Negara Islam : Malaysia??


Pembinaan Negara Islam sebenarnya amat mudah bilamana segalanya mengikut acuan al-Quran dan al-Sunnah. Tetapi perlu dilihat juga siapakah yang menjadi penerajunya?


Menurut Dr Ab
d Halim El Muhammady, pembentukan Negara Islam ini adalah Fardhu Kifayah. Oleh itu, kepentingan pembentukan negara Islam ada kaitannya dengan perlaksanaan syariah yang diwajibkan ke atas Muslim. Maka, wujudnya negara Islam adalah suatu yang wajib.

Al-Maududi mentakrifkan negara Islam sebagai negara yang kuasa mutlaknya pada Allah swt yang menentukan syariatnya dan syariat itu dibawa oleh Nabi Muhammad saw. Ia sebuah negara yang bercorak Teo- Democracy yang tergabung didalamnya autoriti mutlak hanya pada Allah dan penyerahan autoriti yang terbatas kepada manusia dalam perlaksanaan urusan negara yang diakui oleh Syara'.

Muhammad bin Hasan As Syaibani berpandangan:

“Negara yang dikuasai dan diperintah oleh umat Islam dan orang-orang Islam menikmati keamanan dan keselesaan di dalamnya”.

Muhammad Abu Zuhrah berpandangan:

“Negara Islam ialah negara yang berada di bawah kuasa pemerintahan orang Islam. Kekuatan dan pertahananya dikuasai orang Islam. Negara sedemikian wajib dipertahankan oleh setiap individu muslim”.

Asas-asas utama sesebuah negara itu diiktiraf sebagai negara Islam antaranya ialah;

· Sesebuah negara yang tunduk akur di bawah kuasa Islam dan orang Islam sebagai ketua pemerintah.

· Tanahair orang Islam adalah sah sebagai negara Islam.

· Sesebuah negara yang aman dan bebas didirikan syiar Islam di dalamnya.

http://www.islam.gov.my/e-rujukan/nislam2.html



Bagaimana Negara Malaysia?

Ada yang berpandangan Negara Malaysia sebuah Negara yang sekular. Benarkah??. Anda yang tentukan. Kita selami maksud sekularisma.


“Sekularisme ialah ideologi bahawa urusan keduniaan seperti politik, pentadbiran dan undang-undang harus dipisahkan dari urusan keagamaan. Sekularisme juga boleh bermaksud fahaman yang menggalakkan idea atau nilai sekular dalam ruang awam atau peribadi. Mereka yang berpegang kepada fahaman ini adalah dipanggil golongan sekularis.”

George Holyoake dalam "English Secularism" yang diterbitkan pada 1896 menerangkan sekularisme sebagai:

“Sekularisme adalah aturan peraturan yang berkaitan dengan kehidupan, berdasarkan nilai-nilai kemanusiaan, dan disasarkan kepada mereka yang mendapati ajaran agama tidak mencukupi, tidak boleh dipegang atau tidak dipercayai. Prinsip pentingnya ada tiga:

(1) Memperbaiki kehidupan dengan cara kebendaan.

(2) Bahawa sains itu adalah panduan hidup bagi manusia.

(3) Apa sahaja yang baik itu adalah baik untuk dilakukan. Sama ada wujud kebaikan atau tidak, kebaikan yang wujud dalam kehidupan adalah baik, dan adalah baik untuk mencari kebaikan tersebut”.

Dalam istilah politik, sekularisme merupakan pergerakan ke arah pemisahan agama dan kerajaan. Ia boleh dirujuk sebagai mengurangkan hubungan di antara kerajaan dan agama rasmi, serta menggantikan undang-undang berdasarkan kitab suci (seperti undang-undang syariah dan Taurat) dengan undang-undang sivil, dan menghapuskan diskriminasi berasaskan agama. Ia juga dikatakan sebagai demokrasi dalam melindungi hak-hak golongan minoriti.

http://ms.wikipedia.org/wiki/Sekularisme


Kita telusuri pula pandangan Abu Hanifa, negara bukan Islam ini ada tiga syarat:

1) Hukum bukan Islam dilaksanakan di negeri tersebut seperti amalan riba, arak dan judi.
2) Negeri itu tidak ada langsung hubungan dengan orang Islam. Malahan dari segi georafinya, ia terhalang daripada negara Islam.
3) Tidak ada disana seorang Islam pun atau dhimmi yang boleh hidup dalam keamanan sebagaimana keamanan.

Kesimpulannya

JAKIM mengiktiraf Negara Malaysia sebagai sebuah Negara Islam tetapi bagaimana pelaksanaannya. Bila dilihat daripada beberapa pandangan tadi Negara Malaysia boleh wujud sebagai Negara Islam tetapi lihat pada pandangan Abu Hanifa dalam syarat yang pertama. Walaupun mungkin hukum bukan Islam tidak dialankan tetapi amalan riba dan judi telah berleluasa di Malaysia. Arak juga telah menjadi santapan muda mudi. Kebendaan menjadi matlamat utama. Rasuah berleluasa.

Bertepatan dengan maksud sekularisma dari segi politik, pemisahan agama dan kerajaan, ia boleh menggantikan undang-undang syariah kepada undang-undang sivil yang membolehkan pandangan asas untuk dirikan sebuah Negara Islam ditolak. Mengapa? Kerana tidak bebas dari mengamalkan syiar Islam didalamnya. Perlaksanaan Hukum Hudud, Qisas dan sebagainya.

Pada pandangan saya, asasnya pembinaan sebuah Negara Islam adalah daripada siapa penerajunya. Jika adil pemimpin itu, seluruhnya akan baik. Wallahua’lam.

0 Comments:

Post a Comment