~Peliharalah Imanmu...

Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh,
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, tuhan yang menciptakan seluruh alam. Yang telah menetapkan segala Qadar dan Qada' kepada setiap hambanya. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw. Setiap detik membiarkan lidah basah mengingati keduanya, insya Allah.

Dalam keadaan dunia, semakin hari semakin banyak ritangannya, hanya kepada Allah kita mengharap. Segala keyakinan terletak padanya. Yang hidup akan menempuh kematian pada bila-bila masa. Hanya kita, adakah bersedia untuk menempuh alam kedua. Berharap, dan terus berharap sehingga sampai masa ketentuan ilahi pada dunia yang telah tua, hanya menunggu masa.

Hanya sekadar pengisian jiwa, dan ibadah tambahan. Agar kita sentiasa mengingati Allah setiap detik dan setiap masa.

Solat sunat awwabin / solat memelihara iman

Digalakkan melakukan sebanyak 4 rakaat (2 salam) 6 rakaat (3 salam), sebelum berkata-kata selepas menunaikan solat maghrib bagi memelihara iman dan menghapuskan dosa


Sabda Nabi saw yang bermaksud:
"Sesiapa yang bersembahyang enam rakaat sesudah Maghrib tiada diselang antaranya dengan sesuatu bicara nescaya samalah pahalanya dengan ibadat dua belas tahun.'Riwayat Ibnu Majah, Ibn Khuzaimah dan At-Turmuzi.

Sebelum mendirikan solat, sunat membaca doa berikut ;

Ertinya :
Selamat datang kepada malaikat yang bertugas malam, selamat datang kepada dua malaikat pencatat yang mulia, tulislah dalam rekodkau bahawa Aku bersaksi bahawa Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah, dan aku bersaksi bahawa Muhammad itu hambaNya dan UtusanNya, Aku bersaksi bahawa syurga itu benar, neraka itu benar, kalam itu benar, Aku bersaksi bahawa qiamat itu benar dan pasti akan datang, tidak ragu-ragu lagi, Allah akan bangkitkan mayat dari kubur. Ya Allah simpanlah di sisiMu penya
ksian ini untuk hari yang aku perlukan padanya.Ya Allah simpanlah dengannya amalanku, ampunlah dengannya dosaku, beratlah dengannya timbanganku, yang baik, dan pastikanlah dengannya pencapaian cita-citaku dan perkenanlah untukku Ya Allah Tuhan Yang Maha Pemurah.


Bacalah selepas membaca Al-Fatihah pada kedua-dua rakaat

1. Surah al-Qadr 1 kali
2. Surah al-Ikhlas 6 kali
3. Surah al-Falaq 1 kali

4. Surah al-Naas 1 kali

selepas itu beri salam, baca doa ini..


Ya Allah! Sesungguhnya Aku menyerahkan imanku kepada peliharaan Mu, maka imanku itu,
semasa hidupku, semasa matiku, dan selepas matiku. Sesungguhn
ya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu."


Selepas membaca al-Fatihah pada rakaat yang pertama, bacalah surah al-Kafirun dan pada rakaat kedua selepas al-Fatihah bacalah surah al-Ikhlas.


Selepas membaca al-Fatihah pada rakaat yang pertama, bacalah surah al-Kafirun dan pada rakaat kedua selepas al-Fatihah bacalah surah al-Ikhlas.

Apapun caranya, mudah-mudahan iman kita sentiasa terpelihara dari segala fitnah dunia. Solat-solat sunat merupakan pendinding ketahanan iman selain daripada solat fardhu wajib yang lima.


Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah saw. bersabda; "Bersegeralah kamu beramal sebelum menemui fitnah (ujian berat terhadap iman) seumpama malam yang sangat gelap. Seseorang yang masih beriman di waktu pagi, kemudian pada waktu petang dia sudah menjadi kafir, atau (Syak Perawi Hadis) seseorang yang masih beriman di waktu petang, kemudian pada esok harinya, dia sudah menjadi kafir. Ia telah menjual agamanya dengan sedikit dari mata benda dunia. H.R.Muslim

Hadis ini menerangkan kepada kita betapa dahsyat dan hebatnya ujiaan terhadap iman seseorang diakhir zaman. Seseorang yang beriman di waktu pagi, tiba-tiba dia menjadi kafir diwaktu petang. Begitu pula dengan seseorang yang masih beriman di waktu petang, tiba-tiba pada esok paginya telah menjadi kafir. Begitu pantas dan cepat perubahan yang berlaku. Iman yang begitu mahal boleh gugur di dalam godaan satu malam atau satu hari sahaja, sehingga ramai orang yang menggadaikan imannya kerana hanya hendak mendapatkan sedikit dari harta benda dunia. Dunia lebih dicintai di sisi mereka daripada iman. Dan menurut riwayat Ibnu Majah, beliau menambahkan, "kecuali orang yang hatinya dihidupkan Allah swt. dengan ilmu". Mudah-mudahan Allah swt. menjadikan kita di antara orang yang berilmu dan mengamalkan ilmunya, sehingga dengan itu Allah Swt. akan menyelamatkan iman kita dari ujian yang dahsyat ini.

Wallahua'lam

1 Comment:

  1. SUN MEI COOL said...
    salam. kepada penulis blog ini, saya terasa banyak kelemahan ttg ilmu agama khususnya bab solat t'masuklah solat wajib dan solat2 sunat.

    diharapkan m'p'banyakkan lah lagi info mengenai solat.terima kasih di atas post2 yg telah dibuat sebelum ini.

    "sesungguhnya solat itu amat berat diamalkan kecuali org2 yg b'iman dan khusuk dlm solat".

Post a Comment