Tudung: Hanya sekadar Tren?

Kadang-kadang diri ini penat untuk berfikir. Alahai mahasiswa. Bagaimana hendak diubah. Mungkin kerana mereka seorang yang berpendidikan tinggi, bukan mudah untuk ditegur, bukan mudah untuk dinasihat. Bagi mereka biarlah hidup mereka, asalkan tidak diganggu. Tetapi sepatutnya dengan pendidikan yang mereka perolehi, sikap matang perlu ada, dapat menilai mana yang baik dan mana yang buruk. Bersikap rasional dan terbuka dalam memberi idea. Lebih-lebih lagi yang bergelar mahasiswa Islam.

Seharusnya, mahasiswa yang beragama Islam perlu menunjukkan contoh tauladan tetapi dunia sudah terbalik, bangsa lain dilihat adakalanya lebih baik daripada mereka yang beragama Islam. Ingin saya katakan, inilah Islam hanya agama warisan semata-mata. Tiada penghayatan di dalamnya. Adakah mungkin salah kita juga, tidak menyampaikan kepada mereka?

Saya melihat daripada sudut penutupan aurat mahasiswa Islam. Adakalanya, mahasiawa yang belajar dalam Fakulti Pengajian Islam juga tidak juga menutup aurat dengan sempurna. Adakah disebabkan ilmu yang mereka ada, aurat ditutup dengan sambil lewa?

Allah swt berfirman dalam surah al-Ahzab ayat 55 yang bermaksud:

”Wahai Nabi suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuan serta perempuan yang beriman supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar) cara demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah maha pengampun lagi maha pengasihani”

Tren tudung masyarakat kini, sudah tidak memenuhi syariat Islam. Bukan saya hendak merendahkan orang yang memakai tudung kecil, tetapi ia seharusnya bertepatan dengan kehendak syarak iaitu yang boleh menutup dada dan tidak jarang. Kebanyakan tudung pada hari ini adalah jarang sehingga menampakkan bayang-bayang leher. Adakah leher anda bukan aurat? Walaupun sebenarnya anda merasakan anda telah cukup sempurna dalam menutup aurat.

Saya datangkan penyelesaiannya, belilah tudung dalam yang boleh melindungi aurat kita daripada dilihat lelaki ajnabi. Atau, saya merasakan anda perlu mencuba untuk memakai tudung bidang 60 yang warnanya agak gelap ataupun tudung labuh. Jika kita berusaha untuk memelihara aurat kita, insya Allah ada kebaikan padanya.

Wallahua'lam.

3 Comments:

  1. -:iNsan yaNg dh0iF:- said...
    salam..semoga pembaca blog ini terutamanya golongan mahasiswa dapat menbuka membuka minda mereka apabila menbaca artikal ini..
    iman_ilaAllah said...
    salam,bagus sangat berkongsi maklumat dalam blog ini... fikrah yang disampaikan amat penting untuk gadis2 sekarang ini yang hanya suka mengikut trend,tp tidak berlandaskan syariat yang sebenar...
    SUN MEI COOL said...
    salam, sememangnya gadis islam sekarang ini tidak mementingkan etika pemakaian islam. kadang2 jelek aku tengok. macam bagus je nak tayang2 macam tu jek.
    ina, aku de masalah mengenai mentaliti bdk2 pompuan skang khasnya budak2 futsal aku ni. mereka ni skang dah m'anggap tudung bukan sebagai identiti sesorg itu adalah baik.contohnya mereka pernah cakap, "buat ape pakai tudung sampai paras lutut sekalipun kalo perangai dia mcm setan spt mengumpat, kuar ngan boyprend dsb. lebih baik x pakai tudung, x hipokrit, x menyusahkan org dsb".
    jadi kan ina, aku nak m'p'betulkan pemikiran mereka ttp aku x taw bagaimana caranya. mereka dah anggap org pakai tudung ke, x pakai tudung ke, semua sama je!!.
    so, camne ek?????????

Post a Comment