Dalam era perubahan di Malaysia khususnya, sistem ekonomi berlandaskan Islam telah nampak memberikan kesan terhadap masyarakat. Ini dapat dilihat dalam penggunaan bank tempatan seperti Bank Islam, Tabung Haji, Bank Rakyat dan CIMB Bank. Pengguna bank simpanan ini bukan sahaja kalangan umat Islam tetapi juga digunakan oleh bangsa berbilang kaum di Malaysia. Mereka sudah mula mempercayai sistem ini.

Justeru, saya mengambil langkah untuk menulis kepada pembaca perbezaan antara dua sistem ini iaitu 1) Sistem Ekonomi Konvensional dan 2) Sistem Ekonomi Islam. Dua sistem ini sangat ketara perbezaannya dimana sistem konvensional adalah ditentukan oleh manusia dalam sebuah masyarakat yang tidak mempuanyai piawai yang mutlak tetapi bersifat anjal dan boleh berubah mengikut ketentuan masyarakat (Sistem manusia yang tidak tetap). Manakala sistem ekonomi Islam pula, ia mempunyai piawai yang tetap iaitu bersumberkan wahyu.

Ada 4 sistem ekonomi konvensional yang berpengaruh iaitu
1) Kapitalisme
2) Sosialisme
3) Komunisme
4) Ekonomi Campuran

Walaubagaimanapun Sistem Ekonomi Islam lebih menyumbang ke arah kesamarataan kepada masyarakat, tiada penindasan, keadilan dan sebagainya.

Saya lampirkan dengan rajah dibawah:

1) Sistem Ekonomi Konvensional

2) Sistem Ekonomi Islam

Dua rajah ini sangat berbeza. Disebalik rajah pertama, kepentingan diri itu lebih penting dalam mencapai matlamat (keuntungan). Tetapi sebenarnya ia berbalik kepada hati manusia yang melakukan proses jual beli contohnya. Terpulang kepada penjual sama ada berhasil sesuatu keuntungan itu sama ada dengan menipu atau mengadakan perniagaan dengan sikap yang jujur (Human Nature). Jadi, akan wujudnya sistem ekonomi (mekanisme ekonomi). Justeru, bilamana masyarakat menggunakan sistem ini akan terjadinya bangunan ekonomi yang menjurus kepada sistem manusiawi.

Berbeza pula dengan Sistem Ekonomi Islam. Bilamana berlakunya jual beli contohnya, mengikut cara Islam yang benar (syariah) ditambah pula dengan akidah dan akhlak, akan wujudnya iman yang membentengi diri daripada menipu dalam urusan. Jadi hukum syariah yang digunakan dalam sistem ini adalah sebagai mekanisme ekonomi yang digunakan dalam pelbagai bidang contonya bank. Seterusnya akan wujudlah bangunan ekonomi Islam yang kukuh bilamana kita menyokong sepenuhnya ekonomi Islam yang telah terlaksana atau akan dilaksanakan.

Walaubagaimanapun, bukan mudah untuk mencapai sitem ekonomi Islam ini bilamana rentak, cara hidup dan pendidikan barat banyak menjurus kearah sistem ekonomi konvensional yang mengabaikan aspek yang paling penting iaitu pembangunan manusia berteraskan tauhid bagi mencapai pengiktirafan Allah untuk mencapai konsep al-falah dan bukannya mendidik manusia itu kosong rohani dan jiwa walaupun kaya.

Wallahua'lam

0 Comments:

Post a Comment