Anak-anak Cemerlang : Mulakan!


Pada era zaman kini yang sememangnya belia dan remaja tidak tahu arah tujuan, kemaksiatan pula semakin penuh dalam dunia yang semakin tua. Tetapi adakah kita faham, adakah kita tahu bahawa Allah menciptakan manusia dimuka bumi ini adalah sebagai khalifah?. Sebagai seorang pemimpin? Siapakah yang patut dipersalahkan?. Ibu Bapa? Guru? Masyarakat? atau diri sendiri?.

Bukan tujuan saya untuk salah menyalahi. Tetapi kita seharusnya mencari punca dan cara penyelesaiannya. Begitu banyak yang dapat kita ambil ibrah dan contoh tauladan dari Nabi Muhammad saw, bagaimana untuk mendidik anak-anak impian keluarga Islam untuk teruskan medan dakwah yang telah dimulakan oleh ibu bapa dengan permulaannya membina keluarga dengan cara Islam.

Pada pandangan saya, didikan anak-anak adalah bermula dari rumah iaitu bagaimana ibu bapa mencorak anak-anak. Bertepatan dengan sebuah hadis mafhumnya, "anak-anak dilahirkan dalam keadaan suci, justeru ibu bapalah yang mencorakkannya sama ada menjadi Majusi atau Nasrani"

Oleh itu, ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam pembinaan rohani dan jasadi anak-anak. Setiap mereka dilahirkan dalam keadaan unik. Bagaimanapun, Rasulullah SAW menggariskan 4 tahap mendidik anak:

1. Tahap Pertama – Anak yang baru lahir sehingga mumayyiz (6 tahun). Hendaklah kita banyak bergurau dan membelai mereka dengan penuh kasih sayang sepertimana haiwan menjaga anak.

2. Tahap Kedua – Anak berumur 7 tahun hingga baligh (14 tahun). Hendaklah kita mendidik mereka dengan arahan, disiplin dan beri tanggungjawab.

3. Tahap Ketiga – Anak berumur 15 tahun hingga dewasa (21 tahun). Hendaklah dididik dengan cara berkawan, bertukar pendapat dan hormati pendapat mereka selagi yang tidak bertentangan dengan syariat Islam.

4. Tahap Keempat – Anak berumur lebih daripada 21 tahun. Hendaklah para ibu bapa memberi mereka kebebasan bertindak selagi tidak bertentangan dengan syariat Islam. Ibu bapa hanya perlu bertindak sebagai penasihat agar segala tindakan mereka terkawal.

Selain itu juga, penekanan terhadap pengajaran al-Quran perlu kepada anak-anak kerana daripada situlah sumber hukum yang selama ini ditunjangi oleh umat Islam. Begitu juga sejarah-sejarah Nabi Muhammad saw dan kisah tauladan daripada tokoh-tokoh Islam yang terulung, membolehkan anak-anak sentiasa berfikir dan menghayati Islam sepenuhnya. Tetapi jangan dilupakan aspek pendidikan yang lain. Jika semuanya dimualai dengan "baik", insya Allah pendidikan pada anak-anak akan beri sumbangan untuk Islam.


Daripada hadis lain mafhumnya:

“Ajarkanlah anak-anak kamu tiga perkara: 1) Kasih sayang akan junjunagan kita Nabi Muhammad SAW dan kasih akan kaum keluarganya, dan 2) membaca al-Quran. Kerana orang-orang yang hafaz al-Quran nanti bernaung dibawah naungan rahmat Allah dihari tiada naungan apa-apa melainkan naungan rahmatnya bersama-sama dengan nabi-nabi dan rasul-rasul pilihannya”

(Riwayat al-dailami daripada Ali)


Wallahu’alam.

0 Comments:

Post a Comment