POKEMON????


Isu yang ingin saya perkatakan ini mungkin bagi anda ia telah lapuk dek zaman. Tetapi adakah kita pernah fikirkan ianya ibarat roda, sekejap diatas dan sekejap dibawah. Itulah permainan yahudi laknatullah ataupun zionis yang selama ini membawa pemikiran kita, jasad kita, rohani kita jauh dari Tuhan yang menciptakan alam.

Pokemon???. Apakah kaitannya dengan Yahudi??? walaupun bagi anda ia hanya kartun animasi semata-mata, ketahuilah kebenaran disebaliknya.

POKEMON: Dr. Yusof al-Qardhawi Mengharamkannya Dr Yusuf Qardawi sebenarnya telah menfatwakan bahawa kartun ini adalah diharamkan kepada umat Islam seluruhnya berasaskan fatwanya “untuk memelihara pemikiran, akidah dan akhlak anak-anak kita”.

Daripada fatwa yang dikeluarkan, beliau memberi penjelasan bahawa siri cerita kartun ini walaupun permainannya sekalipun adalah diharamkan berikutan ia berkaitan dengan akidah Islam. Menurutnya lagi, “ramai yang bertanya kepada saya mengenainya oleh kalangan ibubapa yang mengambil berat tentang perkembangan anak-anak mereka agar mengikut acuan Islam yang benar. Di mana di dalam suasana itu akidah mereka selamat. Ibadah mereka sah. Jiwa mereka bersih. Akhlak mereka tidak menyimpang.”

Justeru, seharusnya ibu bapa mengambil berat terhadap apa yang ditonton oleh anak-anak. Begitu juga dengan isu-isu semasa. Kadang-kaang kita tidak pernah terfikir mungkin ada strategi kejahatan disebalik animasi atau kartun yang ditayangkan tetapi mengingatkan ianya hanya hiburan untuk kanak-kanak semata-mata. Walhal, sebenarnya banyak lagi kartun-kartun dan animasi yang seumpama ini seperti power rangers, ultraman dan sebagainya.

Dr Yusuf Qardawi twlah menggariskan 5 faktor akan pengharaman kartun ini:
POKEMON: Dr. Yusof al-Qardhawi Mengharamkannya

1. Boleh merosakkan akidah di mana pada siri Pokemon dimasukkan unsur-unsur teori evolusi Darwin, iaitu berlakunya proses dan perkembangan makhluk di dunia ini dari yang ada sekarang kepada makhluk yang lebih kuat.

2. Merosakkan akal pemikiran kanak-kanak. Akan tumbuh di dalam pemikiran mereka dengan khayalan-khayalan yang tidak berasas sama sekali. Begitu juga, masuk ke dalam pemikiran-pemikiran mereka perkara-perkara yang menyalahi adat yang bertentangan dengan sunatullah di atas muka bumi ini. Dapat dilihat dalam siri ini bagaimana Pokemon mengeluarkan sesuatu yang pelik dan ajaib yang tidak ada asasnya, samada menurut akal ataupun wahyu.

3. Siri Pokemon itu dapat merosakkan akhlak kanak-kanak dan hubungan baik antara mereka dan masyarakat di sekelilingnya. Di mana dari sudut ini wujud juga unsur-unsur pemikiran Darwin, iaitu bertempur dan yang kuat akan terus kekal hidup. Siri Pokemon ini mengajak kepada pertempuran, keganasan dan pembunuhan yang berterusan antara makhluk-makhluk berkenaan.

4. Di sekitar permainan atau games Pokemon pula, ia mengandungi unsur judi yang diharamkan oleh syarak.

5. Pengharaman Pokemon juga kerana di dalamnya mengandungi simbol bintang enam yang memang kita ketahui ia mempunyai hubungan dengan gerakan Yahudi Zionis dan Freemasonry. Ia adalah lambang negara yang telah dirampas dari tangan umat Islam yang diberi nama Israel.


Jelaslah sudah, kenapa kartun ini diharamkan. Ini kerana ia berkaitan dengan akidah umat Islam yang harus dipelihara dari awal lagi supaya pemikiran-pemikiran Zionis atau Yahudi ini tidak masuk dalam minda kanak-kanak.

Jadi, kartun atau animasi mana yang boleh ditonton????

Pada pandangan saya, jika kartun atau animasi itu mampu membawa nilai-nilai moral dan segaris dengan Syariah Islam, saya juga akan bersetuju untuk menonton bersama-sama.

Wallahu'lam.


0 Comments:

Post a Comment