Abu Nu’aim Al-Asybahany mengungkapkan jati diri wanita ini dengan berkata, Ummu Sulaim adalah wanita yang tunduk kepada keputusan orang yang dicintainya, yang biasa membawa tombak di dalam peperangan!”

Ummu Sulaim adalah wanita berketurunanan bangsawan dari kabilah Ansar suku Kharaj yang memiliki sifat keibuan dan berwajah manis menawan. Selain itu, beliau seorang wanita berotak cerdas, penuh kehati-hatian dalam bersikap, dewasa dan berakhlak mulia. Sehingga dengan sifat-sifatnya yang istimewa itulah pakciknya Malik bin Nadhar melamar dan menikahinya. Wanita Ansar ini ialah Ummu Sulaim bintu Milhan bin Khalid bin Zaid bin Haram An-Najariyah Al-Anshariyah Al-Khazrajiyah.

Keteguhan Iman Ummu Sulaim

Sejak hari pertama keIslamannya, Ummu Sulaim telah menyajikan keteguhan peribadi yang mengagumkan dan layak untuk diteladani. Ini menunjukkan barakah dan ketajaman akalnya, disamping iman, keikhlasan dan kebenarannya. Beliau telah memeluk Islam dan ikut berbaiat di saat suaminya ketika itu berada di luar Madinah. Iman meresap ke dasar hatinya dan kekal terpateri di sana. Beliau mencintai Islam dengan kecintaan yang sangat mendalam, sehingga kerana itu beliau tetap teguh di hadapan suaminya yang masih musyrik. Kisah menarik ini merupakan kisah yang mengangkat martabat Ummu Sulaim dan menempatkan beliau setaraf dengan para muslimin di awal dakwah Islam di kalangan kaum Ansar.

Sejurus selepas pengislaman Ummu Sulaim, suaminya kembali seraya memarahi beliau dengan berkata,

Apakah engkau telah murtad?”.

Ummu Sulaim lantas menjawab dengan tegas, Aku tidak murtad, tetapi aku telah beriman dengan orang ini (Rasulullah)”.

Tidak cukup dengan itu, beliau turut memimpin tangan anaknya, Anas dan mengisyaratkan Anas agar mengucapkan lafaz syahadatain. Anas akur. Malik, suami Ummu Sulaim semakin marah dengan tindakan isterinya sehingga beliau menengking dengan kasar,

Jangan kau rosakkan anakku!”.

Tetapi dengan penuh kebijaksanaan Ummu Sulaim menjawab, Sesungguhnya aku tidak merosakkannya, tetapi menunjukinya kepada kebenaran”.

Dengan membawa kemarahan yang menggumpal, Malik bin An-Nadhar memulakan perjalanan ke Syam, tetapi dibunuh musuhnya di pertengahan perjalanan tersebut. Ketika berita kematian suaminya sampai ke pengetahuan Ummu Sulaim, beliau menerimanya dengan berlapang dada dan bertekad untuk memelihara Anas sebaik-baiknya.

Beliau berkata: “Saya akan tetap menyusui Anas samapai ia tak menyusu lagi, dan sekali kali saya tak ingin menikah lagi sampai Anas menyuruhku”

Sejak itu, perhatian beliau tertumpah kepada pendidikan anaknya. Beliau mengajarkan Anas tentang kecintaan kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam dan Islam. Setelah Baginda Rasul tiba di Madinah sebagai muhajir, Ummu Sulaim segera mendatangi baginda dengan membawa Anas yang ketika itu masih kanak-kanak dan belum mencapai usia baligh. Beliau berkata kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam:

Wahai Rasulullah, ini Unais (nama kecil Anas). Aku mendatangi engkau agar dia mengabdi kepada engkau. Maka berdoalah kepada Allah bagi dirinya” Maka, baginda bersabda, “Ya Allah, perbanyakkanlah harta dan anaknya(Dala’ilun-Nubuwwah, 6/194-195).

Anas mendapat bimbingan dan pengasuhan di rumah Rasulullah yang kemudiannya menghantarkan beliau kepada kedudukan mulia sebagai salah seorang sahabat terkemuka.

Ummu Sulaim benar-benar mengotakan janji yang pernah diucapkan kepada anaknya. Beliau mendidik Anas dengan sebaik-baik didikan, sehingga Anas pernah berkata, Semoga Allah memberikan balasan kebaikan kepada ibuku kerana beliau telah mengasuhku dengan sangat baik” .


