~Perjuangan~

Assalamualikum warahmatullahi wabarakatuh buat sahabat2 pembaca..
Alhamdulillah rasa syukur pada Allah swt dipanjatkan kerana masih diberikan waktu lapang untuk menulis sedikit pengalaman yang datang...
Selawat dan salam ditujukan juga kepada junjungan kita Nabi Muhammad saw, tanpa usaha dakwah dan kesabaran yang disandarkan pada Baginda, Islam tidak akan tersebar pada kita semua..

Alhamdulillah, hampir 2 minggu dalam sistem pembelajaran di Akademi al-Manar, Taman Melawati, KL untuk mendidik pelajar akademi ini mengenal huruf al-Quran, mengawasi pembacaan mereka setiap sebutan huruf yang dibaca, amat memberi ketenangan walaupun setiap drpd mereka mempunyai ragam.

Sayang dan kasih tercurah tanpa kata, yang ada hanya tindakan untuk mendidik mereka lebih mengenal Islam miskipun mereka berlatarkan dalam kalangan keluarga kurang menyelusuri agama Islam yang sebenar.. Mungkin anak2 ini dapat memberi kesedaran dalam keluarga.

Pengalaman yang cukup besar untuk 2 tahun ini dan perlu banyak belajar mengenal emosi kanak2, tahap pendidikan, belajar bagaimana untuk menarik perhatian, cara bercakap, kaunseling dan sebagainya. Mudah-mudahan Allah memberi kekuatan..

Hari ini juga, bersaksikan semua saudara baru yang belajar di Perkim cawangan Melawati melihat 2 lagi saudara baru turut mengucap lafaz syahadah.. Perasaan terharu tidak terkata, bilamana lidah mereka mengucap lafaz itu keramat itu.. Bertambah lagi saudara seIslam kita.. Tetapi bila difikirkan, kesediahan bertandang melihat ramai lagi saudara seIslam yang telah lama memeluk Islam, jauh dari kehidupan Islam yang sebenar. Ada juga yang ingin murtad. Masya Allah... Nauzubillah.

"Ya Allah, Apakah aku telah membantu dalam memberi kesedaran pada mereka yang jauh dari ajaran Islam????"

Tanyalah diri, apakah sumbangan kita untuk Islam. Moga Allah sentiasa memberi petunjuk, rahmat, taufiq dan hidayahnya untuk kita semua. Wallahua'lam.

~ Selamat berjuang buat sahabat-sahabat yang akan menduduki final exm yang akan datang~

0 Comments:

Post a Comment