Sejenak bersama Nisa~

Assalamualaikum Wbt..
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang menjadikan semesta alam. Syukur masih lagi diberikan nyawa untuk meneruskan kehidupan sebagai seorang hamba dan khalifahnya di bumi ini. Selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad saw, atas nikmat amalan selawat, syafaat menjadi penimbang berat amalan di akhirat.

Hanya secebis coretan daripada program nisa' bahagian Sg. Panjang Sabak Bernam Selangor dengan kerjasama JKK disitu yang bertempat di Balai Raya PPRT Parit 13 Sg Nibong. Antara sasaran utama program adalah remaja, belia dan ibu-ibu. Objektifnya adalah untuk merapatkan ukhuwah antara semua tidak kira pegangan mana-mana politik. Apa yang penting, semuanya wanita dan muslimah! =)

Program dimulai dengan senaman ringan bersama ketua nisa' kawasan Tg.Karang, Kak Syidah. Kemudian kami semua sarapan pagi dan dihidangi slot motivasi oleh guru Sekolah Simpang Lima. Matlamat motivasi ini adalah untuk memberikan pendedahan kepada ibu-ibu, pentingnya penjagaan pemakanan anak-anak. Kebanyakan mereka tidak terdedah dengan dunia luar dan mengambil berat apa yang dimakan oleh anak-anak. Penekanan yang diberikan berkaitan "makanan HALAL" dan SYUBHAH" menjadi tarikan slot motivasi ini.

Kemudian slot membina kekuatan pasukan. Sangat meriah hasil pembentangan setiap kumpulan. Setiap kumpulan perlu membuat tugasan yang diberikan. Antaranya, nama, logo, moto kumpulan dan satu bangunan yang kukuh daripada setiap kumpulan. Kumpulan yang berjaya ialah kumpulan MASNAH POWER. Memang tidak dapat dinafikan, ibu-ibu ini juga pandai berbahas dan membentang hasil kerjasama kumpulan mereka.

Pada kali ini, saya hanya sebagai peserta program. Apapun sebenarnya, carilah apa peranan kita kepada masyarakat. Walau siapa jua kita. Dekatilah masyarakat sekeliling, kita akan lihat betapa perlunya kita sebagai pembawa agama untuk membantu gerak kerja Islam. Carilah ia... kerana ia takkan mencari kita..



Tak sangka, datang-datang je kena pakai vase ni... Islam untuk semua =) Wallahua'lam.

0 Comments:

Post a Comment