HARAM ke HALAL????

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.
Alhamdulillah segala puji bagi Allah swt yang menjadikan semesta alam dan segala yang berlaku di dalam genggaman-Nya. Selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad Sallallahualihiwasalam, pengikat kasih antara utusan dan ummatnya.

Kejutan dunia buat masyarakat Malaysia yang kini hangat memperkatakan antara HALAL dan HARAM. Sedih melihat kepimpinan yang dikatakan memerintah "Negara Islam" meghalalkan perjudian. Inilah dikatakan "bilamana pemilihan pemimpin dikalangan orang-orang yang jahil". Ulama ada tetapi tidak didahulukan.

Secara teori daripada bingkisan penulisan Imam Hassan al-Banna, terbinanya negara Islam bermula dengan terbinanya individu muslim iaitu individu yang beragama Islam, patuh dan taat pada ajaran syariatnya. Seterusnya, keluarga muslim yang akan mendidik generasi penerusnya sebagai seorang individu muslim juga. Akhirnya, terbina masyarakat muslim dan penggerak kepada tercetusnya Negara Islam (Daulah Islamiyyah).

Sekiranya rosak akhlak seorang individu Islam, dalam kehidupannya mengamalkan arak dan judi juga zina, dia akan membina keluarga hasil darah daging yang telah mengalir dalam dirinya. Generasi yang lahir dalam keluarga akan menjadi penggerak seterusnya. Maka, bagaimana akan terbinanya negara Islam yang benar-benar akan mengamalkan syariat Islam sekiranya generasi pemimpin ini lahir dalam didikan keluarga yang demikian.

Renungi Hadis 39 Hadith akhir zaman..

MENGGADAIKAN AGAMA KERANA DUNIA

Ertinya:
Daripada Abu Hurairah ra. berkata: Rasulullah saw. hersabda; "Akan timbul di akhir zaman orang-orang yang mencari keuntungan dunia dengan menjual agama. Mereka menunjukkan kepada orang lain pakaian yang dibuat darIpada kulit kambing (berpura-pura zuhud dari dunia) untuk mendapat simpati orang ramai, dan percakapan mereka lebih manis daripada gula. Padahal hati mereka adalah hati serigala (mempunyai tujuan-tujuan yang jahat). Allah swt. Berfirman kepada mereka, "Apakah kamu tertipu dengan kelembutan Ku?, Ataukah kamu terlampau berani berbohong kepada Ku?. Demi kebesaran Ku, Aku bersumpah akan menurunkan suatu fitnah yang akan terjadi di kalangan merekasendiri, sehingga orang yang alim ( cendikiawan ) pun akan menjadi bingung (dengan sebab fitnah itu)".

H.R Termizi

Keterangan

Golongan yang dimaksudkan di dalam Hadis ini ialah orang­-orang yang menjadikan agama sebagai alat untuk mendapat keuntungan dunia. Mereka rela menggadaikan agama untuk meraih keuntungan dunia. Dan apabila bercanggah kepentingan dunia dengan hukum syarak mereka berani mengubah hukum Allah dan memutarbelitkan kenyataan. Mereka juga pandai mengemukakan hujah-hujah yang menarik dan alasan-­alasan yang memikat hati, tetapi sebenarnya hujah-hujah dan alasan tersebut hanya sernata-mata timbul dari kelicinan mereka memutarbelitkan kenyataan. Mereka menipu orang lain dan juga menipu diri mereka sendiri.

Mereka akan dilanda kekusutan pemikiran yang sangat tajam sehingga orang alim yang banyak pengalaman pun akan kehabisan akal dan buah fikiran. Mereka menghadapi masalah-masalah yang meruncing dan akan menemui jalan buntu dalam permasalahan yang dihadapi.

Renungi juga ayat ini..

Ayat 219, surah al-Baqarah. Firman Allah bermaksud: “Mereka bertanya kepadamu mengenai arak dan judi. Katakanlah pada kedua-duanya ada dosa yang amat besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa kedua-duanya lebih besar daripada manfaatnya..."

Apalah sudahnya,

Jika diberi lesen halal arak dan judi

Pelacuran juga mahukan hak asasi

Halal dan Haram sudah tidak dipeduli

Hanya sekadar,

biar masyarakat menjadi lebih mudah diurus nanti

tetapi lihatlah!

Gejala sosial semakin meninggi

Kes Jenyah tidak dapat dibendung lagi

Hanya yang dapat dibuat jika telah terjadi

kempen, kempen dan kempen...

Kesimpulannya, kuasa tertinggi ada hak untuk mengubah segala perlembagaan di negara ini. Kuasa anda juga menentukan masa depan negara ini, bangkitlah untuk sama membina negara! Hanya sekadar berkongsi. Islam untuk semua. Wallahua'lam.

2 Comments:

  1. Agoes said...
    Wahai saudaraku, yang termasuk negara islam "menurutku"
    1.System kepemimpinannya Islami
    (sesuai cara-cara RasulNYA)
    2.System kenegaraannya sesuai cara- cara RasulNYA
    3.System undang-undangnya sesuai
    dengan yang dipakai RasulNYA.
    Dan yang ada sekarang kebanyakan:
    1.Hanya pengakuan sendiri system
    Islamnya.
    2.Mencampur adukan system Islam
    dengan system jahiliyah (barat)
    3.Tidak menggunakan cara Rasul
    dalam menyelesaikan
    permasalahan kenegaraan.
    (wawahu a'lam)
    SUN MEI COOL said...
    ini la yg terjadi jika pemimpin semua cetek agama...

    lagi layak jadi PM hanya di kalangan2 tahfiz al-quran.. org2 ini akan mengurus negara berpandukan hukum dalam al-quran dan hadis..

Post a Comment