AZam @ ANGan-ANGan


Assaalamualaikum kepada semua sahabat yang berkunjung. Alhamdulillah, Allah swt masih memberikan nyawa pada kita semua, masih lagi ada nikmat dan rahmat yang diberikan pada kita, peluang untuk kita memperbaiki diri walaupun sememangnya terkadang diri melampaui batas terhadap peraturannya. Bersyukurlah, kerana masih diberi peluang kedua tetapi sebenarnya mungkin kita telah terlupa bahawa peluang itu sentiasa ada tetapi kita telah mensia-siakannya. Sedarlah, umurpun dah makin tua..

Dalam semangat tahun baru, sememangnya bila ditanya pasti akan ada azam baru untuk tahun ini tetapi adakah ianya tercapai atau hanya tinggal kenangan. Ingatlah! apa jua yang kita azam, diri sendiri yang akan menjadi penentu tercapainya atau tidak. Bukan orang lain tetapi diri sendiri. Teruskan perjuangan selagi ianya ditempuh dengan jalan yang benar.

Bersyukurlah dan berdoalah kerana doa itu senjata dan musuh bukan penghalang untuk kita mendapatkannya..

Selamat kembali kepada sahabat-sahabat mahasiswa/i untuk terus menuntut ilmu, untuk pulang kepangkuan masyarakat yang memerlukan. Berniatlah, apa yang dicari hanya untuk Allah dan untuk disampaikan pada masyarakat. Saya percaya, rezeki untuk kita telah disediakan olehNYA.

Kata ayah "apa pun yang kita buat, niat mesti betul". Berbisik hati, "tak sangka ayah nak sambung belajar perubatan cara Islam. Bila ditanya mengapa? " nak kembangkan ilmu-ilmu Islam" "Bukan darjat yang dicari tetapi ilmu harus dipelajari, dengan perubatan Islam dakwah juga boleh diperluaskan. Kagum dengan sikap ayah memotivasikan diri anaknya yang suka sambil lewa ni. Minatnya pada Dr. Harun Din untuk pelajari bidang perubatan ini tidak dapat dibendung lagi. Alhamdulillah, ayah telah lulus temuduga tempoh hari. Mudah-mudahan Allah swt permudahkan segala urusannya dan diberikan kecukupan masa. Moga apa yang dihajati untuk tahun ini berhasil pada akhir natijahnya. Amin.

Salam Maal Hijrah 1431. Barakallahufikum.

0 Comments:

Post a Comment