~GaRaM dan GaNDuM~

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.
Segala puji bagi Allah swt yang menciptakan sekalian alam, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw.

Hari ini saya hendak berkongsi sedikit pengisian daripada usrah yang telah saya ikuti. Berkenaan dengan garam dan gandum. Sebenarnya, bila kita katakan garam, banyak makna yang boleh dirungkai dari berbagai perspektif. Terpulang kepada individu apa yang difikirkan. Mungkin seorang suri rumah akan mengatakan garam itu sebagai perasa masakan begitu juga gandum. Bilamana diolah dan diadun, akan menjadi berbagai resepi mengikut kretiviti individu untuk menjadikan gandum itu menjadi apa. Mungkin kueh cara, roti canai atau apa saja. Tapi lebih menyedapkan sekiranya ada bahan lain yang turut serta. Betul tak??

Ada juga orang dulu-dulu menyatakan "Kami lebih dulu makan garam" daripada anak-anak muda zaman sekarang. Tetapi disebalik kata-kata itu, membuatkan hati saya resah, adakah golongan ini bisa ditegur atau dinasihati. Terpulang bagaimana cara orang yang menasihati itu. Mungkin dengan tangan, dengan lisan atau sebagainya tetapi mestilah diselitkan dengan cara hikmah dan yang paling penting ikhlas kerana Allah.

Walaubagaimanapun, ungkapan garam sebenarnya saya hendak spesifikkan kepada ILMU dan gandum pula sebagai adab-adabnya. Adakah sama???

Bila difikirkan kembali, garam itu terlalu sedikit dan secukup rasa jika disebatikan dengan gandum. Gandum yang digunakan mesti banyak untuk menghasilkan sesuatu makanan. Apa kaitan ILMu = GARAM & GANDUM = ADAB.

Ilmu, jika kita amal walaupun sedikit dan berterusan amat memberi kesan dalam kehidupan berbanding kita banyak ilmu tapi kita tidak gunakan. Tiada memberi faedah pada diri dan pada masyarakat amnya. Bilamana dikaitkan dengan adab, seharusnya setinggi-tinggi orang yang berilmu, setinggi itulah adabnya pada ilmu tersebut dan juga pada orang sekelilignya. Fenomena yang terjadi pada masa sekarang, tinggi ilmu seseorang itu, tinggi juga keangkuhan pada dirinya. Ia tidak merasakan bahawa ilmu itu kepunyaan Allah swt yang disandarkan padanya. Tiada adab pada ilmu itu iaitu dengan tidak menyampaikan atau mengajarkan pada orang lain.

Sedihnya, bila melihat mereka yang ada ilmu agama, yang belajar lebih tinggi tetapi adab dengan guru sudah tiada juga bagi mereka yang belajar apa sahaja sehingga berjaya daripada seorang guru. Kemanakah hilangnya adab itu?? adakah kepandaian itu diukur dari segi usaha persendirian sehinggakan guru juga tidak dikenal. Bahkan, kadang-kadang saya melihat ilmu yang dipelajari diambil mudah dalam pengaplikasian cara hidup seharian. Walaupun Islam itu mudah, tetapi seharusnya ia tidak diambil mudah dan dipandang enteng oleh orang yang mempelajari agama mahupun siapa sahaja.

Ataupun senario sekarang, guru bukan lagi pendidik yang betul-betul ikhlas mendidik seperti zaman dahulu. Sehinggakan ada guru yang dianggap ganas dan zalim pada pelajar. Benarkah begitu??

Sama-samalah bermuhasabah, untuk diri saya juga... Wallahua'lam

0 Comments:

Post a Comment