BiarKu Menjadi LiLiN

Assalamualaikum, Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah SWT, Tuhan sekalian alam. Tiada Tuhan selain-Nya. Selawat dan Salam kepada junjungan Nabi Muhammad SAW.

Semangat!. Itulah yg dapat saya simpulkan setelah menghadiri Konvesyen Sukarelawan Pendidikan Rakyat (KAWAN) anjuran Lajnah Pendidikan Pas Pusat. Terkadang diri perlu motivasi untuk terus berjuang mencari jalan dan identiti agar tidak goyah di pertengahan jalan. Doa turut dipanjatkan agar terus thabat di 'Jalan' ini..

Slogan KAWAN ~Agama itu Nasihat~ Salah satu proses pembentukan modal insan yang harus kita dokong dan bantu melalui "al-Amr bil Ma'aruf Wannahyu 'anil Mungkar" iaitu suruhan dalam melakukan perkara-perkara yang baik dan cegahan daripada melakukan perkara-perkara yang tidak baik.

Misi KAWAN ~Menangani masalah pendidikan masyarakat dan gejala sosial melalui khidmat nasihat dan runding cara~

Setiap individu adalah Daie (Penyeru). Sematkan dalam diri hari ini, "Saya adalah orang yang menyampaikan!" "Saya adalah seorang Daie!". Nabi SAW bersabda, 'Sampaikanlah dariku walaupun satu ayat'

Salah satu cara mendidik diri, didiklah orang lain. Kita juga akan terdidik. Kerana apa? Kerana Allah SWT telah berfirman yang bermaksud seperti ini, 'amat binasalah sesiapa yang tidak melakukan apa yang diperkatakan'. Telinga lebih dahulu mendengar apa yang keluar dari mulut orang yang berkata. Jadi, diri perlu dididik sama sebelum menyampaikan. Agar, tiada kontroversi dan provokasi kepada kita selepas itu. Benarlah apa yang Allah SWT ajarkan kepada sekalian manusia..

Apa jua pekerjaan kita, jadilah seperti LILIN. Ia bukan hanya perumpamaan untuk GURU tetapi kepada mereka yang menyampaikan sesuatu yg baik (nasihat) kepada orang lain. Ibu Bapa, Sahabat, guru-guru, orang tua dan muda dan siapa sahaja..

Akhirnya, hayatilah lirik lagu ini...

Biarku menjadi lilin,
memberikan cahaya,
Terangi sekeliling dengan diri terbakar,
tak siapa yang sedar,
disaat kegelapan rela aku berkorban,
demi satu harapan..

Biar masa berlari,
dan kau terus mendaki,
aku tenang disini dengan sabar menanti,
tanpa dendam dan benci,
andainya kau terjatuh terluka dan tersungkur,
kurawat biar sembuh..

Aku takkan bertanya,
apakah nanti balasannya,
setiap pengorbanan setiap pemberian,
demi satu ikatan..

Keikhlasan dihati,
walaupun sering kau ragui,
pada suatu masa dan suatu ketika,
akan ketara jua..

biarku menjadi lilin,
memberikan cahaya,
saat kau kesepian saat kau kegelapan,
kurela menerangkan..

Aku senang begini dapat terus berbakti,
dengan cara sendiri..

Wallahua'lam.

0 Comments:

Post a Comment