BeNarKah RiNDu???


Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum Warahmatullahi wabarakatuh.

Alhamdulillah, diri ini masih lagi diberikan kesempatan untuk menulis, biarpun saat-saat genting menyiapkan penulisan kajian ilmiah yang menuntut masa yang sangat terbatas. Selawat dan salam kepada Baginda Rasulullah sallallahualaihiwasallam yang merasakan seorang hamba bangga menjadi ummatnya..

Walaupun masa telah berlalu, hari kelahiran Baginda masih tetap terasa. Seharusnya ia sentiasa tetap ada di hati hamba-hambanya.. Bukan hanya pada hari memperingati kelahiran Bginda, tetapi setiap waktu dan setiap masa. Sungguh, manusia itu tidak memahami jika dia tidak membiasakannya. Oleh kerana itulah, hikmah itu tersembunyi, walaupun banyak nikmat yang akan diperolehi..

"al-ilmu bila amalin kash syajarin bila thamarin"

Benarlah kata hukama', ilmu yang tidak diamalkan ibarat pokok yang tidak berbuah, kosong, mati dan akhirnya perlu dipotong. "Ilmu, Iman dan amal" / Islam, Iman dan Ihsan"

Pernah saya terbaca satu cerita,
Dalam kekalutan perjalanan meredah jalan raya yang dipenuhi kereta-kereta, muslimah ini yang memang dirinya menghidupkan selawat, selawat dengan penuh hati-hati meredah jalan. Alhamdulillah, Allah permudahkan perjalanan hingga menuju ke destinasi dengan selamat walaupun masa amat terbatas dan memerlukannya segera berada di tempat program.
Dia merasakan adanya syafaat selawat yang dilakukan setiap hari... Subhanallah!

Ini adalah kelebihan selawat di dunia, belum lagi diakhirat.. Ternanti Baginda disana untuk bertemu ummatnya yang dirindui...

Selawat syifa' (Penyembuh)
Maksudnya:
"Ya Allah, berilah rahmat ke atas penghulu kami, nabi Muhammad S.A.W. yang dengan berkat baginda, engkau menyembuhkan hati-hati, menjadi penawar dan menyihatkan tubuh badan juga memberi kesembuhan penyakit serta mengurniakan cahaya penglihatan dan kurniakanlah juga rahmat keberkatan dan kesejahteraan keatas keluarga dan sahabat baginda".

Benarkah rindu??? atau hanya mainan bibir semata-mata???
Mulai hari ini, tetapkan diri anda dengan selawat selepas solat 11x
lakukan selama 41 hari, anda akan lihat hasilnya. Jika mampu buat lebih, lebih baik =)
Pesanan buat diri ini juga, apa yang baik datangnya dr Allah, kelemahan pada diri, hakikatnya datang kedua-duanya dari Allah swt dan disandar pada insan yang lemah ini.
wallahua'lam

Sabda Rasullah saw:
"Barangsiapa yang berselawat ke atasku sekali, nescaya Allah akan turunkan rahmat keatasnya 10 kali ganda" – (Hadis Riwayat Muslim.)

0 Comments:

Post a Comment