Kenapa Hukum Islam?

Bilamana kita memperkatakan tentang hukum Islam, ramai yang tidak ambil peduli. Itulah senario kita pada hari ini. Kebanyakan masyarakat tidak memahami akan faedah dan hikmah bilamana hukum Islam digunapakai terutamanya dalam sistem undang-undang di Malaysia. Undang-undang Islam hanya popular bilamana berlakunya kes penceraian, ruju' dan talak. Bahagian ini seringkali dikunjungi oleh masyarakat Islam untuk berurusan berkenaan pembinaan rumahtangga dan keretakan rumahtangga.

Islam adalah agama yang syumul dan menyeluruh. Hukum yang ada padanya bersumberkan al-Quran dan as-Sunnah, sangat sesuai dalam setiap aspek sama ada dari segi undang-undang, politik, ekonomi dan sebagainya. Tetapi, di Malaysia penggunaan undang-undang sivil amat ketara walaupun dalam urusan agama umat Islam.

Contohnya, hukuman sebat. Di bawah syeksen 125 dan 126 Akta Prosedur Jenayah Syariah (wilayah-wilayah persekutuan) 1997 (Akta 560), diperuntukkan kaedah dan masa perlaksanaan seperti berikut, antaranya:

Alat sebatan, tidak termasuk pemegangnya hendaklah daripada jenis yang sama dan dibuat sama ada daripada rotan atau ranting kecil pokok yang tiada ruas atau buku dan panjangnya tidak melebihi 1.22 meter dan tebalnya tidak melebihi 1.25 meter.

Ini kerana hukuman tersebut buka bertujuan mencederakan (lita'zib) tetapi untuk memberi pengajaran kepadanya (lita'dib). Ia selaras dengan hadis riwayat Malik daripada Zaid bin Aslam. " Seorang lelaki mengaku berzina di zaman Rasulullah saw, Baginda meminta sebatang tongkat untuk menyebat lelaki itu, apabila tongkat diberi kepadanya, baginda mendapati ianya telah pecah-pecah, lalu baginda meminta tongkat lain".

Selain itu, ketika melaksanakan hukuman sebat, cara sebatan hendaklah sederhana. Tidak boleh mengangkat tangan hingga keatas kepala si pelaksana hukum. Saidina Umar pernah melaksanakan hukuman sebat pada zaman pemerintahannya. Beliau berkata kepada tukang sebat "Sebatlah dia, jangan diangkat tanganmu sehingga ternampak ketiak"

Begitu juga dalam pelaksanaan hukum sebat ini, menutup aurat adalah wajib walaupun hukuman sebat dijalankan. Berdasarkan riwayat 'Abdullah bin Mas'ud r.a. bahawa Rasulullah saw bersabda: "Tidak ada pada umat ini perebahan, pembogelan, pembeleguan dan pengikatan.

Bahagian yang disebat juga perlu diambil perhatian. ini kerana hukuman ini bukan untuk mengazabnya tetapi untuk mendidik. Ia berdasarkan riwayat daripada Umar al-Khattab bahawa beliau menemui seorang jariyah yang sedang dilakukan had keatasnya, lalu berliau berkata: "Kamu pergilah kepadanya, pukullah dan jangan sampai mengoyakkan kulitnya"

Berbeza dengan cara sebatan mengikut undang-undang sivil. Selalunya apa yang kita lihat perlaksanaan hukuman sehingga meninggalkan kesan pada badan pesalah dan pembukaan aurat juga. Nampak lebih menakutkan. Sama-samalah kita fikirkan mengapa undang-undang Islam perlu ditegakkan.

Wallahua'lam

1 Comment:

  1. iman_ilaAllah said...
    salam,sekarang ini timbul mahkamah menolak cadangan kartika untuk menyebatnya di khalayak ramai.... ternyata hukum islam ditolak sama sekali di negara islam di malaysia.. bagi ana,undang2 di malaysia sangat teruk... kalu bleh, maklumat tentang hukum sebat kartika dapat di letakkan blog Nti......

Post a Comment