KeTaWa dalam SeNyuMan


Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum wrbt. Moga dalam Taufiq dan inayahnya. Tertarik satu lontaran muhasabah diri dari seorang sahabat membuatkan saya ingin menulis tentang perkara ini.

“Lough is the best medicine”

Joan Coggin menyatakan, Faedah ketawa adalah:

pertama, boleh mengurangkan tingkat hormone stress didalam tubuh dan memberikan kesan terhadap sistem kekebalan tubuh.

Kedua, meningkatkan detak jantung dan memperbaiki sirkulasi di jaringan otot yang membantu perjalanan nutrisi- nutrisi dan oksigen ke dalam jaringan tubuh. Dalam keadaan ketawa, sistem kekebalan tubuh dan sistem pada tulang, pembuluh darah jantung mahupun otot bekerja lebih aktif. Kononnya, dengan tertawa lepas (terbahak-bahak) selama 10-20 minit, orang akan terbebas dari rasa sakit selama puluhan jam berikutnya.


Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Dan janganlah kamu banyak ketawa kerana banyak ketawa itu mematikan hati." (Riwayat Ahmad dan at-Tirmizi).

Sebuah Hadis Rasulullah SAW bersabda maksudnya : "Bahawa Malaikat Maut memerhati wajah setiap manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang sedang gelak ketawa. Maka berkata Izrail : "Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah Ta'ala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok bergelak ketawa."
[Riwayat Abdullah bin Abbas r.a.]

Wasiat ke-5 al-Banna, kurangkanlah ketawa.

“Jangan banyak ketawa sebab hati yang selalu berkomunikasi dengan Allah (zikir) sangat tenang dan tenteram”. (Hasan al-Banna)

Wasiat Imam Bukhari ke 28 (Memperbanyak senyum)

Beliau berkata : “Senyum adalah sedekah yang paling mudah tetapi mempunyai timbangan yg berat, sehinggakan ia menjadi salah satu sifat Rasulullah”

Ada riwayat yang menunjukkan bahawa kebanyakan ketawa Nabi ialah dengan tersenyum, dan apabila baginda ketawa, baginda ketawa seperti embun yang dingin. Sementara itu, ada juga riwayat yang menyebutkan bahawa ketawa Rasulullah tidak menunjukkan gigi.

Kajian lain menunjukkan, jika seseorang sedang senyum, otaknya mengeluarkan serotin yang berfungsi meningkatkan sistem kekebalan tubuhnya (Pacth Adams USA). Bila orang tersenyum dalam keadaan tidak bahagia, maka otak tetap mengeluarkan zat-zat yang dapat meningkatkan kekebalan tubuh dan sekaligus meringankan keadaan psikologisnya. “Jadi senyum adalah antibodi paling spektakuler bagi rahasia kekebalan tubuh. Oleh karena itu jangan disia-siakan,” ujar Dr.Agus Ali Fauxi, PGD. Pall Med ( ECU).


Bilamana dianalisis kembali kajian Barat dan Hadith Baginda saw, Islam telah menunjukkan satu keserasian dalam hidup manusia dengan adanya senyum yang didatangkan oleh Allah swt untuk kita menunjukkan keadaan lapang dan bahagia. Walaupun mungkin adanya kesusahan dalam hidup, musuh yang melukai, tersenyumlah. Kerana ia juga satu sedekah dan pengubat duka. Begitu juga, kedekatan kita bersama mad’u adalah bermula dengan senyuman. Ia juga satu senaman dan awet muda bagi manusia.

Ketawa pula bila dilihat, tanpa sedar akan menunjukkan sikap buruk kita bilamana ketawa itu secara berlebihan. Walaupun ketawa merupakan ubat penenang tetapi jika dilihat kajian Joan Coggin, akan terbebas dari sakit selama puluhan jam. Sedar atau tidak, fikiran kita akan melupakan segalanya. Benarlah apa yang disampaikan oleh Baginda bahawa banyak ketawa itu mematikan hati. Cepat lupa ilmu yang dipelajari, lagi untuk mengingatkan masalah umah kini yang kian meruncing . Segalanya berpunca daripada matinya HATI.

“Dengan menyebut namamu ya Allah hatikan tenang”. Dilihat daripada wasiat Imam Hassan al-Banna. Banyak ketawa akan hilangnya lidah dan hati yang sentiasa mengingati Allah swt. Bagaimana kemenangan akan tercapai? Mungkin selepas ini harus bagi ahli gerakan kurangkan ketawa dan perbanyakkan senyuman. Moga minda kita tidak akan luput dari mengingati Allah swt sentiasa dan yakin denganNYA bahawa kemenangan bersama kita.

Pilihan itu ada pada kita sama ada untuk ketawa secara berlebihan atau seperti ketawanya Rasulullah saw. Fikir-fikirkanlah..... Wallahua'lam.

0 Comments:

Post a Comment