v1/index.php?option=com_content&task=view&id=292&Itemid=86
Dalam Islam, hanya ada dua perayaan yang diraikan bertepatan sabda Nabi Muhammad saw: 'Sesungguhnya bagi setiap kaum itu perayaan masing-masing, dan ini (aidil fitri dan aidil adha) adalah perayaan kita' ~Riwayat Bukhari Muslim~
Adapun Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bg Hal Ehwal Agama Islam Malaysia pd 2005 memutuskan bhw Sambutan Hari Kekasih adalah HARAM bagi seluruh umat Islam.
Dalam pada itu, kita tidak sedar sebenarnya ada satu lagi peristiwa yang menyayat hati iaitu hari syahidnya Imam Hasan al-Banna pada petang sabtu 12 Feb 1946. Beliau merupakan mursyid Ikhwan al-Muslimin yang pertama. Dilahirkan pada 14 Okt 1906. Rujuk: www.youtube.com/watch?v=R6nYthBQFiw&feature=related
Akhir sekali, hari yang paling besar dalam kalendar Islam iaitu hari lahirnya Baginda, Nabi Muhammad SAW, Rasul akhir zaman yang diutuskan oleh Allah SWT untuk menyampaikan risalahnya setelah lama dunia sepi tanpa 'khabar gembira dan peringatan' bahkan dunia pada waktu itu dikelilingi dengan kejahilan.
Lahirnya baginda pada hari Isnin 12 Rabiul awal tahun gajah (peristiwa tentera bergajah yang dipimpin Raja Habsyah untuk meruntuhkan ka'abah) dimulai dengan peristiw yang menakjubkan dengan suasana kekecohan dan perasaan gentar kerana Raja Habsyah datang dengan tentera yang ramai dan harta serta gajah yang banyak untuk meruntuhkan ka'bah. Tetapi Allah SWT datangkan burung abaabil untuk memelihara kaa'bah. Oleh itu, telah wujud satu kuasa yang sememangnya dari Allah SWT tanpa mereka menyangka burung-burubg kecil itu datang untuk menyelamatkan kaa'bah dari diruntuhkan tentera bergajah.
Disebalik peristiwa ini, rupanya ada satu kelahiran yang akan menerangi seluruh alam.. iaitu Nabi kita, Nabi Muhammad SAW..
Hayati disebalik khutbah terakhir Baginda (Pesanan kepada umatnya)
Wahai manusia, dengarlah baik2 apa yg hendak ku katakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang2 yg tidak hadir di sini hari ini.
Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini, dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap org muslim sebagai amanah yg suci. Kembalikan harta yg diamanhkn kpd kamu kpd pemiliknya yg berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapa pun agar org lain tdk menyakiti kamu pula. ingatlah bhw sesungguhnya kamu akn menemui Tuhan kamu, dan Dia pasti mmbuat perhitungan diatas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu, segala urusan yg melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.
Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa dalm perkara2 besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dlm perkara2 kecil.
Wahai manusia, sebagaimana kamu mmpunyai hak atas para isteri kamu, mrk juga mmpunyai hak diatas kamu. Sekiranya mrk mnyempurnakan hak mereka ke atas kamu, mk mrk juga berhak diberi mkn dn pakaian dlm suasana kasih sayang. Layanilah wanita2 kamu dgn baik dn berlemah lembutlah terhadap mereka krn sesungguhnya mrk adalah teman dan pembantu kamu yg setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan org yg tdk kamu sukai ke dlm rumah kamu dn dilarang melakukan zina.
Wahai manusia, dengrlh bersgguh2 kata2 ku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang 5 kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan dan tunaikanlah zakat dr harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kpd Muslim yg lain. Kamu semua adalah sama, tidak seorg pun yg lebih mulia dr yg lainnya kecuali dlm Taqwa dan beramal soleh.
Ingatlah, bahawa kamu akn mghadap Allah pd suatu hari utk diprtanggungjwbkan di atas segala apa yg telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dr landasan kebenaran selepas ketiadaanku.
