JoM ~ BeRsaTu BeRuBaH~


REALISASI VARSITI












JOM GEMPUR PADANG PAVILION!!!


SUKAN BOLA JARING BERSAMA GM-FPI

JAM 5 SABTU (23/01/2010)
MERIAHKAN DENGAN WARNA UNGU

BEST.......................

HARAPAN BARU MAHASISWA, BERSAMA MEMIMPIN PERUBAHAN







.
Sahabat2 mantan pimpinan PMFPI






Bersama NYDP 2 PMFPI






Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum wrbt. Moga sentiasa dalam taufiq dan inayahnya. Alhamdulillah, telah berakhir sudah amanah yang digalas barisan kepimpinan Persatuan Mahasiswa Fakulti Pengajian Islam 08/09 pada 14 Januari lepas, selepas berakhirnya sesi pembubaran pimpinan dan diganti dengan barisan pimpinan yang baru. Patah tumbuh, hilang berganti. Begitulah realiti. Mudah-mudahan Allah swt ilhamkan pada mereka dalam membantu gerak kerja PMFPI akan datang dengan lebih berkesan. Insya Allah. Kami barisan pimpinan 08/09 mengucapkan tahniah dan takziah kepada sahabat-sahabat yang terpilih untuk mengerakkan PMFPI dan sekaligus menggerakkan dakwah dengan cara yang luas.

"Sepetang bersama kerang" tidak dapat kami lupakan. Insya Allah, ukhuwah yang telah bertaut tidak akan hilang begitu saja, memberi makna yang besar pada kami semua. Dalam merangka perjalanan hidup di dunia apatah lagi di akhirat sana. Moga-moga segalanya dipermudahkan oleh Allah swt. Terima kasih kepada cik ر kerana sudi untuk menjemput kami semua dalam majlis ini. Majlis yang dirancang sendiri tanpa kami ketahui.

Disini, saya juga ingin mengambil kesempatan kepada sahabat-sahabat untuk memohon maaf andai ada tersalah kata, tersalah bicara, terasa hati, maklumlah "lidah tak bertulang" halalkan segalanya kepada cik و د ف ج ع س ح ز م dan cik pa.

"Indahnya ukhuwah kerana Allah bilamana bertemu dan berpisah kerana-Nya"

Ya Allah, kiranya KAU mempertemukan kami untuk mendidik diri kami agar lebih menyanyangi-Mu, maka hanya KAU yang mampu membawa hati-hati ini bertaut menelusuri jalan mencari cinta-Mu, mengharap maghfirah-Mu. Janganlah KAU pisahkan hati-hati ini dikala rindu dan sayang kami belum cukup untuk melamar redha dan cinta-Mu"

Wallahua'lam



Sami Yusuf- Asma' Allah

Saya merasa bertuah kerana diberi peluang untuk menghayati novel ini. Pemberian dari seorang sahabat yang saya tidak jangka. Salah satu novel kesayangannya. Pada pandangan saya, novel ini sangat memberi impak pada sesiapa yang membacanya terutama kepada remaja kerana melihatkan pada sisi kulitnya, akan merasakan ia hanya sebuah novel cerita kartun tetapi bilamana saya mendalami dan meneliti novel ini, ia bukan hanya sekadar hiburan tetapi menunjukkan mekanisma dan metod perlaksanaan dalam dakwah dengan cara yang berlainan. Benarlah, jangan menilai sesebuah buku daripada kulitnya.

Nilailah kata-kata ini:

"Karya ini berjaya menarik perhatian panel apabila secara sinis menempelak gaya hendonisme anak muda yang tercemar akhlaknya lantaran asyik dengan hiburan yang bertentangan dengan Islam.

Karya ini menterjemahkan kehebatan kesenian Islam yang telah melahirkan tokoh-tokoh sufi dan falsafah selain menyerlahkan nama-nama seperti Ibnu Misjah, Ibnu Suraj, Ata Abi Rabah, Yunus Kateb, Ibnu Farabi, Ibnu Sina dan Yunus Emre.

Faisal juga berjaya mengolah naratif keseluruhan karyanya dengan memberi penegasan bahawa kesenian dan Islam bukanlah sesuatu yang terpisah daripada konsep keimanan." - Mingguan Malaysia 29 Mei 2005


Apa Kaitannya lagu dan novel ni???

Berhibur tidak ada salahnya, tetapi mestilah dalam lingkungan yang dibenarkan Islam. Apa yang saya harapkan, satu hari nanti akan wujudnya satu not lagu baru yang boleh menarik minat golongan muda yang tertarik dengan Islam dalam persembahan lagu yang tinggi nilainya dan dengan menggunakan alat yang pelbagai dan yang terkini mampu menarik minat golongan muda belia ini.

Seperti cerit
a dalam novel diatas, nilai suara "Souti Sarmad" mampu menggoncangkan hati masyarakat Jin kufr yang sukakan hiburan dan hidup dengan hiburan dan pergaulan bebas semata-mata. Atas usaha dakwah Jin-Jin Islam yang masuk ke negeri ini dan atas bantuan seorang manusia bernama Sulaiman, mampu menarik hati-hati Jin Kufr ini untuk memeluk Islam dan kembali kepada keangungan yang menciptakan alam dan menhapuskan zaman hidonisme yang melampau.

Imbas kembali keagungan tamadun Islam zaman dahulu dalam bidang muzik. Ulama-ulama Islam juga giat mencipta. Mereka bukan sahaja berpegang kepada teori atau mengambil faedah daripada usaha orang terdahulu, bahkan mereka berpendirian hanya mengambil yang baik dan disesuaikan pula dengan citarasa mereka sendiri sesudah ditambah dan dimesrakan mengikut apa yang diperlukan. Misalnya, alat muzik yang digelar kecapi pada asalnya mempunyai 3 tali lalu ditambah menjadi 5 tali mengikut keperluan dan keserasian.

Di antara Ulama Arab yang menghasilkan karya seni muzik ialah Al-Kindi, Ibn Sina, Al-Farabi dan Abdul Mukmin. Al-Kindi banyak menulis rencana muzik. Antara karyanya ialah cara menyusun simfoni dan rencana dalam seni suara harmony of sound dan lain-lain lagi.

Daripada satu kisah yang diceritakan oleh Ibn Khalkan tentang kemahiran al-Farabi dalam genre muzik apabila berlaku satu insiden di majlis yang dirasmikan oleh Khadrat Saif, Daulah Hmadani yang dihadiri ramai tetamu. Beliau diundang bagi memeriahkan majlis tersebut, maka beliau mula bermain kecapinya. Lalu, gembiralah semua tetamu yang hadir. Kemudian Al-Farabi mengubah suatu irama lain, maka menangislah sekalian tetamu yang hadir. Seterusnya beliau menukar pula irama yang ketiga, maka tertidurlah semua orang yang hadir dalam majlis tersebut, malah penjaga pintu istana pun turut terlena.

Kisah ini sebahagiannya mirip dengan apa yang berlaku dalam novel diatas dan saya berpandangan, lagu asma' Allah ini mampu menarik hati sesiapa yang mendengarnya sama ada muslim atau non-muslim. Lagu yang lebih bersifat hati ke hati. Walaupun mungkin ada dikalangan yang tidak memahami maksud lirik lagu ini, tetapi ada satu keistimewaan dalam rentaknya. Salah satu lagu kegemaran saya. Sama-sama menghayati..

Wallahua'lam.

;;