~Hikmah dalam KATA~

Pada suatu hari, sedang Hassan al-Basri duduk di depan rumahnya, lalulah sekumpulan manusia yang sedang mengusung mayat. Di belakang mayat itu, ada seorang budak perempuan yang terurai rambutnya dan sedang menagisi pemergian ayahnya.

Hassan al-Basri turut sama mengiringi jenazah tersebut. Budak perempuan itu berkata:

“Aduh ayahku, sepanjang umurku hari inilah yang paling menyedihkan dalam hidupku”

Berkata Hassan al-Basri kepada budak itu:

Engkau tidak akan lagi menghadap ayahmu sebagaimana engkau menghadapnya hari ini”

Keesokan harinya, sedang Hassan al-Basri duduk di depan rumahnya, lalu budak perempuan itu sambil menangis menuju kea rah kubur. Hassan al-Basri megikuti budak perempuan itu secara senyap kerana Lalu, beliau bersembunyi di sebalik pokok berduri dan melihat budak perempuan itu merangkul tanah perkuburan ayahnya. Mukanya di letakkan pada tanah sambil berkata:

“Wahai ayah, bagaimana engkau semalaman di dalam gelapnya kubur, tidak ada yang menerangi dan apa-apa yang boleh menghiburkan” “Wahai ayah, akulah yang menerangi lampu engkau kelmarin, siapakah yang menerangi lampu engkau malam tadi”

“Wahai ayah, akulah yang memberikan alas tidur engkau malam kelmarin, maka siapakah yang memberikan engkau alas tidur kelmarin”

“Wahai ayah, akulah yang menyelimutkan kedua tangan dan kedua kakimu malam kelmarin, siapakah yang menyelimutimu malam tadi”

“Wahai ayah, akulah yang menyediakan minuman engkau malam kelmarin, Siapakah yang memberimu minum malam tadi”

“Wahai ayah, akulah yang membayangkan wajahmu kelmarin. Siapakah yang membayangkan wajahmu malam tadi”

“Wahai ayah, kelmarin engkau memanggil-manggil dan akulah yang menjawab. Siapakah yang enkau panggil semalam”

“Wahai ayah, ketika engkau ingin makan, akulah yang menyediakan. Malam tadi siapakah yang memberimu makan”

Setelah Hassan al-Basri mendengar kata-kata keluhan budak perempuan tadi, beliau keluar dari tempat persembunyian dan menghampiri budak perempuan itu, lalu berkata: “Wahai budak perempuan, janganlah berkata demikian tapi katakanlah:

“Kelmarin aku menghadapkan engkau ke kiblat, sekarang adakah engkau masih menghadap ke kiblat atau sudah berpaling”

“Wahai ayah ,aku mengkafani engkau dengan kafan yang baik, maka adakah kafan itu masih utuh atau sudah terkoyak”

“Wahai ayah, aku meletakkan engkau di dalam kubur ketika itu jasadmu dalam keadaan kuat. Apakah sekarang masih dalam keadaan kuat atau sudah dimakan ulat”

“Wahai ayah, para ulama’ mengatakan: para hamba itu akan ditanya urusan iman, sebahagian hamba ada yang dapat menjawab ada yang tidak, Maka adakah engkau dapat menjawab atau tidak”

“Wahai ayah, para ulama’ mengatakan: Kubur itu ada yang diperluas dan ada yang disempitkan bagi ahli kubur. Maka, adakah kubur ayah diperluaskan atau disempitkan”

“Wahai ayah, para ulama’ mengatakan: Kubur itu merupakan salah satu dari taman-taman syurga atau salah satu lubang dari lubang-lubang neraka. Adakah kuburmu merupakan taman syurga atau lubang neraka”

“Wahai ayah, para ulama’ mengatakan: Semua yang berada di kubur mesti menyesal, bagi yang bertaqwa, mereka menyesal kerana kurang berbuat kebaikan. Bagi ahli maksiat pula, mereka menyesali sama sekali perbuatan jahat mereka. Maka, adakah engkau menyesal kerana melakukan perbuatan buruk atau menyesal kerana kurang melakukan amal kebaikan”

“wahai ayah, semalam aku memanggil-manggil enkau dan terus menjawab. Sudah lama aku memanggil-manggil diatas kuburmu. Tapi, bagaimana aku tidak mendengar suaramu”

“Wahai ayah, engkau sudah tidak dapat berjumpa dengan aku hingga datangnya hari kiamat, Ya Allah janganlah Engkau menghalangi aku dari berjumpa dengan ayahku kelak di hari kiamat”

Budak perempuan itu berkata:

“ Wahai Tuan, aku sangat berterima kasih kepadamu kerana telah sudi menasihati rintihanku terhadap ayahku. Terima kasih jua, kerana engkau memberi nasihat dan mengingatkan dari tidur, bagi orang-orang yang lalai"

Sekadar perkongsian dengan sahabat, kerana bilamana datangnya ujian ini pada kita, kita tidak menduga apa akan terjadi waktu itu. Adakah kita menjadi seorang yang tabah atau sentiasa menangisi pemergiannya. Hanya doa yang boleh diberi kerana sampai padanya sedekah pahala daripada anak-anak yang soleh yang mendoakannya.

Firman Allah dalam surah Ibrahim ayat 40-41

Maksudnya:

" Wahai Tuhanku! jadikanlah daku orang yang mendirikan solat dan demikianlah keturunan zuriatku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku. Wahai Tuhan kami! berilah ampun bagiku dan bagi kedua Ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman pada masa hitungan amal dan pembalasan"

Firman Allah dalamsurah Isra' ayat 24

Maksudnya:

"Wahai Tuhanku! cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil"

Ayah, ibu, jika sampai ajalku dulu, aku hanya mampu mengharap keampunan darimu selalu.. Jika dikau pergi dahulu, moga dikau telah mengampunkan dosa-dosaku sepanjang hidup bersamamu. Moga kelak syurga tempat kembalinya pertemuan kita... Amiin..
Wallahua'lam

0 Comments:

Post a Comment