Wahai manusia, tidak ada lg Nabi atau Rasul yg akn datang selepasku dn tdk akn lahir agama baru. Oleh itu, wahai manusia, nilailah dgn betul dan fahamilah kata-kataku ini yg telah aku sampaikn kepadamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tdk akn tersesat selama2nya. itulah al-Quran dan al-Sunnahku.
Hendaklah org yg mndengar ucapanku, menyampaikan pula kpd org lain, dn hendaklah org lain itu menyampaikan pula kpd yg lain. Semoga yg terakhir lebih memahami kata-kataku dr mereka yg mendengar terus drku. Saksikanlah ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba2-Mu.
Sama-sama bermuhasabah apa yang telah kita lakukan sepanjang kehidupan ini. Banyakkan selawat kepada baginda.. Mudah- mudahan segala yang kita perbuat diterima sebagai amalan disisi Allah SWT..
~Selamat Menyambut Hari Kelahiran Nabi yang sangat kita cintai~
Wallahua'lam.
Assalamualaikum, Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah SWT, Tuhan sekalian alam. Tiada Tuhan selain-Nya. Selawat dan Salam kepada junjungan Nabi Muhammad SAW.
Semangat!. Itulah yg dapat saya simpulkan setelah menghadiri Konvesyen Sukarelawan Pendidikan Rakyat (KAWAN) anjuran Lajnah Pendidikan Pas Pusat. Terkadang diri perlu motivasi untuk terus berjuang mencari jalan dan identiti agar tidak goyah di pertengahan jalan. Doa turut dipanjatkan agar terus thabat di 'Jalan' ini..
Slogan KAWAN ~Agama itu Nasihat~ Salah satu proses pembentukan modal insan yang harus kita dokong dan bantu melalui "al-Amr bil Ma'aruf Wannahyu 'anil Mungkar" iaitu suruhan dalam melakukan perkara-perkara yang baik dan cegahan daripada melakukan perkara-perkara yang tidak baik.
Misi KAWAN ~Menangani masalah pendidikan masyarakat dan gejala sosial melalui khidmat nasihat dan runding cara~
Setiap individu adalah Daie (Penyeru). Sematkan dalam diri hari ini, "Saya adalah orang yang menyampaikan!" "Saya adalah seorang Daie!". Nabi SAW bersabda, 'Sampaikanlah dariku walaupun satu ayat'
Salah satu cara mendidik diri, didiklah orang lain. Kita juga akan terdidik. Kerana apa? Kerana Allah SWT telah berfirman yang bermaksud seperti ini, 'amat binasalah sesiapa yang tidak melakukan apa yang diperkatakan'. Telinga lebih dahulu mendengar apa yang keluar dari mulut orang yang berkata. Jadi, diri perlu dididik sama sebelum menyampaikan. Agar, tiada kontroversi dan provokasi kepada kita selepas itu. Benarlah apa yang Allah SWT ajarkan kepada sekalian manusia..
Apa jua pekerjaan kita, jadilah seperti LILIN. Ia bukan hanya perumpamaan untuk GURU tetapi kepada mereka yang menyampaikan sesuatu yg baik (nasihat) kepada orang lain. Ibu Bapa, Sahabat, guru-guru, orang tua dan muda dan siapa sahaja..
Akhirnya, hayatilah lirik lagu ini...
Biarku menjadi lilin,
memberikan cahaya,
Terangi sekeliling dengan diri terbakar,
tak siapa yang sedar,
disaat kegelapan rela aku berkorban,
demi satu harapan..
Biar masa berlari,
dan kau terus mendaki,
aku tenang disini dengan sabar menanti,
tanpa dendam dan benci,
andainya kau terjatuh terluka dan tersungkur,
kurawat biar sembuh..
Aku takkan bertanya,
apakah nanti balasannya,
setiap pengorbanan setiap pemberian,
demi satu ikatan..
Keikhlasan dihati,
walaupun sering kau ragui,
pada suatu masa dan suatu ketika,
akan ketara jua..
biarku menjadi lilin,
memberikan cahaya,
saat kau kesepian saat kau kegelapan,
kurela menerangkan..
Aku senang begini dapat terus berbakti,
dengan cara sendiri..
Wallahua'lam.