Mahar Yang Paling Indah

Ummu Sulaim juga tidak menerima lamaran-lamaran yang datang kepadanya sehinggalah Anas berusia cukup dewasa. Beliau kemudiannya dilamar oleh Abu Talhah Al-Ansari yang ketika mengajukan lamaran tersebut masih seorang musyrik. Ummu Sulaim dituntut untuk mempertimbangkan lamaran lelaki tersebut kerana Abu Talhah merupakan seorang yang berpengaruh di dalam masyarakat. Ketika Abu Talhah menemui beliau buat kali kedua untuk tujuan yang sama, Ummu Sulaim menjawab lamaran tersebut dengan berkata:

Wahai Abu Talhah, lelaki seperti engkau tidak layak untuk ditolak. Tetapi engkau seorang kafir, sementara aku wanita Muslimah dan tidak mungkin bagiku untuk menikahi engkau

Apa yang perlu kulakukan untuk tujuan itu? tanya Abu Talhah.

Hendaklah engkau menemui Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam Jawab Ummu Sulaim.

Abu Talhah segera beranjak untuk menemui Rasulullah yang ketika itu sedang duduk di tengah-tengah para sahabat. Ketika melihat kehadiran Abu Talhah, baginda Sallallahu Alaihi wa Sallam bersabda, Abu Talhah mendatangi kalian, dan tanda-tanda keislaman tampak di antara kedua matanya. Abu Talhah memberitahu Rasulullah apa yang dikatakan Ummu Sulaim. Akhirnya, Abu Talhah memeluk Islam di hadapan baginda dan para sahabat. Beliau juga bersetuju menikahi Ummu Sulaim dengan mahar keIslamannya. Ummu Sulaim berkata kepada anaknya, Wahai Anas, bangkitlah dan nikahkanlah Abu Talhah”.

Tentang kisah pernikahan yang diberkati ini, Tsabit bin Aslam Al-Banany, salah seorang Tabi’in berkata,Kami tidak pernah mendengarkan mahar yang lebih indah dari maharnya Ummu Sulaim, iaitu Islam!(Shifatush Shafwah, 2/66; Siyar A’lamin-Nubala’, 2/29).

Firasat Ummu Sulaim terhadap Abu Talhah ternyata benar, sehingga beliau meraih kebahagiaan kerana kebaikan, keikhlasan dan kemuliaan suaminya. Abu Talhah juga berhak mengecap kebahagiaan kerana pernikahannya dengan seorang wanita Mukminah yang bertakwa, Ummu Sulaim, yang kerana beliaulah, Abu Talhah keluar dari kegelapan syirik ke cahaya tauhid, Islam dan jihad. Allah kemudiannya memuliakan suami isteri ini dengan kelahiran seorang anak lelaki yang diberi nama Abu Umair.

Ternyata Allah Subhanahu wa Taala berkehendak untuk menguji keluarga suci ini, yang sedari hari pertamanya lagi telah dibangun dengan ketakwaan. Di sinilah Ummu Sulaim tampil dengan gambaran istimewa lagi mengagumkan dari kisah-kisah sahabayiyah sezaman beliau. Beliau menghadirkan keutamaan sehingga tindakannya ini mekar sepanjang sejarah hingga Allah Subhanahu wa Taala mempusakakan dunia dan seisinya.

Suatu hari, Umair jatuh sakit dan meninggal dunia ketika Abu Thalhah pergi ke masjid. Ummu Sulaim menerima pemergian anak kecil itu dengan jiwa yang redha dan sabar seraya berucap, Inna lillahi wa inna ilaihi raji’un”. Beliau membaringkan jasad anaknya di atas tempat tidurnya dan berkata kepada ahli keluarganya yang lain,”Jangan kalian sampaikan khabar ini kepada Abu Talhah berkenaan anaknya. Biar aku saja yang menyampaikan hal ini kepadanya”.

Sekembalinya Abu Thalhah, air mata kesayangan Ummu Sulaim telah mengering. Ia menyambut kedatangan suaminya, dan siap menjawab pertayaanya.

“Bagaimana keadaan putraku sekarang?” Dia lebih tenang dari keadaan sebelumnya”, jawab Ummu Sulaim dengan wajar.

Abu Thalhah merasa begitu letih hingga tidak ada keinginan untuk melihat putranya. Namun hatinya turut berbunga-bunga mengira putranya dalam keadaan sihat walafiat.

