Wanita & JIHAD?

JIHAD KHAS golongan Muslimat

Bagi perempuan, wajib untuk berjihad pada jihad khas adalah sama seperti seorang lelaki ketika hukum jihad fardhu ain. Wajib keatasnya untuk keluar jihad seandainya dia ada daya pertahanan dan keteguhan (lasak), jika tidak tidak perlu hadir ke medan perang.
JIHAD khas, Zaman ini

sama hukum seorang perempuan itu keluar menuntut ilmu fardhu ain dan fardhu kifayah dan juga musafir untuk menunaikan haji yang wajib dan berhijrah dari negara yang kafir, maka tidak perlu untuk pinta izin, akan tetapi wajib keatasnya untuk meraikan, memelihara dan mematuhi syarat-syarat ini:

1- Mestilah dalam keadaan menutup aurat dan memelihara maruah

2- Keluarnya adalah tuntutan sebenar untuk berjihad
3- Keluarnya dia tidak menjurus perkara yang haram

4- Hendaklah dia dalam keadaan berjamaah (kumpulan)

5- Hendaklah dia seorang yang cerdik dan bijak serta dalam keadaan aman sekiranya dia bermusafir seorang diri.

* Risalah Tahrid ala Jihad fi Islah al-Bilad wa al-Ibad oleh Hj Zulkifli Hj Ismail

Tapi BAGAIMANA pula bagi wanita / muslimat di Malaysia?

Saya hanya ingin melontarkan persoalan kerana keadaan semasa kita di Malaysia sangat selesa berbanding negara-negara yang dijajah oleh pihak zionis yang mengancam agama dan maruah wanita Islam. Walaupun keadaannya berbeza dengan situasi kita di Malaysia, adakah harus kita berdiam diri?

Saya melihat, wanita di zaman kini bukan lagi mempertahankan maruah mereka tetapi dengan rela hati memberikan hidup mereka mengikut rentak dunia Barat. Ideologi mereka telah berkembang ke seluruh Dunia tanpa disedari. Gerakkanlah diri kita wahai muslimat untuk mengislah kaum hawa yang kebanyakkannya adalah penghuni NERAKA!. Nauzubillahiminzalik.


Firman Allah:

" Kami lebih mengetahui tentang apa yang mereka katakan, dan egkau ( Muhammad ) bukanlah seorang pemaksa terhadap mereka. Maka berilah peringatan dengan al-Quran kepada sesiapapun yang takut kepada ancaman-Ku"

( Surah Az-zariyat:45 )

"sampaikanlah padaku walaupun satu ayat"

Wallahua'lam

0 Comments:

Post a Comment