BAHAGIA itu....


Bismillahirrahmanirrahim,

"Hidup ini adalah keyakinan dan perjuangan,
dan perjuangan mukmin sejati tidak akan berhenti
kecuali tapak kakinya
telah menjejaki pintu syurga"
(Imam Ahmad bin Hambal)

Berfikir...
masih dalam berteka-teki,
Adakah masih ada peluang dalam memberi,
untuk mencari kebahagian hakiki,
bahagia yang membawaku kembali bersama denganNYA..

Peluang itu,
masih ada...
jangan berdiam diri wahai diri,
bawalah Islam ke mana saja,
Sebarkan Islam dimana saja kau berada,
kerana itulah peluang yang masih ada,
dalam erti kata MEMBERI selagi terdaya,
kerana engkau tidak tahu bila tibanya AJAL
ke SYURGA atau....

Bahagia itu....
semua orang mahukan bahagia,
tapi bagaimana menggapai kebahagiaan itu?
kadangkala manusia tidak menjumpai dimana bahagia..
mereka rasa, mereka bahagia,
tapi.....
Adakah dengan kehidupan mewah,
keluarga, anak-anak, pangkat dan harta,
juga sahabat atau...
Hidup yang sentiasa dibiarkan mengikut hawa nafsu semata!

Dalam mencari makna hidup,
satu titik pola yang perlu kita rebut,
ma'rifah....
Ya MA'RIFAH..
kenallah Tuhanmu,
nescaya engkau akan kenal dirimu..
Kenallah sedalamnya dirimu,
kelak enkau akan capai apa itu BAHAGIA..

Orang kata,
kepuasan itu sukar untuk dicari..
hidup ini tidak pernah puas,
selagi tidak dapat apa yang dikehendaki,
DUIT! KEKAYAAN, MASTER! PHD!
teori barat sering melingkari PEMIKIRAN!
hiduplah sederhana wahai diri,
SYUKUR itu terlalu indah jika dinilai..

Oleh itu,
segalanya bermula dengan hati..
keikhlasan..
iman dan taqwa..
ilmu..
ya, beramallah dengan ilmu,
jangan beramal dengan nafsu,
terkadang ia salah dalam pandangan..

Wahai Tuhanku,
didiklah hati ini agar sentiasa mengingatiMu
didiklah hati ini agar sabar dalam menerima dugaanMU
didiklah hati ini agar jauh dari cinta nafsu yang menipu
Kuatkan diri ini dalam membantu agamaMU
jangan tinggalkanku...
Aku mahu CINTAMU..

Harapanku,
moga KAU ampunkan dosa ibu bapaku
kaum keluargaku
guru-guruku
Sahabat-sahabat seperjuanganKu
dan kaum muslimin dan muslimat sama ada yang masih hidup
atau yang telah pergi..
berilah mereka semua peluang dalam menggapai BAHAGIA itu...

Wallahua'lam.

0 Comments:

Post a Comment