~SweeT TimE~

Assalamualaikum wrmt wbrkth..
Alhamdulillah segala puji bagi Allah swt yang menjadikan kita sebagai makhluk yang berakal, seorang hamba dan seorang manusia yang lahir dari satu rahim seorang ibu. Selawat dan salam kepada junjungan besar nabi Muhammad saw.

8 April hari bersejarah bagi orang-orang yang disayangi. Terutamanya ibu yang melahirkan. SeLaMat HaRi LaHiR ibu... Walaupun ada kejutan buatnya, tapi hati ibu melebihi semunya yang telah faham sifat anak-anaknya ini. Itulah sifat seorang ibu yang telah megharungi segalanya buat anak-anaknya. Tapi kadang-kadang, itulah anak. Sifat anak-anak menjadikan sebahagian ibu-ibu hanya mampu berdoa, moga Allah beri kemudahan padanya dan beri peluang anak-anaknya berjaya. Biarkan ia berubah mengikut waktu.. Termenung...Berfikir... Zaman kepelikan remaja kini..

"Plan lain, jadi lain pulaknya", kata adik. Bagai diketahui ibu telah menghidu kepelikan kami pada hari itu. Sangat menggelikan hati. Saya hanya mampu tersenyum.

....................................

8 April (Khamis) 2010, ini juga saya gagahkan diri untuk hadir Majlis Konvensyen Pelajar Sijil Dakwah dan Kepimpinan walaupun sebenarnya kesihatan kurang baik. Hanya ingin membuatkan mereka gembira dengan kehadiran saya sebagai sahabat yang baru menginjak setahun persahabatan ini. Ini sahaja hadiah yang dapat diberi. Melihat sahabat-sahabat ini sudah cukup membuatkan saya gembira. Mereka masih gagah meneroka dunia. Tahniah buat sahabat-sahabat!!!

Perkenalan baru berputik 5 jam, tetapi dirasakan seperti telah lama. Mai, anak kelahiran Sabah, sangat saya kagumi. Seorang yang aktif dan berfikiran matang walaupun berusia dalam awal 20-an. Salah seorang pelajar yang baru masuk ke ILDAS.
"Kakak jom la makan sekali, nanti saya terasa hati kalau tak makan sama", kata Mai. Banyak kali ungkapan itu diluahkan pada saya. Itulah ungkapan yang saya tidak faham pertamanya. Akhirnya saya mengerti, Kasih sayang itu amat perlu untuknya. Dia dibuang keluarga ketika berumur 15 tahun, tetapi tekad untuk meneruskan hidup demi Islam yang dianutinya yang sebelum ini menganuti Kristian. Menyara diri sendiri dan akhirnya dia berjaya habiskan pelajaran hingga ke tingkatan 5. Datang ke ILDAS juga hasil usaha dirinya.. Banyak perkara yang ingin dikongsi, tetapi masa tidak mengizinkan. Ada perkara lain yang harus dilakukan segera. Hari Lahir Ibu yang dirancang!

........................................
Usai solat asar, segera menyediakan juadah untuk menyambut kepulangan ibu dari sekolah. Hanya menu biasa tetapi biarlah dirasakan masakan dari anak-anaknya pula. Jika hari lahir kami, ibu sibuk menyediakan. Hanya bihun tomyam, koktel, kek dan sedikit makanan ringan. Itu sahaja yang mampu, dalam mmengejar waktu yang makin singkat. Akhirnya, ibu pulang dalam keadaan belum siap sepenuhnya.. Tetapi seperti difahami, ibu duduk berehat diruang tamu. Alhamdullillah, siap akhirnya. Kami duduk bersama dan abah membacakan doa selamat untuk Ibu.. Kek bluberi yang sangat comel diatasnya tertulis "SeLaMaT HaRi LaHiR buat UmMi yang TeRsaYanG" dipotong untuk anak-anaknya.. Kadang-kadang susah untuk mencari masa berkumpul bersama. Semuanya jauh, jauh untuk menuntut ilmu.. itulah hakikatnya..

Terima kasih ibu kerana selama ini begitu sabar mendidik kami.. Terima kasih ayah kerana kesabaranmu dalam mencari nafkah untuk kami.. Kami ingin jadi insan yang luar biasa, jauh dari fatamorgana dunia.. Keredhaanmu, kekuatan kami..

Buat rakan-rakan yang masih punyai ibu dan ayah, sayangilah mereka selagimana jasad mereka masih berpijak dibumi nyata.


(Surah Luqman)

Untuk jadi anak yang terbaik, amalkanlah selalu surah ini, membaca sambil memahami makna.. Banyak yang anda akan pelajari! Wallahua'lam.

0 Comments:

Post a Comment