Ummu Sulaim pun menjamu suaminya dengan hidangan yang istimewa, dan berdandan berhias dengan wangi-wangian, membuat Abu Thalhah tertarik dan mengajak tidur bersama. Setelah suaminya tertidur, Ummu Sulaim memuji kepada Allah kerana berhasil mententeramkan peristiwa putranya, karena beliau menyedari Abu Thalhah telah mengalami keletihan seharian, sehinnga beliau membiarkan suaminya tertidur puas. Menjelang subuh baru Ummu Sulaim berbicara kepada suaminya, Ummu Sulaim bertanya:

“ Wahai Abu Thalhah apa pendapatmu bila ada sekelompok orang meminjamkan barang kepda tetangganya, lantas ia meminta kembali haknya, bolehkah jika si peminjam enggan mengembalikan nya?”. Tidak, jawab Abu Thalhah.

“Bagaimana jika si peminjam enggan mengembalikan, setelah menggunakannya?” “Wah, mereka benar-benar tidak berterima kasih”, Abu Thalhah menjawab.

”Demikian pula putramu, Allah meminjamkannya kepada kita dan pemiliknya telah mengambilnya kembali. Relakanlah ia”, kata Ummu Sulaim dengan tenang.

Pada mulanya Abu Thalhah marah dan membentak: “Kenapa harus sekarang kau beritahu dan membiarkan aku hingga aku ternoda?” (berhadats karena berhubungan suami istri) Dengan rasa tabah Ummu Sulaim tak berhenti-henti mengigatkan suaminya, hingga ia kembali sadar dan memuji Allah dengan hati yang tenang. Pagi-pagi buta sebelum cahaya matahari kelihatan penuh, Beliau mendatangi Rasulullah dan menceritakan perlakuan isterinya.

Mendengarkan kisah tersebut, Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam bersabda, Segala puji bagi Allah yang telah menjadikan di tengah umatku seorang wanita yang sabar seperti kesabaran wanita Bani Israel”. (As-Sirah Al-Halabiyah, 3/74)

Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam bertanya kepada Abu Talhah, “Apakah semalam kalian telah berjima’?”. “Ya”. Jawab Abu Talhah. Rasulullah mendoakan keberkahan bagi pasangan tersebut dan doa baginda Sallallahu Alaihi wa Sallam ini dikabulkan oleh Allah Subhanahu wa Taala. Ummu Sulaim melahirkan seorang anak lelaki yang diberi nama Abdullah hasil dari perhubungan tersebut. Diriwayatkan, Abdullah bin Abu Talhah termasuk orang-orang yang soleh. Tanda itu jelas terlihat di wajahnya.

Abayah bin Rafi’ berkata, Aku melihat anak itu di kemudian hari mempunyai tujuh anak lelaki yang kesemuanya hafal Al-Quran(Ath-thabaqat, 8/334; Sifathush-Shafwah, 2/69; Dala’ilun-Nubuwwah, 6/199)

Demikianlah, sifat ketabahan seorang wanita yang telah dijanjikan Allah syurga untuknya. Bersabda Rasulullah saw:

Aku masuk ke syurga lalu terdengar sebuah suara di hadapanku. Ternyata beliau ialah Al-Ghumaisha’ bintu Milhan” [HR Bukhari]

Moga daripada kisah ini dapat diambil ibrah yang bermanfaat. Menjadi tuntutan pada kita walau dimana jua, Allah dan Rasul yang paling utama. Contohilah sifat-sifat mahmudah dan keberanian yang ditunjukkan oleh 'Rumaisya'.

Dan dari sudut mahar pada zaman ini telah ditetapkan bagi kerajaan negeri, tetapi adalah dituntut pada kita supaya memudahkan dalam setiap perkara dan seharusnya perbelanjaan perkahwinan itu dalam bersederhana dan tidak menyusahkan. Sebagaimana tuntutan Rasulullah saw agar mempermudahkan mahar dalam sabdanya"

"Kebanyakan perempuan yang berkat perkahwinannya ialah yang mudah (rendah) tentang perbelanjaan (mahar)"

Wallahua'lam

1 Comment:

  1. ummu said...
    Assalamualaikum
    sirah wanita Islam zaman Sahabat memanh penuh kehebatan dan kekuatan seorang wanita di sebalik kelembutannya.
    Terasa diri ini tak termampu nak menyayingi ketabahan mereka.

Post a Comment