Malaysia merupakan sebuah negara demokrasi dimana kerajaan terbina melalui suara rakyat. Pemerintah akan dilantik melalui suara majoriti rakyat. Walaubagaimanapun, sistem demokrasi ini hanyalah sebagai batu loncatan kepada kita untuk memilih pemimpin bagi membangunkan negara. Tetapi, kadang-kadang ramai yang salah faham akan konsep demokrasi yang digunakan di Malaysia. Ada yang berpandangan kaedah pemilihan pemimpin melalui pilihanraya diharamkan. Terpulang pada anda bagaimana untuk mentafsirkan.

Sebenarnya dalam Islam, Kaedah pemilihan pemimpin lebih kepada menggunakan Sistem Syura. Selepas pemimpin dipilih dalam majlis ini, barulah bai'at atau taat setia daripada orang ramai diperlukan. Setelah itu, Majlis Syura akan menjelaskan kepada rakyat rasional pemilihan pemimpin tersebut. Orang yang ada di dalam Majlis Syura ini bukan dipilih dengan sambil lewa. Tetapi ada garis panduannya. Imam Mawardi menggariskan Ahli Majlis Syura yang akan memilih pemimpin ini mestilah memiliki syarat berikut:

1) Memiliki a'dalah (keadilan) yang menyeluruh dengan syarat-syaratnya.
2) Memiliki Ilmu yang membolehkannya mengetahui orang yang patut menjadi ketua negara dengan segala syarat yang diperlukan.
3) Mempunyai fikiran dan kebijaksaaan yang membawa kepada pemilihan orang yang lebih layak menjadi ketua serta lebih berupaya dan arif dalam pengurusan dan pentadbiran negara.

Dalam keadaan kita di Malaysia, Sistem pilihan raya digunakan untuk memilih pimpinan teratas. Dengan berfikiran logik, bagaimana pemimpin yang kita mahukan?. Mestilah yang boleh membawa negara ke arah meletakkan sistem Islam ditempat yan tinggi secara keseluruhannya. Bukan untuk mengagung-agungkan sistem ini, tetapi ia sebagai satu wasilah untuk membina masyarakat yang bergerak atas kesedaran diri, membawa kebaikan dan mencegah kemungkaran.

Firman Allah, maksudnya:

"Iaitu mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan solat serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan kemunkaran. Dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan.” (Surah al-Hajj: 41).

Wallhua'lam.

1 Comment:

  1. -:iNsan yaNg dh0iF:- said...
    assalamualaikum..
    artikal yang sangat baik dalam mengeluarkan pendapat berkaitan dengan politik kerana kita sebenarnya ada hak untuk bersuara.

Post a Comment