~KhiLaFaH IsLAmIyaH~

Bismillahirrahmanirrahim. Assaalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, tuhan yang menciptakan alam, selawat dan salam pada junjungan besar Nabi Muhammad Sallallahualaihi wasalam.

Tidak dinafikan, ramai diantara kita tidak berminat pada politik. Perkataan POLITIK itu pun mungkin dirasakan memeningkan kepala. Istilah "Politik Kotor" telah sebati pada individu yang tidak berminat untuk menceburi bidang ini. Hari ini, saya bukan menulis untuk membahas tentang pergolakan Politik, tetapi untuk menceritakan serba sedikit beberapa tokoh politik.

Seharusnya, kita perlu mengambil tahu pengalaman dan pendapat-pendapat para ilmuan atau tokoh-tokoh politik terdahulu untuk kita kaji dan di imlimentasikan dalam bentuk baru bagi menerajui pemerintahan Islam seterusnya. Justeru, saya mengajak sahabat-sahabat untuk mengenali tokoh ini.

Abu al-Hasan Ali b Muhammad b Habib al-Basri al-Baghdadi al-Mawardi. Lahir di Basrah (364 H) Meninggal (450 H) - 86 Tahun Tokoh Mazhab Syafie ketika pemerintahan al-Qadir billah (422 H) dan al-Qa'im billah (429 H) semasa kerajaan Abbasiyah. Dilantik sebagai Aqd al-Qudah Karya Beliau kitab al-ahkam al-Sultaniyah (sebuah peraturan dan kaedah pentadbiran negara yang lengkap)
Jurucakap antara Khalifah Abbasiyah dan Pemerintah Buwaih ketika zaman pemerintahan Abbasiyah
Umum mengetahui sejak 320H/932M - 454H/1062M kerajaan Bani Abbasiyah merupakan kerajaan boneka di bawah pemerintahan ketat pemerintahan Bani Buwaih yang beraliran Syiah. Bermula kurun ke-5H, gerakan sulit untuk melemahkan pemerintahan Bani Buwaih mula digerakkan di bawah khalifah al-Qadir Billah serta puteranya al-Qa'im Biamrillah yang kebetulan mengetahui Sultan Mahmud Ghaznawi (Syiah) merancang untuk meluaskan empayarnya ke Iran.

...........................

" Menyedari bahawa undang-undang mengenai pemerintahan negara amat perlu diberi perhatian oleh pemerintah, tambahan pula terdapat undang-undang yang bercampur aduk yang juga memerlukan pemerhatian pemerintah, sedangkan dalam masa yang sama mereka juga sibuk dengan soal politik dan pentadbiran negara, maka saya telah menyusun sebuah buku sebgai memenuhi kehendak dan gesaan org yg wajib ditaati untuk membolehkan mereka mengetahui aliran-aliran mazhb fiqh dan menjalnkan tanggungjwb mereka, dengan yg demikian keadilan dapt ditegakkan.." (Muqaddimah Perenggan ke-2)

Kepada siapakah kata-kata ini dimaksudkan? Frasa

"Sebagai memenuhi kehendak dan gesaan orang yang wajib ditaati"
fikir-fikirkanlah...

Mari kita selidiki dan kaji satu persatu teori politik al-Mawardi dalam Perlantikan Khalifah,

1- Institusi kekhalifahan menjadi tuntutan wajib dalam syariah
- Perlantikan khalifah dengan ijma' masyarakat muslimin merupakan suatu perkara yang wajib

2- Kekhalifahan dilembagakan melalui pemilihan dan badan pemilih hendaklah terdiri daripada orang yang mempunyai kelayakan yang istimewa
- Calon jawatan khalifah mestilah memenuhi beberapa syarat antaranya
i) Adil
ii) Berilmu
iii) Sempurna Fizikal
iv) Bijaksana
v) Berani
vi) Berketurunan Quraisy

3- Hak mengundi bukan di tangan rakyat yang tinggal dibandar sahaja.

4- Khalifah mestilah dilantik dikalangan yang berketurunan Quraisy.

5- Khalifah dilantik melalui dua cara sama ada dilantik oleh Badan Pemilihan (ahli al-hall wa al-'aqd) atau boleh dicalonkan oleh khalifah yang memerintah.

6- Pemilihan orang yang kurang berkelayakan sedangkan disana terdapat orang yang lebih layak adalah sah
- jikaorang itu telah memenuhi syarat untuk menjadi khalifah

7- Sekiranya bertembung antara yang mahir berperang dengan seorang yang alim dalam hal ehwal agama ketika perlantikan, al-Mawardi meyerahkan kepada maslahah. Jika dalam keadaan aman, perlu kepada perlantikan orang yang alim. Sekiranya dalam keadaan perang, perlu kepada perlantikan orang yang mahir berperang.

PENGGANTIAN KHALIFAH

Al-Mawardi menjelaskan,

- Khalifah yang sedang memerintah, boleh mencalonkan sesiapa yg layak asalkan bukan bapa dan anak. Jika perlantikan anak dibuat, perlu mendapatkan persetujuan badan ahl alh Halli wa-‘aqd.

- Persetujuan khalifah diperlukan untuk perlantikan dan percalonan. Khalifah tidak boleh menarik balik pencalonan tersebut selagi mana tidak ada perubahan dalam diri calon yang boleh membatalkan pencalonan.

- Kkalifah boleh mencalonkan dua atau lebih sebagai bakal pengganti untuk menggantikannya seorang demi seorang.

Pada pandangan saya, teori ini serba sedikit telah ada dalam amalan demokrasi, bagaimana cara untuk memilih pemimpin. Perlu kepada pemilihan masyarakat. Ramai diantara kita berazam untuk tegakkan khilafah. Tapi mungkinkah dengan cara kekerasan atau gerakan bawah tanah untuk gulingkan kerajaan???

Dan mungkinkah ia dengan "Pilihan Raya" untuk memilih pemimpin. Saya tidak nafikan bahawa ada segelintir mengatakan amalan demokrasi haram dan tidak boleh digunakan kerana ia terhasil daripada teori barat. Tetapi melihatkan situasi dan hakikat negeri ini, ia seharusnya diterima untuk membentuk khilafah dan daulah islamiah. Bukan sebagai amalan yang kita perlu ikuti semata-mata tetapi sebagai batu loncatan kepada kita untuk membentuk kerajaan seperti zaman khilafah Islamiyah. Berolehkah kita??? Sama-sama fikirkan! Wallahua'lam.

0 Comments:

Post a Comment